Thursday, January 23, 2014

Merungkai Belenggu Sihir, Bhg 3: Membebaskan Diri


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan Selawat ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda.


Dalam bahagian 1, saya telah berkongsi pemerhatian saya tentang masalah merawat pesakit gangguan sihir yang berulang-ulang kerana dirinya sendiri yang declare atau mengaku ada orang yang menyihirnya. Dalam bahagian kedua pula, saya menekan kepada bahayanya pesakit memberi fokus atau tumpuan kepada punca atau orang yang dia percaya menyihirnya.

Dalam bahagian ketiga ini pula, saya akan cuba untuk memberi beberapa tip untuk membantu pesakit gangguan mengatasi masalahnya dengan merubah mindsetnya dan arah fokusnya dari masalahnya kepada penyelesaiannya. 
Focus on the solution, not the problem.

1. Ingat..it's not about them, it's about YOU
Masalah sihir bukan tentang jin, syaitan dan iblis, bukan tentang orang yang menghantarnya dan bukan tentang tujuannya. Ia adalah tentang diri kita sendiri.
Kenapa Allah telah izinkan sihir itu menimpa kita? Apakah kelemahan yang ada pada diri kita yang Allah berkehendakkan kita perbetulkan? Apakah kekurangan yang ada pada diri kita? Ilmu, iman, kekuatan jiwa, keyakinan, sangka baik, keikhlasan atau sifat redha? 

Kadang-kadang kita pasti yang kita ikhlas menolong seseorang itu, tapi bila diuji keikhlasan itu...fail rupanya. Bila orang yang ditolong itu tidak membalas budi kita malah kita difitnahnya lagi, perasaan marah, kecewa atau menyesal akan timbul. Maka taulah kita pertolongan kita tadi sebenarnya kurang ikhlas. Keikhlasan tidak bersyarat. Dalam apa jua keadaan, kita akan rasa selesa melakukannya tanpa mengharap apa-apa pun. 

Begitu juga dengan redha. Kita kata "Aku redha suami kahwin sorang lagi, tapi....". Redha yang setulus-tulusnya tiada tapi tapi..seperti keikhlasan juga, redha yang sebenar-benar redha tiada syarat-syaratnya.

Hakikatnya ujian yang diberi pada hambaNya yang dikasihiNya amat jitu, amat teliti dan amatlah perit kerana terkena terus pada sasarannya iaitu kelemahan kita, dan ego kita. Tak semua orang akan diuji sebegitu rupa. Hanya mereka yang dipilih untuk diangkat darjatnya dan mertabatnya diberi ujian sebegini.

2. Tuntut ilmu dari guru yang mursyid
Mendapat ilmu dari Ustaz Google dan Facebook tidak dikira menuntut ye. Kita kena cari guru-guru yang benar-benar berilmu dengan kitab-kitab dan belajar secara face-to-face dengan mereka. Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap orang Islam dan tidak boleh diambil ringan. Dengan ilmu seperti akidah atau usuluddin, kita akan lebih kenal Allah dan tahu di mana kedudukan kita sebenarnya dan siapa diri kita. Kefahaman dan kesedaran ini akan membuat kita lebih tertumpu pada amalan ibadah dan matlamat hidup kita.  

3. Jangan benarkan ada ruang kosong dalam jiwa 
Ruang yang kosong di dalam jiwa kita akan terisi dengan perasaan dan emosi yang negative. Ini termasuk rasa marah, kecewa, tak puas hati, kesal, bosan, frust, dan minta jauh, perasaan ingin membalas dendam.

Ini pentingnya perkara nombor 2 iaitu menuntut ilmu. Ruang-ruang di dalam hati dan jiwa yang terisi dengan perasaan-perasaan yang negatif akan digantikan dengan cahaya dari ilmu makrifatullah. Cahaya ini ialah penawar jiwa dan dengan izin Allah, semua kesedihan dan kekecewaan dalam hidup akan lenyap. Sifat redha yang sebenar-benarnya akan dimiliki dan ketenangan jiwa akan terus meningkat dan meningkat sehingga kita dapat kekuatan untuk menepis ancaman spiritual dan untuk mengawal gangguan mental dan emosi. 

4. Pegang teguh pada janji Allah
Pesakit-pesakit gangguan sihir biasanya diberi amalan untuk membaca ayat-ayat ruqyah oleh perawat-perawat perubatan Islam, di antaranya ayat 81 hingga 82 Surah Yunus, ayat 118 hingga ayat 121 Surah Al-A'raaf dan ayat 69 surah Thaha. 

Saya akan tanya pesakit, "Puan baca ayat-ayat tu untuk apa, Puan?". Mereka akan menjawab, "Untuk merubat gangguan sihir." Kemudian saya tanya lagi, "Puan ingat apa maksud ayat-ayat tersebut?". "Tak...ustaz suruh saya baca, saya baca lah."

Ayat-ayat itu, jika dibaca tanpa pengertian atau penghayatan, kurang kesannya ke atas apa-apa. Jom kita tengok maksud ayat-ayat tersebut supaya kita boleh dapat tahu rahsia melawan sihir yang sebenarnya.    


Surah Yunus ayat 81 & 82

Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata, "Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir, sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan"



7:118
7:119
7:120
7:121
Surah Al-A'raf ayat 118-121

Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka telah lakukan.
Oleh itu kalahlah Firaun dan ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.
Dan (kemenangan Nabi Musa) menjadikan ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka dan sujud,
sambil berkata: "Kami beiman kepada Tuhan sekalian alam." 


20:69
Surah Thoha ayat 69
Dan lemparkanlah apa yang ditangan kanan mu, nescaya ia akan menelan apa yang mereka perbuat. Sesunguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang."

Nah...berapa janji Allah di sini:

  • Allah akan mendedahkan kepalsuannya
  • Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan
  • batallah (sihir) yang mereka telah lakukan.
  • kembalilah mereka dengan keadaan yang hina
  • dengan sendirinya merebahkan diri mereka
  • apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka)Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang
Jadi kalau kita beriman kepada kitab suci Al-Quran, kita patut pegang teguh pada janji-janji Allah dan anggapkan sihir sebagai tipu daya syaitan sahaja. Tukang dan dalang-dalang sihir pun tidak akan berjaya dan dihina oleh Allah, jadi kita tak perlu rasa geram dengan niat dan perbuatan mereka. Kita tak perlu rasa takut "berjumpa dengan dia" atau "duduk sebelah dia". Kita kena yakin Allah akan tunaikan janji-janjiNya, dan Allah Yang punya Kuasa.
There is nothing Allah cannot do, so leave everything to Him...and trust Him.

Kita sebagai hambaNya hanya perlu taat dan tumpu pada suruhanNya, perbaiki hubungan denganNya dan sentiasa bersangka baik. Jangan sekali-kali menuduh sesiapa pun menghantar sihir. InsyaAllah, anda akan bebaskan diri dari belenggunya.

Wallahua'lam.



Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD) (Alt. Med.)

Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016- 289 1579 / 013-626 0369
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik 
untuk wanita dari wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu * Profil Diri *

3 comments:

  1. terima kasih berkongsi ilmu...salam blogwalk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sama-sama Kakchah Jelita. Mudah-mudahan Puan telah mendapat sedikit menafaat dari post ini :-)

      Delete
  2. Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. Terima kasih puan.. Sy mohon izin utk share ye puan.. Mudah2an ramailah saudara2 kita di luar sana yg mendapat manfaat dr pembacaannya.. Barakallah utk puan.. Amin ya Rabbal Alamin..

    ReplyDelete