Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan Selawat ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda.
Memang benar sihir itu adalah perbuatan orang yang syirik pada Allah Ta'ala. Tetapi ia berjaya kerana dan hanya diizinkan Allah. Mengapa Allah telah mengizinkannya? Adakah Allah berlaku zalim pada hamba-hambaNya? Sudah pastinya tidak.
Allah hanya menguji mereka dengan cara yang amat halus dan teliti...pada mereka yang Dia cukup kasihi dan sayangi. Dia tidak izinkan mereka ada secebis pun perasaan syak pada seseorang. Dia ingin melihat hamba-hambaNya yang dipeliharaNya dengan cukup baik benar-benar beriman padaNya secara total.
Saya sentiasa nasihatkan kepada pesakit supaya jangan fikirkan tentang sihir itu dan orang yang menghantarnya. Kita perlu fokus pada Allah, pada kuasaNya, pada pertolonganNya, pada perlindunganNya, pada rahmahNya dan pada penyembuhan dariNya. Yang paling penting kita perlu fokus dan perbaiki perhubungan kita denganNya, dan buang segala rasa takut pada perbuatan manusia. Itu sahaja sebenarnya.
Sekiranya perhubungan dan kebergantungan padaNya itu benar-benar wujud secara total, kita sedikit pun tidak akan "risau yang sipolan tu akan buat sesuatu".
Tidak akan ada sedikit pun dihati perasaan marah, geram, sakit hati, kecewa, risau, was-was, takut pada orang itu dan apa dia akan buat atau apa dia mungkin akan buat.
Tidak akan ada sedikit pun syak wasangka semasa bersalam dengannya, makan makanan hidangan atau pemberiannya, berkunjung ke rumahnya atau duduk di sebelahnya, kerana kita yakin dengan janji Allah yang Dia akan melindungi kita, dan kita takut hanya pada Dia, azab seksa balasanNya...bukan pada sihir, dan bukan pada manusia.
Bukan kah kita lafaz:
Dengan nama Allah, yang tiada memberi mudharat (padaku) sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Jika dihayati kalimah ini sedalam-dalamnya, kita akan yakin dengan kuasa dan janji Allah. Dengan keyakinan yang kukuh itu, sihir itu akan menjadi habaa an'manthuura (debu yang berterbangan) dan sedikit pun tidak memberi mudharat pada kita. Allahu akbar.
Wallahua'lam.
Bersambung di bahagian ke 2, insya Allah.
Dalam pengalaman saya sebagai perawat, ada satu fenomena yang agak nyata tentang proses rawatan dan penyembuhan kes gangguan makhluk halus.
Saya ingin berkongsi pemerhatian tersebut di sini dengan harapan mangsa-mangsa perbuatan sihir selama bertahun lamanya dan belum lagi mendapat keizninan Allah swt untuk disembuhkan dari penyakit dan masalahnya.
Saya dapati ada beberapa pesakit yang amat susah untuk baik, atau pun gangguan yang di alaminya datang berulang-ulang. Setelah membuat rawatan membaca surah-surah tertentu berkali-kali, mandi, bekam dan sebagainya, gangguan itu tetap datang. Dah ok dua tiga minggu, dia akan telepon atau mesej saya untuk memberitahu dia diganggu lagi.
Memang ada di antara pesakit yang agak sedikit amalan mereka, kadang-kadang solat pun ada yang tertinggal, aurat tidak ditutup sempurna dan jarang sekali menyentuh apa lagi membaca Al-Quran. Memang mudah diganggu syaitan sekiranya amalan tidak begitu sempurna, tetapi walaupun begini, Allah tetap izinkan dia sembuh juga.
Ada pula di antara mereka yang begitu kuat iman dan amalan mereka, masyaAllah, solat tahajjud tak tinggal, berpuasa sunat, membaca Al-Quran tak putus-putus...tapi mereka mengalami masalah yang sama...gangguan yang berulang-ulang. Mereka redha dengan ujian Allah dan terus berusaha dan usaha lagi untuk memulihkan diri...tetapi mengapa Allah masih tak izinkan mereka sembuh?
Kadang-kadang ada yang sampai obses dengan gangguan sihir yang ada pada dirinya dan apabila bercerita dengan saya, dia tetap menuduh seseorang itu. Biasalah...orang itu selalunya mak mertua, madu atau girlfriend suami, bekas suami atau isteri dan kadang-kadang seseorang di pejabatnya yang dia rasa ada perasaan dengki terhadapnya.
Biasanya saya akan memintanya supaya dia berhenti menuduh seseorang itu terlebih dahulu. Tetapi jika pesakit terlalu terikat dengan sistem kepercayaannya (belief system), sangat sukar untuk merubah corak pemikirannya. Jika sudah ke tahap kronik kepercayaannya itu, saya memohon dia mencari perawat yang lain saja kerana dia hanya akan membazir duit dan masanya mendapatkan rawatan dan perkhidmatan daripada saya. Kerana masalahnya tidak akan selesai selagi dia terus menuduh dan menyalahkan orang lain di atas gangguan yang Allah sudah takdirkan ke atasnya.
Sebenarnya saya pun tak sanggup melihat pesakit seperti ini terus berkeras menyatakan dia disihir sipolan. Kerana setiap kali dia mengucap demikian, dia bukan dianiayai oleh orang lain tetapi sebenarnya dia yang menganiayai dirinya sendiri.
Ada satu persamaan yang ketara di antara golongan pesakit ini.
Dari pemerhatian saya yang serba da'if ini...sebab utama mereka kerap diganggu secara berulang-ulang kali ialah kerana mereka ada menyebut, mengesyaki, mempercayai atau ada perasaan takut yang seseorang itu telah melakukan perbuatan menghantar sihir kepada diri mereka.
Boleh dikatakan kesemua kes saya yang tidak sembuh mengatakan dan percaya bahawa mereka telah disihir oleh seseorang yang mereka kenali atau ketahui.
Memang ada di antara pesakit yang agak sedikit amalan mereka, kadang-kadang solat pun ada yang tertinggal, aurat tidak ditutup sempurna dan jarang sekali menyentuh apa lagi membaca Al-Quran. Memang mudah diganggu syaitan sekiranya amalan tidak begitu sempurna, tetapi walaupun begini, Allah tetap izinkan dia sembuh juga.
Ada pula di antara mereka yang begitu kuat iman dan amalan mereka, masyaAllah, solat tahajjud tak tinggal, berpuasa sunat, membaca Al-Quran tak putus-putus...tapi mereka mengalami masalah yang sama...gangguan yang berulang-ulang. Mereka redha dengan ujian Allah dan terus berusaha dan usaha lagi untuk memulihkan diri...tetapi mengapa Allah masih tak izinkan mereka sembuh?
Kadang-kadang ada yang sampai obses dengan gangguan sihir yang ada pada dirinya dan apabila bercerita dengan saya, dia tetap menuduh seseorang itu. Biasalah...orang itu selalunya mak mertua, madu atau girlfriend suami, bekas suami atau isteri dan kadang-kadang seseorang di pejabatnya yang dia rasa ada perasaan dengki terhadapnya.
Biasanya saya akan memintanya supaya dia berhenti menuduh seseorang itu terlebih dahulu. Tetapi jika pesakit terlalu terikat dengan sistem kepercayaannya (belief system), sangat sukar untuk merubah corak pemikirannya. Jika sudah ke tahap kronik kepercayaannya itu, saya memohon dia mencari perawat yang lain saja kerana dia hanya akan membazir duit dan masanya mendapatkan rawatan dan perkhidmatan daripada saya. Kerana masalahnya tidak akan selesai selagi dia terus menuduh dan menyalahkan orang lain di atas gangguan yang Allah sudah takdirkan ke atasnya.
Sebenarnya saya pun tak sanggup melihat pesakit seperti ini terus berkeras menyatakan dia disihir sipolan. Kerana setiap kali dia mengucap demikian, dia bukan dianiayai oleh orang lain tetapi sebenarnya dia yang menganiayai dirinya sendiri.
Dari pemerhatian saya yang serba da'if ini...sebab utama mereka kerap diganggu secara berulang-ulang kali ialah kerana mereka ada menyebut, mengesyaki, mempercayai atau ada perasaan takut yang seseorang itu telah melakukan perbuatan menghantar sihir kepada diri mereka.
Boleh dikatakan kesemua kes saya yang tidak sembuh mengatakan dan percaya bahawa mereka telah disihir oleh seseorang yang mereka kenali atau ketahui.
Memang benar sihir itu adalah perbuatan orang yang syirik pada Allah Ta'ala. Tetapi ia berjaya kerana dan hanya diizinkan Allah. Mengapa Allah telah mengizinkannya? Adakah Allah berlaku zalim pada hamba-hambaNya? Sudah pastinya tidak.
Allah hanya menguji mereka dengan cara yang amat halus dan teliti...pada mereka yang Dia cukup kasihi dan sayangi. Dia tidak izinkan mereka ada secebis pun perasaan syak pada seseorang. Dia ingin melihat hamba-hambaNya yang dipeliharaNya dengan cukup baik benar-benar beriman padaNya secara total.
Saya sentiasa nasihatkan kepada pesakit supaya jangan fikirkan tentang sihir itu dan orang yang menghantarnya. Kita perlu fokus pada Allah, pada kuasaNya, pada pertolonganNya, pada perlindunganNya, pada rahmahNya dan pada penyembuhan dariNya. Yang paling penting kita perlu fokus dan perbaiki perhubungan kita denganNya, dan buang segala rasa takut pada perbuatan manusia. Itu sahaja sebenarnya.
Sekiranya perhubungan dan kebergantungan padaNya itu benar-benar wujud secara total, kita sedikit pun tidak akan "risau yang sipolan tu akan buat sesuatu".
Tidak akan ada sedikit pun dihati perasaan marah, geram, sakit hati, kecewa, risau, was-was, takut pada orang itu dan apa dia akan buat atau apa dia mungkin akan buat.
Tidak akan ada sedikit pun syak wasangka semasa bersalam dengannya, makan makanan hidangan atau pemberiannya, berkunjung ke rumahnya atau duduk di sebelahnya, kerana kita yakin dengan janji Allah yang Dia akan melindungi kita, dan kita takut hanya pada Dia, azab seksa balasanNya...bukan pada sihir, dan bukan pada manusia.
Bukan kah kita lafaz:
Dengan nama Allah, yang tiada memberi mudharat (padaku) sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Jika dihayati kalimah ini sedalam-dalamnya, kita akan yakin dengan kuasa dan janji Allah. Dengan keyakinan yang kukuh itu, sihir itu akan menjadi habaa an'manthuura (debu yang berterbangan) dan sedikit pun tidak memberi mudharat pada kita. Allahu akbar.
Wallahua'lam.
Bersambung di bahagian ke 2, insya Allah.
Sistem An Nisaa
Dr.Aniza Zain Ahmed (MD) (Alt. Med.)
Dr.Aniza Zain Ahmed (MD) (Alt. Med.)
Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya
016- 289 1579 / 013- 62 60 369
sistemannisaa@gmail.com
sistemannisaa@gmail.com
Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
untuk wanita dari wanita:
untuk wanita dari wanita:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu *
* Urut Tradisional Melayu *
No comments:
Post a Comment