Wednesday, August 14, 2013

Salwa - Tingginya Mertabat Burung Puyuh

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Salam dan Selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga Baginda



Allah swt berfirman:

Dan Kami menaung kamu dengan awan, dan Kami menurunkan kepadamu manna dan salwa. Makanlah (makanan) yang baik-baik dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu. Mereka tidak menzalimi Kami, tetapi justru merekalah yang menzalimi diri sendiri. 
Surah al-Baqarah:57


Dan Kami membagi mereka menjadi dua belas suku yang masing-masing berjumlah besar, dan Kami wahtukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya. "pulullah batu itu dengan tongkatmu!" Maka memancarlah dari batu itu duabelas mata air. Setiap suku telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. Dan Kami naungi mereka dengan awan dan Kami turunkan kepada mereka manna dan salwa. (Kami  berfirman), "Makanlah yang baik-baik dan rezeki yang telah Kami berikan kepadamu." Mereka tidak menzalimi Kami, tetapi merekalah yang selalu menzalimi dirinya sendiri.
Surah al-A'raf:160

Wahai Bani Israel! Sungguh kami telah menyelamatkan kamu dari musuhmu, dan Kami telah mengadakan perjanjian dengan kamu (untuk bermunajat) di sebelah kanan gunung itu (Gunung Sina) dan Kami telah menurunkan kepada kamu manna dan salwa.


Surah Thaha:80









Seperti yang telah ditulis di entri tentang manna sebelum ini, salwa disebut tiga kali dalam al-Quran seperti si dalam surah-surah di atas, dan tiga-tiga kali itu disebut bersama manna.

Kenapa begitu, saya masih mencari-cari dan mengkaji jawapan pada persoalan itu. Yang saya yakin, manna dan salwa tidak harus dipisahkan. Salah satu petunjuk saya dapat tentang gabungan ini ialah semasa menyediakan entri tentang manna tersebut.

Seperti yang dapat dilihat pada muka itu, terdapat satu gambar salwa yang terletak di antara dua gambar manna yang telah saya uploadkan dalam entri tersebut. Gambar itu tidak patut berada di situ. Saya telah cuba untuk deletekan gambar tersebut tetapi bila saya nak edit di blogger dashboard, gambar salwa itu tiada dalam ruang menulis post tersebut.


Salwa atau quail dalam bahasa Inggeris ialah satu jenis burung puyuh yang boleh dimakan, malah ianya satu jenis protin yang sangat baik untuk dimakan kerana ini telah difirmankan Allah swt Yang Maha Bijaksana. Sesuatu makanan itu diberi darjat yang paling tinggi apabila ianya disebut di dalam al-Quran, dan dalam kes salwa ini, diulangi pula sehingga tiga kali. 

Oleh yang demikian, selain dari sudut fizikal, iaitu dari segi nutrisi dan zatnya yang zahir, salwa sudah pastinya terdapat satu kelebihan dari sudut kerohanian pada sesiapa yang mengamalkannya.  

Sama seperti madu, buah dan minyak zaitun, susu, kurma, anggur, buah delima dan pokok bidara, semuanya diketahui khasiat luarbiasanya tetapi semua makanan yang ada di syurga ini punyai suatu keistimewaan yang menjangkau kajian-kajian klinikal yang hanya menampakkan kebaikan dari sudut kesihatan fizikal tubuh manusia.





KEBAIKAN DAGING BURUNG PUYUH
- mengandungi asid lemak polyunsaturated yang penting
- baik untuk yang bermasalah dengan rhinitis, selsema dan asthma
- masalah kulit seperti eczema dan psoriasis



KHASIAT DAGING BURUNG PUYUH
- mengandungi mineral fosforus, besi, kuperam, zink, selenium
- vitamin B3 dan B6

















Untuk melihat data nutrisi daging burung puyuh ini secara terperinci sila klik di sini. Data Nutrisi


KHASIAT TELUR BURUNG PUYUH SALWA

Mengandungi: 
- vitamin A, B1, B2, B6, B12 dan D
- mineral besi, magnesium, kuperam, fosforus dan lain-lain
- essential micro-nutrients dan asid amino 

KEBAIKAN TELUR BURUNG PUYUH SALWA:
  • Tidak mengandungi kolesterol
  • baik untuk masalah perut (di mana Rasulullah SAW telah bersabda adalah punca 90% dari penyakit) dan gastroentitis seperti gastrik, ulser perut dan kanser duodenum
  • Meningkatkan tahap hemoglobin oleh itu amat baik untuk masalah anemia
  • Mambantu menyahkan toksin dan unsur-unsur berat dalam darah
  • Mengandungi unsur-unsur anti-kanser
  • Mempercepatkan rawatan untuk bronchial asthma dan batuk kokol (TB)
  • Baik untuk pesakit kencing manis
  • Membantu melarutkan batu karang di hati, buah pinggang dan hempedu 
  • Kandungan zat seperti fosforus, protin dan vitamin menyuburkan prostat dan meningkatkan tahap tenaga batin lelaki
  • Membantu dalam rawatan muscular dystrophy
  • Meningkatkan aktiviti otak, daya ingatan dan merangsang sistem saraf
  • Meningkatkan sistem imune, melewatkan proses penuaan dan penglemahan organ
  • Mencantikkan kulit dan melebatkan rambut
Aniza Zain Ahmed
Sistem An Nisaa
2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, 47810 Petaling Jaya   
013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:

Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut tradisional* Makanan Sunnah

No comments:

Post a Comment