Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda.
Pada minggu yang lepas, seorang wanita telah datang ke klinik Sistem An Nisaa untuk mendapatkan rawatan untuk masalah kemurungan (depression). Keadaan ini memang agak biasa dan tidak ada apa-apa yang ganjil jika berlaku kepada seorang wanita. Tetapi bukan wanita ini yang mengalami masalah kemurungan, yang mengalaminya ialah anaknya yang berumur tiga tahun.
Hakikatnya bukan orang dewasa sahaja yang boleh kemurungan. Kanak-kanak pun boleh mengalami gangguan emosi yang boleh menjadi kronik jika tidak dirawat. Kanak-kanak yang murung mungkin juga akan ada keinginan untuk membunuh diri. Seringkali kelakuan kanak-kanak di salah faham sebagai kenakalan kerana kanak-kanak yang mengalami kemurungan ada kecenderungan bersifat agresif terhadap kanak-kanak yang lain.
Masalah kemurungan kini menjadi semakin serius dengan lifestyle yang semakin mencabar. Kekosongan dalam jiwa perlu diberi perhatian kerana keadaan ini yang mendatangkan kemurungan dan juga gangguan makhluk halus. Jika masalah ini tidak dirawat dengan sempurna, gangguan emosi yang dialami oleh seorang wanita boleh mempengaruhi janin di dalam kandungannya. Apabila saya bertanya wanita tersebut tentang tahap emosinya semasa dia mengandungkan anaknya itu, dia mengaku bahawa dia memang tidak tenteram, sangat tertekan dan mengalami gangguan emosi yang tidak menentu waktu itu.
Kemurungan berkaitan rapat dengan satu bahan yang terdapat dalam tubuh dan dikenali sebagai serotonin. Ia merupakan salah satu di antara tiga neurotransmitter yang menghantar isyarat ke otak untuk fungsi-fungsi tertentu. Ia di temui oleh Vittono Erspamer pada tahun 1935, dan kemudiannya dikenalpasti dan dinamakan oleh Maurice M. Rapport, Arda Green dan Irvine Page dari Cleveland Clinic pada tahun 1948.
Serotonin dikatakan mengatur fungsi-fungsi seperti mood, tidur, selera makan dan pencernaan, tingkah laku sosial serta keinginan dan daya seksual. Kita memerlukan bahan neurotransmitter ini yang juga dikatakan sebagai satu hormon, tetapi kita tidak boleh dapatinya melalui makanan. Namun ada beberapa perkara yang boleh mencetus tindakbalas kimia yang seterusnya meningkatkan tahap serotonin seperti:

- bersenam
- pancaran matahari
- pati minyak bunga/buah/daun
Pati minyak yang diketahui boleh meningkatkan tahap serotonin, yang juga merupakan hormon adalah seperti lavendar, bergamot, wild orange, marjoram, geranium dan ylang-ylang. Apabila dihidu bau-bauan ini, isyarat-isyarat akan di bawa melalui sistem limbik yang seterusnya merangsang dan menstabilkan sistem endokrin. Pati-pati minyak ini yang telah boleh didapati dari Farmasi Islam Online.
Selain daripada itu, satu bahan makanan yang juga dapat membantu menstabilkan emosi ialah stevia. Stevia ialah sejenis tumbuhan dimana daun-daunnya sangat manis tetapi ia tidak mengandungi glukos atau kalori. Stevia biasanya digunakan sebagai alternatif kepada gula. Tetapi ia sebenarnya lebih dari itu...stevia sebenarnya satu penawar yang mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi kerana ia mampu menstabilkan beberapa hormon seperti insulin dan adrenalin. Fungsi penstabil hormon ini sangat diperlukan oleh mereka yang mengalami kemurungan dan juga masalah mood yang tidak menentu seperti di dalam kes bipolar disorder.
Stevia juga boleh didapati dari Farmasi Islam Online iaitu Stevia Balance dalam bentuk ekstrak.
Stevia Balance Sistem An Nisaa |
Nota: Rencana ini tidak bertujuan untuk membuat preskripsi untuk sebarang masalah atau penyakit. Dapatkan nasihat dari pengamal perubatan yang bertauliah untuk diagnosis dan rawatan yang sempurna.
Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya
016 - 28 91 579 / 013- 62 60 369
016 - 28 91 579 / 013- 62 60 369
sistemannisaa@gmail.com
Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
dari wanita untuk wanita:
dari wanita untuk wanita:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu * Surah/Profil Diri*
No comments:
Post a Comment