Wednesday, August 14, 2013

Kuda dan Berkuda - Rahsia Kepantasan dan Ketangkasan, Antara Kekufuran dan Keimanan



SURAH AL-'ADIYAT
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Demi kuda perang yang berlari kencang terengah-engah
dan kuda yang memercikkan bunga api (dengan pukulan kuku kakinya),
dan kuda yang menyerang (dengan tiba-tiba) pada waktu pagi,
sehingga menerbangkan debu,
lalu menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh,
sungguh, manusia itu sangat engkar (tidak bersyukur) kepada Tuhannya,
dan sesungguhnya cinta kepada harta benar-benar berlebihan,
Maka tidaklah dia mengetahui apabila apa yang di dalam kubur dikeluarkan,
dan apa yang tersimpan di dalam dada dilahirkan?
Sungguh, Tuhan mereka pada hari itu Maha teliti terhadap keadaan mereka.

Arab on horseback - Giorgio de Chirico
Narrated Ibn Umar: Allah's Apostle said, "There is always goodness in horses till the Day of Resurrection. "  (Book #56, Hadith #837)
Gambar dari Wikipaintings

Narrated Abu Huraira: Allah's Apostle said, "The main source of disbelief is in the east. Pride and arrogance are characteristics of the owners of horses and camels, and those bedouins who are busy with their camels and pay no attention to Religion; while modesty and gentleness are the characteristics of the owners of sheep."  (Book #54, Hadith #520)

Narrated 'Abdullah bin 'Umar: I heard the Prophet saying. "Evil omen is in three things: The horse, the woman and the house."  (Book #52, Hadith #110)

N.B. Maaf saya tak jumpa hadith-hadith di atas dalam bahasa Malaysia.

Di atas adalah antara hadith-hadith tentang kuda. Mungkin ada yang keliru mengapa hadith-hadith tersebut seperti bercanggah di antara satu dengan lain. 

Tiada percanggahan sebenarnya. Secara ringkasnya, kuda boleh menjadi sesuatu yang membawa manusia kepada kekufuran, tetapi kuda juga sesuatu yang dari mana manusia boleh mendapat keredhaan Allah SWT. Ianya bergantung kepada keimanan dan niat manusia itu.

Allah SWT dalam firmanNya di dalam Surah 'Adiyat di atas, bersumpah di atas kuda perang yang tangkas dan laju, dan sudah tentunya ada sesuatu keistimewaan dan kehebatan pada kuda ini. Surah ini sebenarnya lebih kepada mengingatkan manusia yang memiliki kuda. 

Oleh kerana kuda merupakan suatu yang hebat, ianya mungkin dijadikan suatu "status symbol" untuk mereka yang berwang dan berharta. Pemilik kuda mungkin terasa mereka hebat dan berkuasa, dan ditakuti mereka lupa tentang ibadah apabila terlalu asyik dan menghabiskan banyak masa dengan kuda-kuda mreka. Dan sudah tentunya, sikap ini bukan terhad pada mereka yang memiliki kuda sahaja tetapi harta benda lain-lain juga secara amnya.

Sebaliknya, sekiranya pemilik kuda memiliki kuda kerana Allah, dan memberi pekerjaan dan rezeki pula pada pekerja-pekerjanya, menggunakan kudanya sebagai terapi kepada orang-orang yang sakit umpamanya (berkuda merupakan senaman amat baik untuk pesakit stroke dan masalah otot-otot dan saraf seperti multiple sclerosis) maka sudah tentu pemilik seperti ini mendapat keredhaan Allah.






Nyata sukan berkuda satu riadah yang amat baik. Menafaatnya dari segi fizikal dan psychology amat banyak, dan di bawah adalah hanya sebahagian darinya.    

KEBAIKAN MENUNGGANG KUDA PADA TAHAP FIZIKAL
  • memperbaiki sistem respiratory (pernafasan)
  • memperbaiki sistem jantung (kardiovaskular)
  • memperbaiki sistem peredaran darah
  • memperbaiki postur 
  • memperbaiki keseimbangan badan
  • memperbaiki koordinasi
  • memperbaiki fleksibiliti anggota
  • menguatkan otot-otot terutamanya bahagian belakang, pinggul dan peha dan meningkatkan kawalan otot-otot
  • memperbaiki stamina dan endurance
  • memperbaiki persepsi visual ruang
Gambar dari WikiGallery
KEBAIKAN MENUNGGANG KUDA PADA TAHAP MENTAL
  • meningkatkan disiplin diri
  • meningkatkan kawal diri
  • meningkatkan keyakinan diri
  • meningkatkan kesabaran
  • meningkat daya tumpuan



KEBAIKAN MENUNGGANG KUDA PADA TAHAP EMOSI
  • Perhubungan penunggang dengan kuda yang ditunggangnya adalah amat penting. Penunggang kena belajar untuk peka dengan mood dan perangai kuda dan bijak berinteraksi dengannya.
  • Penunggang perlu membina kepercayaan yang kukuh di antara kuda dengan dirinya sendiri.
  • Memupuk dan membina sikap yang positif ini akan 
  • Kajian oleh  The British Horse Society kelolaan University of Brighton menunjukkan menunggang kuda sebagai riadah telah menurunkan kadar kemurungan dan stress pada responden.


KEBAIKAN MENUNGGANG KUDA PADA TAHAP SPIRITUAL
Saya tidak mengetahui dan tidak dapat menulis tentang kebaikan dari segi spiritual kerana saya sendiri tidak belajar menunggang kuda, dan oleh itu tidak dapat mengkaji dan mengalami menafaatnya. Tiada pula kajian, article atau dokumen tentang menunggang kuda dalam perspektif kerohanian. Namun saya yakin yang memang ada kebaikan dan perubahan yang positif pada kerohanian seseorang yang menunggang kuda. 

Ini saya pasti kerana setiap amalan Rasulullah SAW ada menafaatnya dari segi rohani, apa tah lagi apabila binatang kuda disebut si dalam Al-Quran.  Hadith tentang kuda pun banyak. 


Nama kuda Rasulullah SAW dikatakan samada
Al-Luhaif atau Al-Lakhif

..dan (Dia telah menciptakan) kuda, bagal dan keledai, untuk kamu tunggangi dan (menjadi) perhiasan. Allah menciptakan apa yang tidak kamu ketahui.
Surah an-Nahl ayat 8

Haiwan ciptaan Allah SWT yang terlalu cantik masya Allah.
Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

No comments:

Post a Comment