Thursday, December 29, 2011

Garam Kristal Himalaya - Rahsia Jiwa Dan Hidup Yang Bertenaga


Menurut Al-Baghawi dalam Tafsirnya dari Abdullah bin Umar secara marfu':

"Sesungguhnya Allah menurunkan empat berkat dari langit ke Bumi: Besi, Api, Air dan Garam."

Tasik dan bukit garam di Himalaya

Garam Kristal Himalaya ini didapati dari bahagian Salt Range Banjaran Himalaya dekat Punjab, Pakistan. Kebanyakan garam yang didapati di bahagian luar berwarna kemerahan tetapi di bahagian dalam gua, garam bertukar menjadi putih dan paling dalam sekali, garam telah membentuk kristal yang keras oleh kerana tekanan yang tinggi selama berjuta tahun. 



Garam yang telah membentuk kristal yang teramat keras
Garam putih inilah yang dikenali sebagai 
Garam Kristal Himalaya.  

Garam Kristal yang berwarna putih dan Garam Bukit Himalaya yang berwarna kemerahan.

















Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Sunannya menerusi hadis Anas secara marfu':


"Penghulu segala lauk adalah garam."


Jika benar semua garam adalah merbahaya untuk kesihatan kita, mustahil hadis seperti ini wujud. Jadi apakah garam yang dimaksudkan pengulu lauk ini?


Garam Kristal Himalaya ialah garam paling suci di atas muka Bumi ini. Ia kaya dengan mineral dan bebas dari bahan toksin dan bahan pencemaran. Ia mengandungi lebih dari 80 mineral dan trace element, dan inilah yang membezakannya dengan garam sodium biasa yang memudaratkan. 

Garam yang paling dalam sekali telah membentuk kristal yang keras oleh kerana tekanan yang tinggi selama berjuta tahun. Struktur geomatrik kristalinenya amat sempurna. Inilah yang dinamakan Garam Kristal Himalaya. Ia adalah garam organik yang paling berkhasiat, paling bersih dan mengandungi semua unsur mineral yang terdapat dalam tubuh manusia. Inilah dia berkat sebenar-benarnya yang turun dari langit.

Garam berpotassium tinggi ini sangat diperlukan untuk sel yang sihat. Potassium menentukan kadar diluar dan di dalam sel pada tahap yang betul. Potassium juga mengalkalikan perut  dan ini penting untuk mencegah peyakit kronik. Rasulullah SAW mengamalkan sedikit garam sebelum makan. Baginda akan mencicah ibujari ke dalam dan meletakkannya pada langit-langi Baginda. Amalan ini akan merembes enzim penghadaman dalam air liur dan perut. Garam juga akan meyerap gas yang berada dalam perut sebelum makanan masuk ke dalamya, dan ini akan mengurangkan rasa senak dan sendawa.

[1.JPG]
Terlalu mengagumkam adalah ciptaan Allah swt, air zam-zam adalah molikul air yang paling sempurna (perfect) di atas muka Bumi ini.


Garam Kristal Himalaya berbeza daripada garam halus biasa yang diproses yang mana kandungan adalah sodium semata-mata yang menjadi punca tekanan darah naik. Garam menjadi bahan yang memudharatkan apabila proses "pembersihan" turut menyahkan unsur potassium, kalsium, magnesium dan besi yang perlu bekerjasama dengan sodium. Garam merupakan satu rahmat daripada Allah SWT yang sebenarnya boleh dinikmati dan tidak semestinya ditakuti kemudharatannya. 

Garam meningkatkan kadar metabolisma dan memecahkan rangkaian lemak dan kolesterol serta melancarkan pengaliran jus hempedu, semuanya penting dalam pengawalan berat badan. Juga dapat menyahkan toksin dan asid uric, dengan itu dapat merawat masalah gout dan sakit tumit. Garam mengandungi unsur pembersih, penghilang lendir, bersifat penyerap dan mencegah bau busuk dan kerosakan lantas mengelakkan keracunan dalam perut. Kandungan potassium di dalamnya mengalkalikan perut dan keadaan ini amat penting bagi mencegah penyakit-penyakit kronik.

Daripada mengambil air-air isotonik yang mengandungi banyak kimia yang mengasidkan perut dan gas karbonat yang memekatkan darah, lebih baik minum air larutan garam kristal yang kandungan mineralnya cukup lengkap, sempurna dan dalam kadar yang tepat.

Ia mampu menyerap gas-gas lengai dalam perut dan usus. Garam merangsang kelenjar tiroid yang penting dalam pembinaan tulang yang kuat (bone mineralisation). Bersifat pengalir yang efisien, garam melancarkan system saraf dan pengaliran neuro transmitters yang menghantar isyarat kepada otak.

Sifat menyerap garam adalah faktor yang penting dalam rawatan kanser yang merupakan penyakit dasar. Garam menambahkan kandungan oksigen dalam sel dan darah yang sangat diperlukan untuk melemahkan virus kanser.

Garam kristal menambah kualiti segala sesuatu yang dicampur dengannya.Ia berfungsi sebagai pemangkin dalam tindakbalas kimia oleh itu sangat perlu dalam penghadaman dan pencernaan makanan, mengurangkan masalah angin masam dan gastrik. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Ia kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis.



Sesungguhnya, Allah Maha Pencipta sememangnya Yang Mengetahui segala-gala tentang ciptaanNya dan apa yang terbaik bagi mereka.





Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *




Sunday, December 4, 2011

Benar, Cuka Epal dan Cuka Tamar Ialah Penawar Untuk Masalah Gastrik



Cuka Epal adalah di antara makanan sunnah yang  harus dimasukkan dalam diet harian  untuk menjaga kesihatan dan  mencegah penyakit kronik terutamanya kencing manis, tekanan darah tinggi dan kanser. Ia juga merupakan penawar bagi masalah gastrik. Bagaimana?

Seringkali apabila saya syorkan Cuka Epal atau Cuka Tamar kepada pesakit saya yang ada masalah gastrik (gastritis), kebanyakan mereka akan rasa terkejut, risau, takut, was-was dan kurang yakin. Bukankah cuka itu masam dan berasid, tajam dan bisa?



Ya benar, Cuka Epal, Tamar dan cuka dari lain-lain buah seperti anggur, ceri dan mulberry adalah bersifat asid, tetapi apabila diminum, cuka ini akan mengalkalikan makanan lain dalam perut kita. Sesuatu makanan yang bersifat asid tidak semestinya kekal pHnya (keasidan atau kealkalian) dalam perut.

Cuka buatan adalah cuka yang menambahkan lagi masalah gastrik kerana cuka ini kekal berasid walapun dalam perut. Cuka  ini tiada khasiat atau nutrisi.

Sebaliknya, Cuka Epal dan Tamar mengandungi potassium selain dari vitamin C dan lain-lain mineral. Cuka yang dibuat dengan proses semulajadi juga mengandungi enzim-enzim yang hidup.

Ada makanan yang sangat berasid tetapi apabila dimakan, akan mengalkalikan makanan lain dalam perut seperti buah-buahan sitrus, beri, nenas, tomato. Walaupun buah-buahan citrus seperti lemon, limau oren dan limau nipis adalah sangat berasid, namun asidnya iaitu asid sitrik menjadikan makanan lain beralkali.
Jus dari buah-buahan sitrus adalah sangat rendah pHnya dan dikenali dengan rasa masamnya, tetapi di dalam perut airnya menjadikan isi perut menjadi alkali. 

Dan seperti juga jus buah-buahan sitrus, Cuka Epal, Tamar dan sebagainya yang sangat bersifat asid, juga berfungsi sebagai penawar yang menjadikan perut kita beralkali.

Darah dan sel tubuh manusia perlu berada dalam keadaan beralkali, dan pH dalam perut, iaitu pilihan makanan kita adalah penentu tahap keadaan yang sihat ini. Untuk berada dalam keadaan ini, 60% dari makanan kita perlu terdiri dari makanan yang mengalkalikan perut, manakala hanya 40% dari makanan yang menghasilkan asid dalam perut patut dimakan.

Bagi orang-orang yang mengalami penyakit kronik terutamanya kanser di mana keadaan darah dan sel perlu dijaga dengan baik, 80% dari pemakanan mereka mestilah dari kumpulan yang mengalkalikan perut, dan hanya 20% dari makanan yang mengasidkan perut.
Celery  yang disebut dalam kitab Perubatan Nabi adalah antara sayuran yang membentuk alkali yang tinggi  dalam perut.
Kurma yang berkali-kali disebut di dalam Al-Quran rupanya salah satu makanan yang penting dalam meneutralkan asid berlebihan dalam perut dan juga menghasilkan alkali.
Buah kismis dan buah tin, kedua-duanya merupakan makanan yang penting dan dianggap tinggi nilainya dikalangan orang-orang Islam, dan kedua-duanya adalah di antara makanan yang mengalkalikan perut.

Buah Tin mendapat banyak tempat di dalam Al-Quran dan juga penghormatan sebagai nama salah satu surah di dalamnya.


Halia juga menghasilkan alkali dalam perut. Halia bukan sahaja terdapat di dalam kitab Perubatan Nabi tetapi juga disebut di dalam Al-Quran iaitu dalam surah Al-Insaan ayat 17. Halia dikatakan menjadi salah satu ramuan dalam sejenis minuman yang diberikan kepada ahli syurga. Ini merupakan satu nikmat yang besar kerana Allah Yang Maha Pemurah memberi kepada kaum manusia di dunia ini sesuatu yang terdapat di syurga, seperti juga buah delima dan anggur. Sudah pastinya ada keistimewaan yang luarbiasa pada makanan-makanan ini yang mendapat tempat di syurga dan dalam Al-Quran.


Asid gastrik adalah cecair yang dihasilkan dalam perut untuk proses penghadaman terutamanya protin. Cecair ini bersifat asid dengan pH serendah 1 atau 2. Masalah gastrik berlaku apabila terdapat keradangan pada dinding usus dan mengeluarkan jus gastrik yang berlebihan.

Tembikai adalah buah yang disebut dalam kitab Perubatan Nabi dan juga adalah pengalkali perut. Rasululah SAW menyarankan pemakanan yang terdapat di tempat duduk sendiri oleh yang demikan, buah-buahan tempatan adalah yang terbaik untuk penduduk Malaysia.

Makan buah tembikai sebelum nasi, bukan di penghujungnya.


Bukan sahaja epal dan pear tetapi  kebanyakan buah-buahan tropika  tempatan seperti buah betik memberi banyak menafaat kepada perut dan mesti dimakan sebelum hidangan utama.

Badam - juga merupakan penawar dalam Perubatan Nabi untuk  merawat masalah perut, rupanya ia adalah diantara kekacang yang mengalkalikan perut. Hazelnut juga adalah baik untuk perut.

Sayur-sayuran yang mengalkalikan perut termasuk lobak, labu, lada bengal, kacang pis, brokoli, bit dan timun.

Kayu manis dan jintan manis - dua jenis rempah yang mengalkalikan perut dan juga menjadi penawar dalam Perubatan Nabi.







Hampir kesemua herba menghasilkan alkali. Herba adalah sebahagian penting dalam Perubatan Nabi. Halba (gambar atas) dianggap sebagai bernilai seperti emas oleh tabib-tabib Islam di zaman Nabi. Selain dari halba, herba lain yang disebut dalam kitab Perubatan Nabi ialah basil, cumin, chicory, marjoram, dill dan thyme.




Stevia - betul-betul satu keajaiban dan rahmat Allah swt.  Daunnya teramat manis, hanya dua titik "liquid extract" daun ini mampu memaniskan secawan besar teh. Tetapi bukan setakat itu sahaja, khasiatnya amat menakjubkan, ia dapat mengimbangi kandungan gula dalam darah dan tekanan darah. Dan lebih penting, daun stevia menghasilkan alkali dalam perut.
Di dalam post-post dalam blog ini tentang pelbagai makanan yang menjadi penawar dalam Perubatan Nabi, kandungan potassium selalu di sebutkan. Ini adalah kerana potassium adalah salah satu mineral yang mengalkalikan perut. Selain daripada itu kalsium, magnesium dan sodium juga berfungsi sama seperti potassium. Oleh itu, Garam Kristal Himalaya atau Garam Bukit adalah sumber makanan yang amat penting kerana ia adalah garam tinggi potassium dan ia mengandungi mineral-mineral lain dalam kadar yang cukup tepat untuk keperluan tubuh manusia. Tidak hairanlah mengapa Rasulullah SAW sentiasa mengamal secubit garam sebelum makan - amalan ini menyediakan perut supaya mencerna makanan dengan baik.

Di antara makanan yang menjadikan perut berasid ialah jagung, kebanyakan bijirin, keju, kopi, koko,
kebanyakan minyak sayuran, kacang soya, walnut, peanut dan gajus, kebanyakan protin binatang namun makanan-makanan ini mempunyai khasiat yang lain-lain yang baik untuk kesihatan. Oleh itu, sumber pemakanan yang 20% yang mengasidkan perut harusnya datang dari pemakanan dari kumpulan ini.

Pemakanan yang mengasidkan dan tiada khasiat yang baik bagi tubuh malah membahayakan kesihatan adalah seperti aiskrim, air berkarbonat, cuka buatan dan ubat-ubatan kimia atau dadah dan alkohol (arak).




Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

Wednesday, November 16, 2011

Olive Oil Cleanser - A Marvelous Use Of This Wondrous Quran Food


This excellent beauty tip was provided and practised by sister Norzaini Amin, a strong advocate of Prophetic Medicine and the administrator of Quranic Sunnah Medicine Ladies Group, a closed group on Facebook.

How Do I Use Olive Oil As A Cleanser? 

Pour a few drops of certified organic cold pressed olive oil
(one of the best olive oils in the world under this category is the Laleli Olive Oil, grown and manufactured by a Muslim, Dr. Yahya Laleli) in one hand and with the tips of the fingers of the other, apply it on the face using an upward circular motion. This is to increase the blood circulation as well as aid the opening of pores. Olive oil possesses a natural compound that is unbelievably effective in dissolving the impurities on your skin so do take the time to massage slowly and gently.

Dip a washcloth into hot water, squeeze and place it on your face to further open up the pores. Leave it on for ten minutes. When the washcloth starts to get cold, dip in hot water again and repeat the process. Wipe of excess oil.

Alternatively, pour hot water into a basin and put your face over it for a couple of minutes. Cover your head with a towel to keep the steam in. Do this very cautiously. Use a washcloth to wipe off the excess olive oil from your face.

Why Should I Use Olive Oil On My Face?
Many skin cleansers on the market today contain chemicals, synthetic or artificially made and sometimes even toxic ingredients. These do little good to your skin and may even damage your skin further in the long term. Besides, most lotions and moisturisers contain largely of water, which is only temporary in making the skin appear supple.

Olive oil on the other hand is 100% natural and doesn't contain any chemicals. In fact, olive oil is full of vitamins and antioxidants that protect, rejuvenate and repair damaged skin cells. Being rich in vitamin E which is an antioxidant, olive oil is extremely beneficial for the cells of the body. It prevents damage to cells by neutralising free radicals which damage the connective fibres which make the skin firm and supple.

It is no wonder why our beloved Prophet SAW prophesised the use of olive oil on our skin (the whole body plus hair) and it is found that the oil from the blessed tree also protects the skin from harmful ultraviolet rays (UV).

Olive oil also increases the "communication" between the cells via the connective tissues so that waste products are easily discharged, allowing nutrients to reach these cells more efficiently. Besides wrinkles, signs of aging like pigmentation, brown and liver spots, skin tags etc. are avoided with regular use of this magical oil.

This means that this Quran food, the certified organic cold pressed olive oil, not only prevents but also reverses the aging process. Not only wrinkles on your face will disappear but your skin will appear radiant, healthy and flawless over time with daily use. 

Our bodies do not manufacture vitamin E naturally thus we need to get the source from our diets. Olive oil is in the top three foods that is rich in vitamin E. Sunflower seeds and almonds are the other two. One may think, "Well, I purchased this beauty cream and it is said to contain vitamin E so why should I use olive oil?". The answer to that is simple; many beauty products contain synthetic vitamin E. In it's natural form, it is actually made up of eight different compounds, while the artificial version only has one. A good rule of thumb is, "If you can eat it you can put it on your face." The oil will be absorbed by the body so would you want to use something that is toxic?

However, this is not always the case. Some beauty products do contain real olive oil but they are usually expensive. 


Why Use Certified Organic Olive Oil?
Now, when you are about to start using olive oil on your skin and face you need to be aware that not all olive oils are the same. These are some of the categories of olive oil:
  1. Certified Organic Extra Virgin Olive Oil - This oil is from the first pressing and it usually contains the most antioxidants, vitamins and nutrients. The pressing is done without heat (cold pressed). 
  2. Virgin Olive Oil - This oil comes from the second pressing and still contains some nutrients and antioxidants but less than Extra Virgin Olive Oil.
  3. Pure Olive Oil - This is olive oil that has been extracted by some type processing, either heat or chemicals. This oil contains less vitamins and nutrients than Virgin Olive Oil.
  4. Extra Light Olive Oil - This olive oil undergoes a lot of processing and not much vitamins and nutrients are left.

Please note that many skincare products may contain oils, but these could be mineral oil which is not fully absorbed by the skin or refined vegetable oil which can oxidise the cells and damage them. 




Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

Monday, October 31, 2011

Madu Tualang - Madu Nusantara Yang Paling Sesuai Untuk Penduduknya



Koloni lebah apis dorsata di atas Pokok Tualang

Lebah, Madu dan Pokok Tualang
Tualang ialah sejenis pokok hutan tropika yang sangat tinggi. Lebah Tualang yang dikenali dengan nama saintifiknya Apis dorsata membuat sarang di atas pokok ini, kadang-kadang lebih dari 50 koloni terdapat di atas satu pokok. Spesis ini adalah liar dan tidak boleh dibela seperti spesis apis mellifera atau apis cerana yang menghasilkan Madu berwarna keemasan. Lebah ini mengambil manisan (nectar) dari beratusan jenis pokok, tanaman, bunga-bungaan dan herba yang terdapat dalam hutan, dan kepelbagaian ini menghasilkan lebih banyak kompoun-kompoun yang  memberi menafaat kepada manusia yang memakan hasil madunya.

Madu dari gunung dan pokok-pokok adalah lebih unggul dari madu yang diambil dari sarang lebah yang diternak, keunggulan kualitinya berkait dengan sumber manisan bunga (nectar) yang dikutip oleh lebah.
Ibn Qayyim al-Jawziyya, dalam kitab At-Tibb Nabawi

Lebah ini  menghasilkan madu hutan yang lebih gelap warnanya. Mineral seperti potassium, klorin, sulfur, besi, manganese, magnesium, dan natrium (sodium) adalah  lebih tinggi dalam Madu yang berwarna gelap. Tetapi sebenar yang lebih penting ialah kandungan antioksidan iaitu flavanoid dan polyfenol yang sangat tinggi dalam Madu gelap. 


Madu Tualang sememangnya adalah lebih cair dari madu impot oleh kerana cuaca di negara kita yang mengalami banyak hujan, namun kualitinya tidak kurang malah mungkin lebih superior berbanding dengan Madu Arab atau Madu Australia dan New Zealand yang lebih terkenal. Madu Tualang Sistem An Nisaa datangnya dari Sumatera, Indonesia dan berwarna sangat gelap sehingga kelihatan berwarna hitam.

Lebah apis dorsata
Semakin lama Madu ini disimpan, semakin gelap, sedap dan berkhasiat ia menjadiMadu yang dipek dalam botol kaca yang bersegi enam menjadikannya lebih baik seolah-olah ia masih berada dalam sarangnya yang berbentuk begitu juga. Madu yang disimpan di dalam botol gelap juga melindungi kandungan khasiatnya tidak terhapus oleh cahaya matahari. Simpan ditempat yang sejuk (bukan peti ais) dan gelap dan kering seperti almari dapur.


Madu tempatan adalah yang terbaik untuk penduduknya kerana lebah mengambil  manisan (nectar) dari bunga-bungaan tempatan yang mempunyai unsur-unsur perubatan yang terbaik untuk penduduk setempat.

Madu adalah sangat sesuai digunakan untuk rawatan penyakit rohani dan jasmani, tepat dengan prinsip perubatan Nabi. Madu yang pelbagai warnanya (An-Nahl 16:69) adalah penawar bagi pelbagai penyakit kerana tubuh manusia juga bergetar dengan pelbagai frekuensi warna dalam dan luar tubuh. Madu sangat cepat dan mudah diserap ke dalam saluran darah (dalam masa tujuh minit) untuk merangsang otak dan menjadi tenaga. Ia adalah makanan bagi roh maka ia sangat baik untuk menjana semangat dan jiwa yang kental.

Hidrogen peroksid merupakan bahan aktif yang memberi madu kesan antibakterianya. Madu merupakan bahan awet semulajadi (“the trustworthy preserver“) yang mengekalkan kesegaran makanan oleh itu makanan di dalam perut tidak cepat reput dan busuk. Madu menambahkan keaktifan (memangkin) atau menambah tenaga kepada penawar yang lain. Ia bersifat laxative dan diuretik, mencuci dan menjaga organ hati (liver) .

Madu memberi tenaga, kecerdasan otak (untuk yang lemah berfikir dan pelupa), dan memberi keceriaan dan semangat untuk hidup. Dos atau kuantiti yang sesuai berbeza di antara setiap orang dan anda perlu peka dengan keperluan tubuh anda sendiri. Sekiranya madu tidak memberi apa-apa kesan setelah dimakan beberapa hari, tambahkan sedikit jumlah yang diambil. 

Sekiranya mengambil Madu membuka selera makan lebih dari biasa, bererti kuantiti yang diambil sudah terlebih dan tidak setimpal dengan jumlah aktiviti fizikal anda. Samada kurangkan jumlah Madu ataupun tambahkan aktiviti, kerana tenaga tubuh sudah pun meningkat.

Rahsia Menguruskan Badan Dengan Madu
Sekiranya ingin menguruskan badan, ambil madu setiap pagi. Yang penting, pastikan buat senaman atau aktiviti fizikal yang akan mengeluarkan peluh sejurus selepas mengambil Madu. Sekiranya tubuh anda ada banyak toksin, dan anda baru sahaja mula mengambil Madu, anda akan rasa lesu dan mengantuk selepas mengambil madu. Jangan rihat atau tidur, lawan dan jalankan senaman atau aktiviti yang patut. Dalam beberapa hari sahaja anda akan rasa lebih ringan, lebih bertenaga dan lebih bersemangat.

Untuk melangsingkan badan, tambah Cuka Buah pada Madu dengan  nisbah 1:1 dan minum setiap hari. Campuran ini juga akan meningkatkan sistem imun dengan amat ketara sekali.

Untuk mengempiskan perut, rebus sepotong halia sebesar ibujari dengan air selama sepuluh minit dan bila air rebusan sudah sejuk, tuangkan ke dalamnya sesudu besar Madu. Buat senaman atau aktiviti fizikal.

Satu Lagi Rahsia Cara Mengamal Madu
Kaedah amalan ini terdapat dalam Kitab At-Tibb Nabawi yang ditulis oleh Ibn Qayyim Al-Jawziyya. Amalan ini dikatakan akan mencegah daripada ditimpa penyakit kronik. Celupkan jari manis ke dalam Madu asli mentah dan jilat. Ini dikenali sebagai ma'junat (electuary) dan disaran melakukan ini sebanyak tiga kali dalam sebulan. 

Tiada keterangan diberi tentang amalan ini tetapi penulis percaya bahawa ada tindakbalas yang berlaku diantara enzim-enzim pada jari manis, enzim air liur dan Madu. Juga, satu rakaman data berlaku apabila jari dicelup ke dalam Madu, dan penawar akan bertindak mengikut keperluan yang ditafsirkan melalui celupan jari manis tersebut. Tetapi ini hanya boleh berlaku sekiranya Madu adalah Madu mentah yang "hidup" kerana mengandungi enzim-enzim yang hidup (raw honey), iaitu Madu yang  tidak dipastur dan diproses.

Rasulullah SAW amat gemari minum madu yang dicampurkan dengan air yang sejuk. Air panas atau suam mungkin menghapuskan enzim-enzim hidup dalam Madu. Enzim-enzim ini amat penting menjalankan tugas sebagai penawar.

Rahsia Ketiga Cara Amalan Madu
Untuk menyejukkan tubuh, masukkan Madu ke dalam gelas. Tuangkan air yang sejuk, kacau, baca selawat syifa' dan minum. 
Untuk memanaskan tubuh pula, tuangkan air sejuk ke dalam gelas. Bubuh Madu ke dalam air, kacau, baca selawat syifa' dan minum.

Banyak kajian sedang dilakukan untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang fungsi Madu dalam melemahkan gene dan virus penyakit-penyakit keturunan seperti kencing manis, kanser, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Ini juga termasuk “virus” penyakit-penyakit autoimun, “degenerative” dan virus HIV di mana sel-sel diserang oleh antibodi dan tisu tubuh sendiri.

Madu yang tidak dipastur dan diproses (raw honey) bercampur dengan Cuka Buah tanpa atau dicampur dengan air sejuk adalah penawar semulajadi yang amat berkesan untuk batuk berkahak, sakit tekak, alahan dan juga amat membantu dalam membantutkan pertumbuhan sel kanser. Campuran ini mengaktifkan kandungan potassium yang sangat penting fungsinya iaitu mengawal keseimbangan cecair dalam dan luar sel.


Madu dan Cuka buah (epal, tamar, delima, anggur atau mulberry merupakan campuran yang menjadi penawar yang amat berkesan untuk pelbagai penyakit seperti alahan, resedung, gangguan pencernaan, gastrik malah mampu juga mengawal pertumbuhan sel kanser.

Madu juga sangat berkesan dalam rawatan ulser di luar dan di dalam tubuh. Jika ada ulser dalam perut, minum sesudu besar madu setiap hari, manakala jika ulser berada dalam mulut, lumurkan madu ke atasnya. InsyaAllah dalam sehari sahaja kesakitan dan keradangan ulser akan berkurang. 

Untuk masalah mata, larutkan madu dengan air zam-zam dan cuci mata. Oleh kerana madu asli bersifat asid, mata akan terasa pedih sedikit tetapi yakinlah dengan kaedah ini kerana sifat anti-bakteria dan anti-virus dalam Madu sangat mujarab.

Untuk masalah lemah tenaga batin, amalkan makan Madu Tualang Sistem An Nisaa dan Minyak Kelapa Dara Sistem An Nisaa sekali atau dua kali sehari

PERINGATAN!
Tiada ujian di luar makmal yang betul-betul dapat membezakan madu asli dari Madu tiruan. Madu tiruan sekarang terlalu canggih komposisinya dan dapat lulus semua ujian seperti ujian mancis, ujian telur, ujian piring putih dan ujian semut. Hanya ujian makmal sahaja dapat mengesahkan keaslian madu dengan kehadiran enzim yang tidak dapat diproses/ ditiru. Sesetengah pakar dalam madu juga dapat membezakan di antara yang asli dan yang tiruan dengan merasa madu itu. 

Sila ke http://farmasiislamonline.blogspot.com/2010/03/blog-post_28.html untuk mendapatkan Madu Tualang Sistem An Nisaa. Madu kami tidak diproses atau dipastur dan disahkan asli dengan sijil dari makmal.




Sistem An Nisaa


Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *




Sunday, October 30, 2011

Za’faran – Rahsia Dari Khazanah Perubatan Islam Untuk Mencapai Kecemerlangan, Kegemilangan dan Kebijaksanaan Berfikir

Bunga crocus sativa L.




Za’faran atau “saffron” dalam bahasa Inggeris diketahui ramai sebagai perasa dan pewarna yang digunakan di dalam masakan dan industri pakaian terutamanya di bahagian Timur Tengah, Asia Tengah dan Mediterranean.  Saffron merupakan rempah yang paling mahal di dunia. Namun terdapat rahsia yang amat berharga bagi mereka yang inginkan fikiran yang jelas, tepat dan tajam dan daya ingatan yang kuat. Ini adalah rahsia bagaimana ramai kanak-kanak dari negara Iran dapat menghafal seluruh kitab Al-Quran semasa umur mereka baru mencapai lima tahun.







Kelebihan Za'faran



Di antara bahan-bahan aktif yang ahli saintis percaya menjadikan za’faran satu penawar yang terlalu hebat diantaranya:
  • Carotenoid (xeaxanthin, lycopene dan crocetin)
  • Crocin ( meningkatkan daya hafalan, ingatan dan pembelajaran)
  • Safranal  (antioksidan)
  • Picrocrocin (anti-kanser) 
  • Vitamin B1 dan B2 yang tinggi
  • Mineral seperti kuperam, potassium, kalsium, manganese, besi, selenium, zink dan magnesium. Potassium merupakan komponen penting sel dan cecair tubuh yang mengawal tekanan darah. Manganese dan kuperam sebahagian dari faktor antioksidan enzim superoxide dismutase. Manakala besi adalah penting untuk menghasilkan sel darah merah dan sebahagian faktor untuk enzim cytochrome oxidases.




Za’faran adalah stigma dari bunga Crocus sativa L., yang mana seribu kuntum bunga diperlukan untuk menghasilkan 10 gram stigma.
Za'faran dalam Perubatan Islam
Seperti juga kesemua makanan dan penawar lain yang digunakan dalam Perubatan Islam, za'faran mengandungi nilai perubatan yang sangat tinggi. Penggunaannya amat luas sekali, antaranya digunakan sebagai dakwat untuk menulis ayat-ayat suci Al-Quran di atas pinggan yang putih. Air mawar atau air zam-zam dituang ke atas pinggan dan larutannya diminum untuk menyembuhkan penyakit, merawat gangguan dan menyelesaikan masalah.  

Kegunaan Za'faran
Khasiat dan kelebihan za'faran telah dibuktikan melalui kajian. Antaranya, za'faran mampu: 
  • meningkatkan daya fikiran dan ingatan, kecerdasan dan kepintaran
  • mencegah dan merawat jangkitan (infection)
  • mencegah dan merawat keradangan (inflammation)
  • merawat masalah mata seperti cataract
  • mencegah dan merawat kanser
  • menyempurnakan penghadaman
  • merawat masalah darah seperti aneamia dan thalassemia
  • mengawal tekanan darah dan kolesterol
  • melancarkan pengaliran darah
  • merawat sakit sendi, urat saraf dan keletihan
  • mengatasi masalah usus, sembelit
  • merangsang tenaga batin
  • merawat kemurungan
  • merawat masalah dan penyakit "keturunun" kerana za'faran bersifat mutagenic, iaitu pencemaran dan kerosakan dalam DNA boleh dibaikpulih.
DNA menyimpan pelbagai maklumat termasuk masalah dan penyakit yang akan diwarisi. Dengan pengambilan penawar-penawar dalam Perubatan Islam terutamanya Za'faran dan buah delima, kod-kod ini dapat dibaiki untuk memutuskan talian tersebut.


Sifat-sifat Za'faran
  • Anti-bacterial - membunuh bakteria
  • Anti-cancer - merawat kanser
  • anticoagulant - mencairkan darah dan mencegah pergumpalan darah (blood clot)
  • Anti-convulsant - merawat serangan sawan
  • Anti-depressant - merawat kemurungan
  • Anti-diabetic - mencegah dan merawat kencing mani
  • Anti-gastric - mencegah dan merawat gastrik
  • Anti-hypertensive - mencegah dan merawat hypertension
  • Antihistamine - menyahkan allergen iaitu antigen yang menyebabkan alahan
  • Anti-inflammatory - mencegah keradangan termasuk radang paru-paru dan saluran paru-paru yang menyebabkan asma dan bronkitis, radang usus seperti Crohn's disease dan colitis, radang kulit seperti dermatitis, radang hati seperti hepatitis
  • Antioxidant - mencegah sel dari teroksid
  • Anti-PMS - merawat segugut dan simtom datang haid
  • Anti-retroviral - mengurangkan viral load dalam pesakit HIV
  • Antiseptic - pembasmi kuman
  • Anti-tumour - pencegah ketumbuhan abnormal
  • Anti-ulcer - pencegah ulser
  • Catabolic - mengoptima proses kimia memperkecilkan bahan seperti makanan menjadi bentuk tenaga.
  • Choleretic - menggalakkan pembuatan jus hempedu oleh hati
  • Hemostat - agen menghentikan pendarahan
  • Insulinogenic - merangsang pengeluaran insulin
  • Lipolytic - memecahkan lemak melalui proses hydrolysis
  • Mutagenic -agen perubahan genetik
Berhati-hati bila membeli za'faran
Amaran
Oleh kerana za'faran adalah agak susah didapati, terdapat banyak jenis produk di pasaran yang merupakan barangan tiruan. Untuk memastikan za'faran adalah asli dan bukan hasil tanaman lain yang dicelup dengan warna merah, lakukan ujian ini. Ambil sedikit dan celupkan dalam air. Sekiranya warna merah terus luntur dalam air, maka itu produk tiruan. Za'faran asli akan mengambil masa dalam 15 minit untuk warnanya larut di dalam air.



Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

Thursday, October 20, 2011

Minyak Habatus Sauda - Penghancur Segala Penyakit


Yang menghancurkan leburkan segala-galanya

dengan izin Tuhannya…”

Surah Al-Ahqaf:25

Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyya dalam kitabnya At-Tibb Nabawi, ayat di atas menggambarkan Minyak
Habbatus Sauda sebagai satu penawar yang mampu menghapuskan apa sahaja penyakit yang diciptakan Allah SWT. 


Jadi, jika kita mengaku kita dikalangan orang yang beriman, mengapa ubat lain yang dicari ketika datang sakit atau penyakit?
Minyak yang diambil dari biji Habbatus Sauda atau Jintan Hitam melalui proses "cold-press" adalah lebih berkesan atau lebih poten dari bijinya. 

Minyak Habbatus Sauda mengandungi asid lemak tak tepu (polyunsaturated fatty acid), protin, riboflavin, kalsium, thiamine, tembaga, fosforus dan zink. Ia mengandungi asid lemak alfa linolenik (Omega 3) dan linoleik (Omega 6) yang diperlukan oleh tubuh manusia tetapi tidak terhasil olehnya sendiri. 

Minyak yang amat unik rasanya juga mengandungi limabelas asid amino penting termasuk lapan yang tidak dihasilkan oleh tubuh, bersifat anti-bakterial, antibiotik, anti-viral dan anti-kulat (anti myotic). Ia berkesan sebagai antihistamin semulajadi iaitu penawar bagi serangan alahan.

Sistem imun bertambah dengan penghasilan prostaglandin E1dan sel darah putih yang mengandungi antibodi. Nyata Minyak Habbatus Sauda mengandungi antioksidan-antioksidan yang sangat perlu untuk meneutralkan unsur radikal bebas yang menyerang sel-sel tubuh. 

Yang paling penting ialah Minyak Habbatus Sauda merupakan bahan anti-kanser kerana ia mengandungi
antioksidan beta-sitosisterol.





Cara terbaik untuk mengambil Habbatus Sauda sebagai penawar ialah dengan meminum minyaknya. Rasanya agak kuat tetapi di situlah terletak rahsia kemujarabannya.

Apabila Minyak Habbatus Sauda menyentuh titik-titik rasa pada lidah yang sensitif, syarat-syarat tertentu akan dihantar ke otak dan proses penyembuhan sudah mula berlaku.
the brain is being energized...
Pada masa ini adalah penting kita niat apa yang dikehendaki, samada untuk pencegahan penyakit atau penyembuhan sesuatu penyakit yang tertentu. Lebih spesifik niat anda, lebih tepat sasaran penawarnya.

Jangan sekali-kali berkata atau berfikir yang rasa Minyak Habbatus Sauda tidak menyenangkan. Ingat, minyak ini adalah ciptaan Allah swt, mengata yang tidak baik tentang ciptaanNya seperti juga menghinaNya, na'uzubillah.




Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *