Sunday, August 18, 2013

Mengenal Minyak Dara Extra Virgin

Kita selalu dengar terma "extra virgin" - extra virgin olive oil, extra virgin coconut oil dan ada juga extra virgin black seed oil.  Apa maksud sebenar extra virgin ni?

Definasi extra virgin yang sebenarnya memberi maksud minyak dari sesuatu bahan, buah atau biji diproses dengan menepati syarat-syarat berikut:

  • dihasilkan melalui perahan buah atau biji dan dihasilkan tanpa menggunakan haba (cold-pressed)
  • dihasilkan tanpa menggunakan bahan kimia atau pelarut

  • biasanya minyak yang memenuhi syarat untuk diklasifikasi sebagai extra virgin adalah hasil dari perahan pertama (first press). Jika kualiti buah atau biji seperti zaitun dan habbatus sauda adalah tinggi, perahan kedua juga kemungkinan akan memenuhi syarat tersebut.
  • tidak mengandungi minyak tapis (refined oil)
KELEBIHAN MINYAK EXTRA VIRGIN
  • oleh kerana minyak extra virgin dihasilkan tanpa haba dan secara mekanikal, kebanyakan khasiat dan nilai perubatannya tersimpan
  • kandungan antioksidan terpelihara dalam jumlah yang tinggi     

CIRI-CIRI MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN
Minyak zaitun yang dipasarkan sebagai extra virgin perlu mendapat pengesahan dari makmal kimia dan juga badan atau panel yang menguji minyaknya dari segi rasa. Keduanya perlu diiktiraf oleh International Olive Council  
  • rasa buahnya ketara, kelat dan "pedas" yang terasa ditekak. 
  • warnanya kuning kehijauan.  
  • kandungan asid lemak bebas dan peroksid terkawal dan ada had minimanya yang ditetapkan oleh institusi-institusi antarabangsa yang tertentu.
  • asid lemak bebasnya ialah oleic acid dan kandungannya tidak melebihi 0.8 gram per 100gram minyak (0.8%)
  • minyak zaitun extra virgin agak sensitif pada haba dan cahaya dan mudah teroksid. Yang terbaik dipek dan disimpan dalam botol yang gelap.

FAKTA PENTING
Lebih dari 60% daripada minyak zaitun yang dipasarkan sebagai "extra virgin" tidak menepati piawaian antarabangsa, oleh itu pengguna/pengamal minyak zaitun harus berhati-hati dalam memileh jenama. Banyak di antaranya mengimpot minyak zaitun di merata tempat dan hanya membotolkannya sahaja. 

Salah satu kriteria penting untuk memastikan kesahihan klasifikasi minyak adalah "extra virgin" ialah harganya. Tidak mungkin minyak zaitun yang benar-benar "extra virgin" berharga dalam RM25 untuk 500ml.


Laleli Olive Oil adalah salah satu dari minyak zaitun yang terbaik di dunia. Ianya dikeluarkan oleh orang Islam (Dr Yahya Laleli) dan dihasilkan olehnya dari ladangnya sendiri. Baca tentangnya di sini dan di sini. Dapatkannya di Farmasi Islam Online atau Facebook page Laleli Olive Oil at Sistem An Nisaa.


CIRI-CIRI MINYAK HABBATUS SAUDA EXTRA VIRGIN
  • warnanya lebih terang dan jernih
  • tiada hampas atau mendapan biji habbatus sauda
  • rasanya tetap pedas tetapi lebih halus
Dapatkan Minyak Habbatus Sauda Extra Virgin (first cold-pressed) dari Farmasi Islam Online atau Facebook page 


CIRI-CIRI MINYAK KELAPA DARA (EXTRA VIRGIN)
  • mengandungi asid lemak lauric acid yang berperanan penting dalam fungsi minyak kelapa sebagai pemecah lemak dalam badan dan kerana nilai perubatannya.
  • warnanya putih jernih dan tidak mengandungi kolesterol

Baca tentang kehebatan Minyak Kelapa Dara di sini dan dapatkannya dari Farmasi Islam Online atau di Facebook page

Terdapat juga, minyak bijan (sesame) extra virgin, minyak soya extra virgin, minyak flaxseed extra virgin dan sebagainya.




Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

No comments:

Post a Comment