Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Salam dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammas SAW serta keluarga dan sahabat Baginda. |
Syukur kepada hadrat Allah Azza wa Jalla...
...kini telah beroperasi dan mengeluarkan
Madu Kelulut Bilut Valley Bee Farm
yang ternyata asli dan segar dari ladang yang organik.
Bilut Valley Bee Farm terletak di Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang hanya 1 jam lebih dari Kuala Lumpur. |
Kami belum bersedia untuk menerima pelawat-pelawat awam tetapi jika ada sesiapa yang sudi melawat, sila menghubungi kami secara persendirian. Insya Allah, kami terbuka hati menerima kunjungan kalian! |
Bee farm ini dikelilingi oleh pokok-pokok buah-buahan seperti dutian, mangga, manggis, rambutan, longan, belimbing dan pisang. Kesemuanya merupakan kesukaan kelulut. |
Madu kelulut multi-flora yang ada masam-masam buah. Madu Bilut Valley Bee Farm tidak melalui proses pemanasan supaya semua khasiat asalnya dikekalkan. |
Bilut Valley Bee farm terletak di atas bukit dan dari sana akan kelihatan di sekelilingnya alunan bukit-bukau dan suasananya begitu indah di waktu pagi. |
Spesis yang di kultur untuk madunya terdiri dari jenis Heterotrigona itama. Di sini kelihatan kelulut menghampiri bunga air mata pengantin (antiganon leptosus) bunga kegemarannya. |
No comments:
Post a Comment