Yang menghancurkan leburkan segala-galanya
dengan izin Tuhannya…”
Surah Al-Ahqaf:25
Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyya dalam kitabnya At-Tibb Nabawi, ayat di atas menggambarkan Minyak
Habbatus Sauda sebagai satu penawar yang mampu menghapuskan apa sahaja penyakit yang diciptakan Allah SWT.
Jadi, jika kita mengaku kita dikalangan orang yang beriman, mengapa ubat lain yang dicari ketika datang sakit atau penyakit?
Minyak yang diambil dari biji Habbatus Sauda atau Jintan Hitam melalui proses "cold-press" adalah lebih berkesan atau lebih poten dari bijinya.
Minyak Habbatus Sauda mengandungi asid lemak tak tepu (polyunsaturated fatty acid), protin, riboflavin, kalsium, thiamine, tembaga, fosforus dan zink. Ia mengandungi asid lemak alfa linolenik (Omega 3) dan linoleik (Omega 6) yang diperlukan oleh tubuh manusia tetapi tidak terhasil olehnya sendiri.
Minyak yang amat unik rasanya juga mengandungi limabelas asid amino penting termasuk lapan yang tidak dihasilkan oleh tubuh, bersifat anti-bakterial, antibiotik, anti-viral dan anti-kulat (anti myotic). Ia berkesan sebagai antihistamin semulajadi iaitu penawar bagi serangan alahan.
Sistem imun bertambah dengan penghasilan prostaglandin E1dan sel darah putih yang mengandungi antibodi. Nyata Minyak Habbatus Sauda mengandungi antioksidan-antioksidan yang sangat perlu untuk meneutralkan unsur radikal bebas yang menyerang sel-sel tubuh.
antioksidan beta-sitosisterol.
Cara terbaik untuk mengambil Habbatus Sauda sebagai penawar ialah dengan meminum minyaknya. Rasanya agak kuat tetapi di situlah terletak rahsia kemujarabannya.
Apabila Minyak Habbatus Sauda menyentuh titik-titik rasa pada lidah yang sensitif, syarat-syarat tertentu akan dihantar ke otak dan proses penyembuhan sudah mula berlaku.
Pada masa ini adalah penting kita niat apa yang dikehendaki, samada untuk pencegahan penyakit atau penyembuhan sesuatu penyakit yang tertentu. Lebih spesifik niat anda, lebih tepat sasaran penawarnya.
Jangan sekali-kali berkata atau berfikir yang rasa Minyak Habbatus Sauda tidak menyenangkan. Ingat, minyak ini adalah ciptaan Allah swt, mengata yang tidak baik tentang ciptaanNya seperti juga menghinaNya, na'uzubillah.
Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)
Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya
016-289 1579 / 013- 62 60 369
Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *
* Urut Traddsional Melayu *
No comments:
Post a Comment