Wednesday, January 22, 2014

Merungkai Belenggu Sihir Bhg 2: Bahaya Mengesan Puncanya


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan Selawat ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda.

Di klinik Sistem An Nisaa, pesakit akan didiagnos dan jenis-jenis gangguan yang dialami pesakit akan dipastikan (sejauh mana Allah swt izinkannya). Ini hanya untuk menentukan ayat-ayat yang perlu dibacakan dan diamal, dan juga jenis rawatan yang akan diberikan. 

Tetapi perawat tidak sesekali akan memberitahu pada pesakit punca gangguannya, iaitu dari mana dan dari siapa datangnya sihirnya itu. Asal sihir, tukangnya dan jenis sihir tidak dianggap penting. Samada ianya bomoh dari Siam, sakai atau sebagainya, semua sihir dianggap sama, ianya bathil dan semuanya mengguna makhluk yang sama iaitu syaitan dan iblis. Makhluk ini pula tiada punya apa-apa kuasanya sendiri...semuanya hak Allah swt, dan dengan izinNya juga.

Kadang-kadang ada patient yang merayu supaya diberitahu siapakah yang menyihirnya. Astaghfirullah al Adziim. Kan sihir itu tipu daya syaitan. Mereka akan menipu dan memperdayakan kita, buat kita percaya kepada perkara yang bohong, dan cuba buat manusia bertelagah antara satu sama lain dan saling tuduh menuduh. 


Mengesan punca sihir tidak akan membawa apa-apa kebaikan malah akan membawa banyak lagi akibat yang buruk yang akan memberi kesan pada kedua pesakit dan juga perawat. Di antaranya:
  • mengesan punca datangnya sihir akan membuka satu jalan bagi bomoh untuk detect rawatan yang dibuat oleh pesakit. Bila sudah dikesan, kemungkinan besar, bomoh tersebut akan tambah lagi power untuk counter attack. Kesnya akan menjadi sangat rumit dan complicated.
  • pesakit akan sentiasa memikirkan tentang gangguan sihir itu dan penghantarnya, sipolan. Otak kita adalah satu organ yang merupakan sistem pemancar dan penerima yang amat canggih dan sensitif oleh itu apa sahaja yang difikirkan akan menghasilkan gelombang-gelombang yang boleh sampai ke mana-mana ruang dan masa. Gelombang-gelombang ini sangat cepat dan tepat menghantar isyarat-isyarat. Ini akan memudahkan lagi sihir itu mencari sasarannya. 
  • Sekiranya sipolan itu disyaki yang menghantarnya, walhal sebenarnya dia tidak buat apa-apa pun, kan dah terjadi satu fitnah? Dan kita semua tahu betapa besarnya dosa membuat fitnah. Tak pasal-pasal, mangsa pula yang dapat dosa.
  • Apabila pesakit diberitahu atau pesakit itu sendiri yang mempercayai yang sipolan telah mengsihirkannya, maklumat ini cepat menjadi sebahagian dari sistem kepercayaannya (belief system). Apabila penyakitnya telah sampai ke tahap psychology, maka penyembuhan akan menjadi amat sukar (sila baca post sebelum ini Merungkai Belenggu Sihir Bhg 1: Kenapa Ia Membelenggu).
  • Sekiranya dikatakan oleh seseorang perawat yang orang yang menyihir itu dari kalangan keluarga terdekat, si pesakit akan rasa curiga dan timbul syak wasangka terhadap saudara-maranya. Dan jika perhubungan sudah memang tidak begitu baik dengan menantu dan keluarga ipar sebagai contoh, keadaan rumahtangga akan menjadi lebih teruk lagi. Sama juga jika dikatakan penyihir itu salah seorang dari rakan sekerja, pesakit akan rasa takut untuk pergi ke pejabatnya dan hilang fokus dalam menjalankan tugasnya. Hatinya tak mungkin akan merasa tenang.
  • Kadang-kadang pesakit berkata dia memang tahu punca sihir yang ada padanya. Menurutnya samada sipolan itu sendiri yang mengaku dia telah buat sesuatu untuk menyakiti pesakit itu dengan menggunakan sihir, atau pun pesakit itu sendiri yang ternampak sipolan membuat suatu yang merupakan unsur sihir seperti menabur garam dipintunya dan sebagainya. Tetapi saya tetap meminta pesakit untuk tidak menghiraukan semua itu. 
Jangan terpengaruh. Jangan terpedaya dan tertipu. Jangan mengiakan perbuatannya dan pengakuannya. Jangan asyik bercerita pada orang lain, dan mengulang-ulang ceritanya. 
Salah satu sebab utama pesakit dibelenggu dengan gangguan sihir ini adalah kerana dia membelenggu dirinya sendiri dengan mengulangi cerita yang dia berpegang teguh dalam sistem kepercayaannya. Biasanya si pesakit ini merasa sakit hati dan tidak puas hati, dan dia lepaskan geramnya dengan bercerita berulang kali tentang sipolan yang dia percaya telah menyihirnya.
Pesakit seperti ini perlu bebaskan dirinya daripada cengkaman psychology ini. Pautkan hati pada Allah dan yakin tiada apa pun di antara langit dan bumi yang boleh memudharatkan kita tanpa izin Allah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui yang sebenar-benarnya dan kita serahkan segalanya padaNya.  
Pernah seorang pesakit teringin sangat tahu siapa yang telah menyihirnya, lantas dia melakukan solat hajat untuk memohon petunjuk dari Allah. Dia telah bermimpi dan di dalam mimpi itu dia "nampak" siapa yang menyihirnya. Dia dia amat terkejut, dan dia berpegang teguh kepada kepercayaan yang orang yang di dalam mimpi itulah yang menyihirnya. Dan sudah tentunya, keadaannya semakin teruk selepas dia bermimpi. Soalannya, adakah mimpu itu benar-benar petunjuk dari Allah swt atau tipu daya syaitan atau semata-mata manfestasi apa yang disyakkinya? Apa pun, pesakit itu memang mengambil masa yang sangat lama untuk pulih. 

Perlu diingatkan bahawa sihir ini adalah tipu daya syaitan dan mereka akan sentiasa menipu kita dengan menakut-nakutkan kita, membuat kita mempercayai sesuatu yang bukan hakikatnya dan menganggu fikiran dan emosi kita dengan cara apa sekali pun.

Iblis dan syaitan adalah makhluk yang dilaknati Allah. Mereka tidak berhak mendapat tempat di dalam tubuh kita, tidak patut menguasai kita dan menjadikan kita hamba pada ketakutan. Orang yang syirik pada Allah lah yang patut takut, bukan anda. Tukar mindset supaya kita menjadi hamba pada Yang Haqq disembah.


Daripada kita memikirkan tentang punca sihir, lebih baik kita fokus kepada Kuasa yang mampu menghapuskannya. Berusaha untuk menuntut ilmu dengan seorang guru yang mursyid, terutamanya ilmu usul. Ini adalah salah satu penawar yang paling mujarab untuk merawat diri dan membebaskan diri dari belenggu sihir. 


Wallahu'alam. 






Sistem An Nisaa
Dr.Aniza Zain Ahmed (MD) (Alt. Med.)

Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369 
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
untuk wanita dari wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu *

No comments:

Post a Comment