Koloni lebah apis dorsata di atas Pokok Tualang |
Lebah, Madu dan Pokok Tualang
Tualang ialah sejenis pokok hutan tropika yang
sangat tinggi. Lebah Tualang yang dikenali dengan nama saintifiknya Apis dorsata membuat sarang di atas pokok
ini, kadang-kadang lebih dari 50 koloni terdapat di atas satu pokok. Spesis ini adalah liar dan tidak boleh dibela seperti spesis apis mellifera atau apis cerana yang menghasilkan Madu berwarna keemasan. Lebah ini mengambil manisan (nectar) dari beratusan jenis pokok, tanaman, bunga-bungaan dan herba yang terdapat dalam hutan, dan kepelbagaian ini menghasilkan lebih banyak kompoun-kompoun yang memberi menafaat kepada manusia yang memakan hasil madunya.
Madu dari gunung dan pokok-pokok adalah lebih unggul dari madu yang diambil dari sarang lebah yang diternak, keunggulan kualitinya berkait dengan sumber manisan bunga (nectar) yang dikutip oleh lebah.
Ibn Qayyim al-Jawziyya, dalam kitab At-Tibb Nabawi
Lebah ini menghasilkan madu hutan yang lebih gelap warnanya. Mineral seperti potassium, klorin, sulfur, besi, manganese, magnesium, dan natrium (sodium) adalah lebih tinggi dalam Madu yang berwarna gelap. Tetapi sebenar yang lebih penting ialah kandungan antioksidan iaitu
flavanoid dan polyfenol yang sangat tinggi dalam Madu gelap.
Madu Tualang sememangnya adalah lebih cair dari
madu impot oleh kerana cuaca
di negara kita yang mengalami banyak hujan, namun kualitinya tidak kurang malah mungkin lebih superior berbanding dengan Madu Arab atau Madu Australia dan New Zealand yang lebih terkenal. Madu Tualang Sistem An Nisaa datangnya dari Sumatera, Indonesia dan berwarna sangat gelap sehingga kelihatan berwarna hitam.
Lebah apis dorsata |
Semakin lama Madu ini disimpan, semakin
gelap, sedap dan berkhasiat ia menjadi. Madu yang
dipek dalam botol kaca yang bersegi enam menjadikannya lebih baik
seolah-olah ia masih berada dalam sarangnya yang berbentuk begitu juga. Madu yang disimpan di dalam botol gelap juga melindungi kandungan khasiatnya tidak terhapus oleh cahaya matahari. Simpan ditempat yang sejuk (bukan peti ais) dan gelap dan kering seperti almari dapur.
Madu tempatan adalah yang terbaik untuk penduduknya kerana lebah mengambil manisan (nectar) dari bunga-bungaan tempatan yang mempunyai unsur-unsur perubatan yang terbaik untuk penduduk setempat.
Madu adalah sangat
sesuai digunakan untuk rawatan penyakit rohani dan jasmani, tepat dengan
prinsip perubatan Nabi. Madu yang pelbagai warnanya (An-Nahl 16:69) adalah penawar bagi pelbagai penyakit kerana tubuh manusia juga bergetar
dengan pelbagai frekuensi warna dalam dan luar tubuh. Madu sangat cepat dan
mudah diserap ke dalam saluran darah (dalam masa tujuh minit) untuk merangsang
otak dan menjadi tenaga. Ia adalah makanan bagi roh maka ia sangat baik untuk
menjana semangat dan jiwa yang kental.
Hidrogen peroksid
merupakan bahan aktif yang memberi madu kesan antibakterianya. Madu merupakan
bahan awet semulajadi (“the trustworthy preserver“) yang mengekalkan kesegaran
makanan oleh itu makanan di dalam perut tidak cepat reput dan busuk. Madu
menambahkan keaktifan (memangkin) atau menambah tenaga kepada penawar yang
lain. Ia bersifat laxative dan diuretik, mencuci dan menjaga organ hati (liver) .
Madu memberi tenaga,
kecerdasan otak (untuk yang lemah berfikir dan pelupa), dan memberi keceriaan dan semangat untuk hidup. Dos atau kuantiti yang sesuai berbeza di antara setiap orang dan anda perlu peka dengan keperluan tubuh anda sendiri. Sekiranya madu tidak memberi apa-apa kesan setelah dimakan beberapa hari, tambahkan sedikit jumlah yang diambil.
Sekiranya mengambil Madu membuka selera makan lebih dari biasa, bererti kuantiti yang diambil sudah terlebih dan tidak setimpal dengan jumlah aktiviti fizikal anda. Samada kurangkan jumlah Madu ataupun tambahkan aktiviti, kerana tenaga tubuh sudah pun meningkat.
Rahsia Menguruskan Badan Dengan Madu
Sekiranya ingin menguruskan badan, ambil madu setiap pagi. Yang penting, pastikan buat senaman atau aktiviti fizikal yang akan mengeluarkan peluh sejurus selepas mengambil Madu. Sekiranya tubuh anda ada banyak toksin, dan anda baru sahaja mula mengambil Madu, anda akan rasa lesu dan mengantuk selepas mengambil madu. Jangan rihat atau tidur, lawan dan jalankan senaman atau aktiviti yang patut. Dalam beberapa hari sahaja anda akan rasa lebih ringan, lebih bertenaga dan lebih bersemangat.
Untuk melangsingkan badan, tambah Cuka Buah pada Madu dengan nisbah 1:1 dan minum setiap hari. Campuran ini juga akan meningkatkan sistem imun dengan amat ketara sekali.
Untuk mengempiskan perut, rebus sepotong halia sebesar ibujari dengan air selama sepuluh minit dan bila air rebusan sudah sejuk, tuangkan ke dalamnya sesudu besar Madu. Buat senaman atau aktiviti fizikal.
Satu Lagi Rahsia Cara Mengamal Madu
Kaedah amalan ini terdapat dalam Kitab At-Tibb Nabawi yang ditulis oleh Ibn Qayyim Al-Jawziyya. Amalan ini dikatakan akan mencegah daripada ditimpa penyakit kronik. Celupkan jari manis ke dalam Madu asli mentah dan jilat. Ini dikenali sebagai ma'junat (electuary) dan disaran melakukan ini sebanyak tiga kali dalam sebulan.
Tiada keterangan diberi tentang amalan ini tetapi penulis percaya bahawa ada tindakbalas yang berlaku diantara enzim-enzim pada jari manis, enzim air liur dan Madu. Juga, satu rakaman data berlaku apabila jari dicelup ke dalam Madu, dan penawar akan bertindak mengikut keperluan yang ditafsirkan melalui celupan jari manis tersebut. Tetapi ini hanya boleh berlaku sekiranya Madu adalah Madu mentah yang "hidup" kerana mengandungi enzim-enzim yang hidup (raw honey), iaitu Madu yang tidak dipastur dan diproses.
Rasulullah SAW amat gemari minum madu yang dicampurkan dengan air yang sejuk. Air panas atau suam mungkin menghapuskan enzim-enzim hidup dalam Madu. Enzim-enzim ini amat penting menjalankan tugas sebagai penawar.
Rahsia Ketiga Cara Amalan Madu
Untuk menyejukkan tubuh, masukkan Madu ke dalam gelas. Tuangkan air yang sejuk, kacau, baca selawat syifa' dan minum.
Untuk memanaskan tubuh pula, tuangkan air sejuk ke dalam gelas. Bubuh Madu ke dalam air, kacau, baca selawat syifa' dan minum.

Banyak
kajian sedang dilakukan untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang fungsi Madu dalam melemahkan gene dan virus penyakit-penyakit keturunan seperti
kencing manis, kanser, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Ini juga
termasuk “virus” penyakit-penyakit autoimun, “degenerative” dan virus HIV di
mana sel-sel diserang oleh antibodi dan tisu tubuh sendiri.
Madu yang tidak dipastur dan diproses (raw honey) bercampur dengan Cuka Buah tanpa atau dicampur dengan air
sejuk adalah penawar semulajadi yang amat berkesan untuk batuk berkahak, sakit
tekak, alahan dan juga amat membantu dalam membantutkan pertumbuhan sel kanser.
Campuran ini mengaktifkan kandungan potassium yang sangat penting fungsinya iaitu mengawal keseimbangan cecair dalam dan luar sel.
Madu juga sangat berkesan dalam rawatan ulser di luar dan di dalam tubuh. Jika ada ulser dalam perut, minum sesudu besar madu setiap hari, manakala jika ulser berada dalam mulut, lumurkan madu ke atasnya. InsyaAllah dalam sehari sahaja kesakitan dan keradangan ulser akan berkurang.
Untuk masalah mata, larutkan madu dengan air zam-zam dan cuci mata. Oleh kerana madu asli bersifat asid, mata akan terasa pedih sedikit tetapi yakinlah dengan kaedah ini kerana sifat anti-bakteria dan anti-virus dalam Madu sangat mujarab.
Untuk masalah lemah tenaga batin, amalkan makan Madu Tualang Sistem An Nisaa dan Minyak Kelapa Dara Sistem An Nisaa sekali atau dua kali sehari.
PERINGATAN!
Tiada ujian di luar makmal yang betul-betul dapat membezakan madu asli dari Madu tiruan. Madu tiruan sekarang terlalu canggih komposisinya dan dapat lulus semua ujian seperti ujian mancis, ujian telur, ujian piring putih dan ujian semut. Hanya ujian makmal sahaja dapat mengesahkan keaslian madu dengan kehadiran enzim yang tidak dapat diproses/ ditiru. Sesetengah pakar dalam madu juga dapat membezakan di antara yang asli dan yang tiruan dengan merasa madu itu.
Sila ke http://farmasiislamonline.blogspot.com/2010/03/blog-post_28.html untuk mendapatkan Madu Tualang Sistem An Nisaa. Madu kami tidak diproses atau dipastur dan disahkan asli dengan sijil dari makmal.
Madu dan Cuka buah (epal, tamar, delima, anggur atau mulberry merupakan campuran yang menjadi penawar yang amat berkesan untuk pelbagai penyakit seperti alahan, resedung, gangguan pencernaan, gastrik malah mampu juga mengawal pertumbuhan sel kanser. |
Madu juga sangat berkesan dalam rawatan ulser di luar dan di dalam tubuh. Jika ada ulser dalam perut, minum sesudu besar madu setiap hari, manakala jika ulser berada dalam mulut, lumurkan madu ke atasnya. InsyaAllah dalam sehari sahaja kesakitan dan keradangan ulser akan berkurang.
Untuk masalah mata, larutkan madu dengan air zam-zam dan cuci mata. Oleh kerana madu asli bersifat asid, mata akan terasa pedih sedikit tetapi yakinlah dengan kaedah ini kerana sifat anti-bakteria dan anti-virus dalam Madu sangat mujarab.
Untuk masalah lemah tenaga batin, amalkan makan Madu Tualang Sistem An Nisaa dan Minyak Kelapa Dara Sistem An Nisaa sekali atau dua kali sehari.
PERINGATAN!
Tiada ujian di luar makmal yang betul-betul dapat membezakan madu asli dari Madu tiruan. Madu tiruan sekarang terlalu canggih komposisinya dan dapat lulus semua ujian seperti ujian mancis, ujian telur, ujian piring putih dan ujian semut. Hanya ujian makmal sahaja dapat mengesahkan keaslian madu dengan kehadiran enzim yang tidak dapat diproses/ ditiru. Sesetengah pakar dalam madu juga dapat membezakan di antara yang asli dan yang tiruan dengan merasa madu itu.
Sila ke http://farmasiislamonline.blogspot.com/2010/03/blog-post_28.html untuk mendapatkan Madu Tualang Sistem An Nisaa. Madu kami tidak diproses atau dipastur dan disahkan asli dengan sijil dari makmal.
Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)
Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya
016-289 1579 / 013- 62 60 369
Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *
* Urut Traddsional Melayu *
No comments:
Post a Comment