Monday, October 31, 2011

Madu Tualang - Madu Nusantara Yang Paling Sesuai Untuk Penduduknya



Koloni lebah apis dorsata di atas Pokok Tualang

Lebah, Madu dan Pokok Tualang
Tualang ialah sejenis pokok hutan tropika yang sangat tinggi. Lebah Tualang yang dikenali dengan nama saintifiknya Apis dorsata membuat sarang di atas pokok ini, kadang-kadang lebih dari 50 koloni terdapat di atas satu pokok. Spesis ini adalah liar dan tidak boleh dibela seperti spesis apis mellifera atau apis cerana yang menghasilkan Madu berwarna keemasan. Lebah ini mengambil manisan (nectar) dari beratusan jenis pokok, tanaman, bunga-bungaan dan herba yang terdapat dalam hutan, dan kepelbagaian ini menghasilkan lebih banyak kompoun-kompoun yang  memberi menafaat kepada manusia yang memakan hasil madunya.

Madu dari gunung dan pokok-pokok adalah lebih unggul dari madu yang diambil dari sarang lebah yang diternak, keunggulan kualitinya berkait dengan sumber manisan bunga (nectar) yang dikutip oleh lebah.
Ibn Qayyim al-Jawziyya, dalam kitab At-Tibb Nabawi

Lebah ini  menghasilkan madu hutan yang lebih gelap warnanya. Mineral seperti potassium, klorin, sulfur, besi, manganese, magnesium, dan natrium (sodium) adalah  lebih tinggi dalam Madu yang berwarna gelap. Tetapi sebenar yang lebih penting ialah kandungan antioksidan iaitu flavanoid dan polyfenol yang sangat tinggi dalam Madu gelap. 


Madu Tualang sememangnya adalah lebih cair dari madu impot oleh kerana cuaca di negara kita yang mengalami banyak hujan, namun kualitinya tidak kurang malah mungkin lebih superior berbanding dengan Madu Arab atau Madu Australia dan New Zealand yang lebih terkenal. Madu Tualang Sistem An Nisaa datangnya dari Sumatera, Indonesia dan berwarna sangat gelap sehingga kelihatan berwarna hitam.

Lebah apis dorsata
Semakin lama Madu ini disimpan, semakin gelap, sedap dan berkhasiat ia menjadiMadu yang dipek dalam botol kaca yang bersegi enam menjadikannya lebih baik seolah-olah ia masih berada dalam sarangnya yang berbentuk begitu juga. Madu yang disimpan di dalam botol gelap juga melindungi kandungan khasiatnya tidak terhapus oleh cahaya matahari. Simpan ditempat yang sejuk (bukan peti ais) dan gelap dan kering seperti almari dapur.


Madu tempatan adalah yang terbaik untuk penduduknya kerana lebah mengambil  manisan (nectar) dari bunga-bungaan tempatan yang mempunyai unsur-unsur perubatan yang terbaik untuk penduduk setempat.

Madu adalah sangat sesuai digunakan untuk rawatan penyakit rohani dan jasmani, tepat dengan prinsip perubatan Nabi. Madu yang pelbagai warnanya (An-Nahl 16:69) adalah penawar bagi pelbagai penyakit kerana tubuh manusia juga bergetar dengan pelbagai frekuensi warna dalam dan luar tubuh. Madu sangat cepat dan mudah diserap ke dalam saluran darah (dalam masa tujuh minit) untuk merangsang otak dan menjadi tenaga. Ia adalah makanan bagi roh maka ia sangat baik untuk menjana semangat dan jiwa yang kental.

Hidrogen peroksid merupakan bahan aktif yang memberi madu kesan antibakterianya. Madu merupakan bahan awet semulajadi (“the trustworthy preserver“) yang mengekalkan kesegaran makanan oleh itu makanan di dalam perut tidak cepat reput dan busuk. Madu menambahkan keaktifan (memangkin) atau menambah tenaga kepada penawar yang lain. Ia bersifat laxative dan diuretik, mencuci dan menjaga organ hati (liver) .

Madu memberi tenaga, kecerdasan otak (untuk yang lemah berfikir dan pelupa), dan memberi keceriaan dan semangat untuk hidup. Dos atau kuantiti yang sesuai berbeza di antara setiap orang dan anda perlu peka dengan keperluan tubuh anda sendiri. Sekiranya madu tidak memberi apa-apa kesan setelah dimakan beberapa hari, tambahkan sedikit jumlah yang diambil. 

Sekiranya mengambil Madu membuka selera makan lebih dari biasa, bererti kuantiti yang diambil sudah terlebih dan tidak setimpal dengan jumlah aktiviti fizikal anda. Samada kurangkan jumlah Madu ataupun tambahkan aktiviti, kerana tenaga tubuh sudah pun meningkat.

Rahsia Menguruskan Badan Dengan Madu
Sekiranya ingin menguruskan badan, ambil madu setiap pagi. Yang penting, pastikan buat senaman atau aktiviti fizikal yang akan mengeluarkan peluh sejurus selepas mengambil Madu. Sekiranya tubuh anda ada banyak toksin, dan anda baru sahaja mula mengambil Madu, anda akan rasa lesu dan mengantuk selepas mengambil madu. Jangan rihat atau tidur, lawan dan jalankan senaman atau aktiviti yang patut. Dalam beberapa hari sahaja anda akan rasa lebih ringan, lebih bertenaga dan lebih bersemangat.

Untuk melangsingkan badan, tambah Cuka Buah pada Madu dengan  nisbah 1:1 dan minum setiap hari. Campuran ini juga akan meningkatkan sistem imun dengan amat ketara sekali.

Untuk mengempiskan perut, rebus sepotong halia sebesar ibujari dengan air selama sepuluh minit dan bila air rebusan sudah sejuk, tuangkan ke dalamnya sesudu besar Madu. Buat senaman atau aktiviti fizikal.

Satu Lagi Rahsia Cara Mengamal Madu
Kaedah amalan ini terdapat dalam Kitab At-Tibb Nabawi yang ditulis oleh Ibn Qayyim Al-Jawziyya. Amalan ini dikatakan akan mencegah daripada ditimpa penyakit kronik. Celupkan jari manis ke dalam Madu asli mentah dan jilat. Ini dikenali sebagai ma'junat (electuary) dan disaran melakukan ini sebanyak tiga kali dalam sebulan. 

Tiada keterangan diberi tentang amalan ini tetapi penulis percaya bahawa ada tindakbalas yang berlaku diantara enzim-enzim pada jari manis, enzim air liur dan Madu. Juga, satu rakaman data berlaku apabila jari dicelup ke dalam Madu, dan penawar akan bertindak mengikut keperluan yang ditafsirkan melalui celupan jari manis tersebut. Tetapi ini hanya boleh berlaku sekiranya Madu adalah Madu mentah yang "hidup" kerana mengandungi enzim-enzim yang hidup (raw honey), iaitu Madu yang  tidak dipastur dan diproses.

Rasulullah SAW amat gemari minum madu yang dicampurkan dengan air yang sejuk. Air panas atau suam mungkin menghapuskan enzim-enzim hidup dalam Madu. Enzim-enzim ini amat penting menjalankan tugas sebagai penawar.

Rahsia Ketiga Cara Amalan Madu
Untuk menyejukkan tubuh, masukkan Madu ke dalam gelas. Tuangkan air yang sejuk, kacau, baca selawat syifa' dan minum. 
Untuk memanaskan tubuh pula, tuangkan air sejuk ke dalam gelas. Bubuh Madu ke dalam air, kacau, baca selawat syifa' dan minum.

Banyak kajian sedang dilakukan untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang fungsi Madu dalam melemahkan gene dan virus penyakit-penyakit keturunan seperti kencing manis, kanser, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Ini juga termasuk “virus” penyakit-penyakit autoimun, “degenerative” dan virus HIV di mana sel-sel diserang oleh antibodi dan tisu tubuh sendiri.

Madu yang tidak dipastur dan diproses (raw honey) bercampur dengan Cuka Buah tanpa atau dicampur dengan air sejuk adalah penawar semulajadi yang amat berkesan untuk batuk berkahak, sakit tekak, alahan dan juga amat membantu dalam membantutkan pertumbuhan sel kanser. Campuran ini mengaktifkan kandungan potassium yang sangat penting fungsinya iaitu mengawal keseimbangan cecair dalam dan luar sel.


Madu dan Cuka buah (epal, tamar, delima, anggur atau mulberry merupakan campuran yang menjadi penawar yang amat berkesan untuk pelbagai penyakit seperti alahan, resedung, gangguan pencernaan, gastrik malah mampu juga mengawal pertumbuhan sel kanser.

Madu juga sangat berkesan dalam rawatan ulser di luar dan di dalam tubuh. Jika ada ulser dalam perut, minum sesudu besar madu setiap hari, manakala jika ulser berada dalam mulut, lumurkan madu ke atasnya. InsyaAllah dalam sehari sahaja kesakitan dan keradangan ulser akan berkurang. 

Untuk masalah mata, larutkan madu dengan air zam-zam dan cuci mata. Oleh kerana madu asli bersifat asid, mata akan terasa pedih sedikit tetapi yakinlah dengan kaedah ini kerana sifat anti-bakteria dan anti-virus dalam Madu sangat mujarab.

Untuk masalah lemah tenaga batin, amalkan makan Madu Tualang Sistem An Nisaa dan Minyak Kelapa Dara Sistem An Nisaa sekali atau dua kali sehari

PERINGATAN!
Tiada ujian di luar makmal yang betul-betul dapat membezakan madu asli dari Madu tiruan. Madu tiruan sekarang terlalu canggih komposisinya dan dapat lulus semua ujian seperti ujian mancis, ujian telur, ujian piring putih dan ujian semut. Hanya ujian makmal sahaja dapat mengesahkan keaslian madu dengan kehadiran enzim yang tidak dapat diproses/ ditiru. Sesetengah pakar dalam madu juga dapat membezakan di antara yang asli dan yang tiruan dengan merasa madu itu. 

Sila ke http://farmasiislamonline.blogspot.com/2010/03/blog-post_28.html untuk mendapatkan Madu Tualang Sistem An Nisaa. Madu kami tidak diproses atau dipastur dan disahkan asli dengan sijil dari makmal.




Sistem An Nisaa


Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *




Sunday, October 30, 2011

Za’faran – Rahsia Dari Khazanah Perubatan Islam Untuk Mencapai Kecemerlangan, Kegemilangan dan Kebijaksanaan Berfikir

Bunga crocus sativa L.




Za’faran atau “saffron” dalam bahasa Inggeris diketahui ramai sebagai perasa dan pewarna yang digunakan di dalam masakan dan industri pakaian terutamanya di bahagian Timur Tengah, Asia Tengah dan Mediterranean.  Saffron merupakan rempah yang paling mahal di dunia. Namun terdapat rahsia yang amat berharga bagi mereka yang inginkan fikiran yang jelas, tepat dan tajam dan daya ingatan yang kuat. Ini adalah rahsia bagaimana ramai kanak-kanak dari negara Iran dapat menghafal seluruh kitab Al-Quran semasa umur mereka baru mencapai lima tahun.







Kelebihan Za'faran



Di antara bahan-bahan aktif yang ahli saintis percaya menjadikan za’faran satu penawar yang terlalu hebat diantaranya:
  • Carotenoid (xeaxanthin, lycopene dan crocetin)
  • Crocin ( meningkatkan daya hafalan, ingatan dan pembelajaran)
  • Safranal  (antioksidan)
  • Picrocrocin (anti-kanser) 
  • Vitamin B1 dan B2 yang tinggi
  • Mineral seperti kuperam, potassium, kalsium, manganese, besi, selenium, zink dan magnesium. Potassium merupakan komponen penting sel dan cecair tubuh yang mengawal tekanan darah. Manganese dan kuperam sebahagian dari faktor antioksidan enzim superoxide dismutase. Manakala besi adalah penting untuk menghasilkan sel darah merah dan sebahagian faktor untuk enzim cytochrome oxidases.




Za’faran adalah stigma dari bunga Crocus sativa L., yang mana seribu kuntum bunga diperlukan untuk menghasilkan 10 gram stigma.
Za'faran dalam Perubatan Islam
Seperti juga kesemua makanan dan penawar lain yang digunakan dalam Perubatan Islam, za'faran mengandungi nilai perubatan yang sangat tinggi. Penggunaannya amat luas sekali, antaranya digunakan sebagai dakwat untuk menulis ayat-ayat suci Al-Quran di atas pinggan yang putih. Air mawar atau air zam-zam dituang ke atas pinggan dan larutannya diminum untuk menyembuhkan penyakit, merawat gangguan dan menyelesaikan masalah.  

Kegunaan Za'faran
Khasiat dan kelebihan za'faran telah dibuktikan melalui kajian. Antaranya, za'faran mampu: 
  • meningkatkan daya fikiran dan ingatan, kecerdasan dan kepintaran
  • mencegah dan merawat jangkitan (infection)
  • mencegah dan merawat keradangan (inflammation)
  • merawat masalah mata seperti cataract
  • mencegah dan merawat kanser
  • menyempurnakan penghadaman
  • merawat masalah darah seperti aneamia dan thalassemia
  • mengawal tekanan darah dan kolesterol
  • melancarkan pengaliran darah
  • merawat sakit sendi, urat saraf dan keletihan
  • mengatasi masalah usus, sembelit
  • merangsang tenaga batin
  • merawat kemurungan
  • merawat masalah dan penyakit "keturunun" kerana za'faran bersifat mutagenic, iaitu pencemaran dan kerosakan dalam DNA boleh dibaikpulih.
DNA menyimpan pelbagai maklumat termasuk masalah dan penyakit yang akan diwarisi. Dengan pengambilan penawar-penawar dalam Perubatan Islam terutamanya Za'faran dan buah delima, kod-kod ini dapat dibaiki untuk memutuskan talian tersebut.


Sifat-sifat Za'faran
  • Anti-bacterial - membunuh bakteria
  • Anti-cancer - merawat kanser
  • anticoagulant - mencairkan darah dan mencegah pergumpalan darah (blood clot)
  • Anti-convulsant - merawat serangan sawan
  • Anti-depressant - merawat kemurungan
  • Anti-diabetic - mencegah dan merawat kencing mani
  • Anti-gastric - mencegah dan merawat gastrik
  • Anti-hypertensive - mencegah dan merawat hypertension
  • Antihistamine - menyahkan allergen iaitu antigen yang menyebabkan alahan
  • Anti-inflammatory - mencegah keradangan termasuk radang paru-paru dan saluran paru-paru yang menyebabkan asma dan bronkitis, radang usus seperti Crohn's disease dan colitis, radang kulit seperti dermatitis, radang hati seperti hepatitis
  • Antioxidant - mencegah sel dari teroksid
  • Anti-PMS - merawat segugut dan simtom datang haid
  • Anti-retroviral - mengurangkan viral load dalam pesakit HIV
  • Antiseptic - pembasmi kuman
  • Anti-tumour - pencegah ketumbuhan abnormal
  • Anti-ulcer - pencegah ulser
  • Catabolic - mengoptima proses kimia memperkecilkan bahan seperti makanan menjadi bentuk tenaga.
  • Choleretic - menggalakkan pembuatan jus hempedu oleh hati
  • Hemostat - agen menghentikan pendarahan
  • Insulinogenic - merangsang pengeluaran insulin
  • Lipolytic - memecahkan lemak melalui proses hydrolysis
  • Mutagenic -agen perubahan genetik
Berhati-hati bila membeli za'faran
Amaran
Oleh kerana za'faran adalah agak susah didapati, terdapat banyak jenis produk di pasaran yang merupakan barangan tiruan. Untuk memastikan za'faran adalah asli dan bukan hasil tanaman lain yang dicelup dengan warna merah, lakukan ujian ini. Ambil sedikit dan celupkan dalam air. Sekiranya warna merah terus luntur dalam air, maka itu produk tiruan. Za'faran asli akan mengambil masa dalam 15 minit untuk warnanya larut di dalam air.



Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

Thursday, October 20, 2011

Minyak Habatus Sauda - Penghancur Segala Penyakit


Yang menghancurkan leburkan segala-galanya

dengan izin Tuhannya…”

Surah Al-Ahqaf:25

Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyya dalam kitabnya At-Tibb Nabawi, ayat di atas menggambarkan Minyak
Habbatus Sauda sebagai satu penawar yang mampu menghapuskan apa sahaja penyakit yang diciptakan Allah SWT. 


Jadi, jika kita mengaku kita dikalangan orang yang beriman, mengapa ubat lain yang dicari ketika datang sakit atau penyakit?
Minyak yang diambil dari biji Habbatus Sauda atau Jintan Hitam melalui proses "cold-press" adalah lebih berkesan atau lebih poten dari bijinya. 

Minyak Habbatus Sauda mengandungi asid lemak tak tepu (polyunsaturated fatty acid), protin, riboflavin, kalsium, thiamine, tembaga, fosforus dan zink. Ia mengandungi asid lemak alfa linolenik (Omega 3) dan linoleik (Omega 6) yang diperlukan oleh tubuh manusia tetapi tidak terhasil olehnya sendiri. 

Minyak yang amat unik rasanya juga mengandungi limabelas asid amino penting termasuk lapan yang tidak dihasilkan oleh tubuh, bersifat anti-bakterial, antibiotik, anti-viral dan anti-kulat (anti myotic). Ia berkesan sebagai antihistamin semulajadi iaitu penawar bagi serangan alahan.

Sistem imun bertambah dengan penghasilan prostaglandin E1dan sel darah putih yang mengandungi antibodi. Nyata Minyak Habbatus Sauda mengandungi antioksidan-antioksidan yang sangat perlu untuk meneutralkan unsur radikal bebas yang menyerang sel-sel tubuh. 

Yang paling penting ialah Minyak Habbatus Sauda merupakan bahan anti-kanser kerana ia mengandungi
antioksidan beta-sitosisterol.





Cara terbaik untuk mengambil Habbatus Sauda sebagai penawar ialah dengan meminum minyaknya. Rasanya agak kuat tetapi di situlah terletak rahsia kemujarabannya.

Apabila Minyak Habbatus Sauda menyentuh titik-titik rasa pada lidah yang sensitif, syarat-syarat tertentu akan dihantar ke otak dan proses penyembuhan sudah mula berlaku.
the brain is being energized...
Pada masa ini adalah penting kita niat apa yang dikehendaki, samada untuk pencegahan penyakit atau penyembuhan sesuatu penyakit yang tertentu. Lebih spesifik niat anda, lebih tepat sasaran penawarnya.

Jangan sekali-kali berkata atau berfikir yang rasa Minyak Habbatus Sauda tidak menyenangkan. Ingat, minyak ini adalah ciptaan Allah swt, mengata yang tidak baik tentang ciptaanNya seperti juga menghinaNya, na'uzubillah.




Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

Tuesday, October 18, 2011

Halba - Khasiat Bagai Emas

Al-Qasim b. 'Abd al-Rahman telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Carilah penawar dengan halba."


Add caption

B
Halba (Fenugreek - Trigonella foenum-graecum) adalah salah satu jenis rempah yang biasa terdapat dalam masakan tempatan kerana rasanya dan keharumannya yang agak ketara dan membangkitkan bau yang wangi pada makanan. Tetapi pengetahuan dan kegunaannya dalam perubatan jarang diperdengarkan.

Halba sebenarnya merupakan penawar yang amat hebat, penawar kepada pelbagai penyakit dan merupakan sebahagian penting Perubatan Islam.


Daunnya dianggap sebagai herba dan bijinya rempah

Sesetengah ahli perubatan telah berkata: "Sekiranya mereka mengetahui kelebihannya, mereka akan membeli halba dengan harga emas.". Hingga begitu sekali anggapan dan penilaian yang tinggi terhadap herba dan rempah ini.


       =     


Antara kebaikan halba yang diketahui adalah seperti berikut:

  • Diosgenine dalam halba merangsangkan penghasilan hormon estrogen dalam wanita dan oleh itu herba ini menambahkan pengeluaran susu ibu sehingga 900% dalam masa sehari dua sahaja.
  • Melegakan segugut kerana bahan aktif dalam halba merihatkan otot-otot dan mengelakkannya daripada kekejangan.
  • Membesarkan payudara, kesan dari penambahan hormon estrogen.
  • Melegakan simtom-simtom menopos.
  • Mempermudahkan proses bersalin.
  • Di dalam  kaum lelaki pula, hormon testosterone bertambah dan ini merangsangkan keinginan seks, mengelakkan ejakulasi awal dan melegakan kesakitan di bahagian prostat.
  • Merawat masalah usus, cirit-birit, batuk, sakit tekak, bronkitis, mencairkan kahak, ulser, masalah kulit, melecur, bisul, ekzema, gout dan athritis.
  • Kajian terkini mendapati halba juga menurunkan kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah. Ia memperlahankan penyerapan gula ke dalam perut dan merangsangkan pengeluaran insulin.



Cara-cara menggunakan halba sebagai penawar:

  • Disediakan sebagai teh - masukkan sesudu teh biji halba ke dalam 300ml air dan rebus. Halba boleh ditumbuk juga jika diingini. Minum semasa panas atau yang telah disejukkan.
  • Beberapa biji halba ditelan terus dan minum air.
  • Tumbuk biji halba sehingga menjadi serbuk dan letak pada bisul atau kulit yang bermasalah.








Aniza Zain Ahmed
Sistem An Nisaa
2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, 47810 Petaling Jaya   
013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap & integratif:
Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut * Makanan Sunnah

Halia - Minuman Syurga di Dunia

"Dan di sana mereka diberi segelas minuman bercampur halia." 
Surah Al-Insaan: 17
Zingiber Officinale

Sayangnya Allah swt pada hamba-hambaNya yang beriman padaNya, Dia menyediakan pelbagai makanan, minuman dan hiburan yang Dia mengetahui adalah kesukaan manusia di syurgaNya. Di dalam Surah Al-Insaan, diceritakan tentang sejenis minuman yang dibawa oleh mata air di sana yang dinamakan Salsabil.

Air minuman ini adalah air yang bercampur dengan halia (zanjabil)

Allah Yang Maha Pemurah juga memberi nikmat ini kepada hamba-hambaNya di dunia; halia juga diwujudkan di atas muka Bumi ini. Ternyata khasiat halia ini terlalu banyak. Alangkah ruginya manusia jika kita sudah mengetahui datangnya halia dari Syurga dan keistimewaannya tahap mendapat tempat di dalam Kitab suci Al-Quran tetapi tidak bersungguh-sungguh mengamalkannya, tidak yakin atau langsung tidak menghiraukan ayat Allah swt .

Antara khasiat halia yang telah dikaji kemujarabannya:
Bunga Halia
  • Menghilangkan rasa mual yang disebabkan oleh morning sickness, mabuk laut dan kimoterapi.
  • Merawat masalah perut seperti angin dan kembung perut, cirit-birit, sakit perut dan masalah penghadaman.
  • Merawat masalah respiratory seperti jangkitan saluran pernafasan, bronkitis dan batuk.
  • Halia mentah digunakan untuk merawat malaria, gigitan ular, radang sendi (rheumatism dan arthritis) dan migraine dan sakit gigi.  
  • Halia mengandungi enzim protease yang berfungsi sebagai pemecah protin. Pankrias juga menghasilkan enzim ini tetapi kalau tidak mencukupi, protin yang dimakan tidak akan dicerna dengan betul dan asid urik akan terhasil dan disimpan dalam badan terutama di tumit kaki. Ini menyebabkan tumit menjadi sakit. 
  • Halia kering diguna untuk merawat sakit dada, sakit pinggang dan sakit perut.
  • Menurut kajian University of Michigan, Gingerol, minyak volatile yang terdapat dalam halia, mampu membunuh sel kanser ovari.
  • Kajian yang telah dibuat menunjukkan petanda radang kolon berkurangan dengan pengambilan halia. Lihat  http://www.miamiherald.com/2011/10/18/2458734/ginger-supplements-may-diminish.html
  • Melegakan kesakitan otot-otot, kejang dan segugut.
  • Detoks dan pembakar lemak.http://www.gingerpeople.com/c/cat/health/post/Ginger-and-Fat-Burning/
  • Mempunyai sifat-sifat anti-kanser, seperti juga hampir kesemua makanan dalam Al-Quran dan Sunnah.
  • Menurut Ibn Qayyim Al-Jawziyya dalam kitab perubatannya Medicine of The Prophet halia meningkatkan memori.
Kajian-kajian jelas menunjukkan bukti kebaikan halia ke atas organ dan sistem tubuh, tetapi yang sukar di buktikan, tetapi pasti berlaku ialah kesan positif makanan Al-Quran pada kerohanian kita.  

Beberapa peringatan menggunakan halia sebagai rawatan:
"Ginger" cat
  • Jangan makan halia dalam kuantiti yang berlebihan . Oleh kerana halia ada keupayaan untuk menurunkan tekanan darah dan juga kandungan gula dalam darah seseorang yang mempunyai bacaan yang normal mungkin akan mengalami tekanan darah atau kandungan gula yang terlalu rendah. Lebih baik mengambilnya sedikit setiap hari dengan konsisten. Seperti juga amalan ibadah dalam Islam, amalan dalam ilmu perubatannya perlulah dengan istiqamah.
  • Apabila mula mengamal halia sebagai rawatan, sedikit gangguan di perut seperti senak mungkin dialami. Teruskan makan tetapi kurangkan sedikit pengambilan halia, insyaAllah tindakbalas itu akan terus hilang dan perut dan lain-lain organ dan sistem tubuh akan terus dirawat. 

Teh Halia (Zanjabil) dari Syria




Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *


Sunday, October 16, 2011

Solat –Sembah, Minta dan Cinta




Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Setiap manusia tidak lari dari mengalami samada masalah, penyakit atau gangguan makhluk halus , atau ketiga-tiganya sekali. Kebiasaannya seseorang yang demam atau dalam kesakitan akan terus mencari doktor. Ada pula yang tak suka atau tak mampu berjumpa dengan doktor maka dia akan cuba untuk merawat dirinya sendiri dengan mengambil pelbagai jenis ubat seperti aspirin dan paracetamol yang terdapat di farmasi dan kebanyakan kedai-kedai biasa.


                                             
Jika penyakit agak ganjil sikit, sesetengahnya akan mencari ustaz atau perawat, kot-kot ada gangguan makhluk halus pula. Tambah pula ada lebam-lebam di badan, naik seram sejuk waktu senja, tiba-tiba tak boleh tidur malam, siang pula mengantuk yang amat. Dalam hati mula berkata-kata, siapa pula yang dengki dengan aku ni..?
Lebih ramai yang stress dari yang tenang
Masalah seperti kekacauan dalam rumahtangga, masalah orang ketiga (MasyaAllah banyaknya kes ini yang berlaku) perhubungan dengan rakan-rakan sepejabat atau ketua pejabat, masalah kewangan, gangguan emosi seperti kemurungan,  kegelisahan dan kebosanan, gemuruh atau panas baran dianggap sebagai masalah keadaan persekitaran atau masalah personaliti. Kalau migraine, doctor akan beritahu..”Anda stress..”. Maka diberilah ubat relaxant. 

Tiada salahnya mencari penawar. Malah hukumnya adalah wajib kerana menjaga kesihatan adalah amanah kita. Tetapi..sebenarnya…hakikatnya..kunci segala-galanya, termasuk penawar untuk penyakit rohani dan jasmani berada di dalam diri kita sendiri, dalam hati kita, dalam solat kita. Permulaan proses penyembuhan dari segala gangguan, penyakit dan masalah adalah solat yang sempurna.

Saya bukanlah seorang ustazah, tak ada tauliah untuk mengajar bab fardhu ‘ain ni. Saya cuma menimba sedikit ilmu dari beberapa Ustaz/Ustazah dan membaca tentang kajian-kajian yang dilakukan oleh para ahli kajian dari universiti tentang solat. Saya mengamal apa yang patut dan  syukur Alhamdulillah, saya dapat merasakan dan melihat perbezaan yang amat ketara dalam setiap sudut kehidupan saya. Jadi saya ingin berkongsi sedikit di blog ini dengan izin Allah swt.
                                      
Solat yang paling sempurna sebenarnya merupakan  
pencegah dan penyelesaian kepada masalah,
pencegah dan penawar penyakit,
pendinding dan penghancur segala gangguan.

 
Solat dalam keadaan tenang, dan dilakukan dengan penuh perasaan cinta pada Yang Maha Esa adalah kunci pada solat khusyuk. Tapi macam mana nak tenang? Bagaimana nak cari dan rasa cinta Hakiki Yang Maha Agung itu? Masalah menimpa-nimpa kat ofis, duit tak cukup, kepala asyik berdenyut, urat-urat sakit seperti ada besi dalamnya,  anak-anak buat hal lagi, tengah crisis dengan suami pulak tu!!


Tiada manusia yang tidak ada masalah, tetapi selagi kita berpaut pada Quran dan sunnah, insyaAllah kita  akan mencari penyelesaiannya. Kena sentiasa yakin dan ingat, terutamanya ketika saat-saat yang genting, yang Allah swt itu ada, dan Allah akan tolong, kerana Allah kasihkan hambaNya.

Mari kita kongsi ilmu dan pengalaman, kalau ada sorang je pun yang dapat menafaat dari post ni, syukur Alhamdulillah. Sebenarnya saya kesian tengok ramai di luar sana yang mencari-cari ketenangan, mencari-cari kebahagian, mencari-cari cinta sejati, mencari-cari rezeki lebih...carilah dalam Surah di bawah ini...

Surah Al-Fatihah, ibu Al-Quran, penawar, penyembuh, pedoman.

  • Cuba fahami setiap kalimah yang dibaca, terutamanya Surah Al-Fatihah, surah yang teramat special. Saya hanya nak highlight maksud ayat ke 5 dan ke 6 sahaja di sini iaitu:

 Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.   

Tunjukilah kami jalan yang lurus,   
( Jalan hidup yang benar, yang dapat membuat bahagia di dunia dan di akhirat)

Bukan ke ini yang kita idamkan? Kebahagiaan? Hidup yang diredhai? Selamat dunia akhirat kita. Paling minima 17 kali kita memohon depan Allah, rugi kalau tak pohon dengan sepenuh hati, tanpa merayu, tanpa ada rasa tusukan di dada kerana terlalu mengharapkan CintaNya, keredhaanNya, rahmahNya, petunjukNya, maka dapatlah jumpa hidup yang aman bahagia, yang berkat. 

Inilah pegangan dan pedoman hidup kita, matlamat dan halatuju hidup kita. Pada Dia lah kita meminta dan mengharap dengan sepenuh hati, jiwa dan raga. Allah tak akan mengecewakan kita. Lagi kita merintih padaNya, lagi Dia kesian, sayang pada kita.  Tak seperti sesetengah pakwe atau suami, kalau mengharap pada mereka, pasti hampa dan kecewa. Kalau mengadu kat depa, bukan nak bersimpati, diperlinya atau dipersendakannya lagi, atau tak dihiraukannya langsung. Sebenarnya...bagus juga kalau ada partner macam ni, lagi mudah kita mengharap pada Allah :-).

  • Perbanyakkan buat solat taubat – pengalaman saya sendiri, solat taubat banyak buat saya rasa rendah diri depan Allah, jiwa terasa terubat dan ringan sekali. Pernah saya dengar soalan ini daripada seorang makcik bila berada dalam salah satu kelas yang saya hadiri, “Ustaz, buat apa nak buat solat taubat? Saya rasa saya tak buat dosa pun.” MasyaAllah..junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang maksum pun tak henti-henti beristighfar...
  • Tak kenal maka tak cinta. Sentiasa cari ilmu, terutama sekali ilmu makrifatullah. Kena hadiri majlis, tak cukup dengan membaca atau mendengar di TV sahaja. Cari seorang (atau dua, tiga) ustaz atau ustazah yang ajarannya masuk ke kalbu. Baru ada feel...
  •  Belajar cara ambil wudhu’ dengan betul dan focus semasa melakukannya. Wudhu’ yang sempurna akan memberi nur,  baru kita boleh memasuki nur solat. Maka jadilah nurrun ala nurr, cahaya dalam cahaya. Yakin akan kewujudan kesemua ini, guna otak kanan iaitu otak kreatif dan otak imaginasi. Rasakan keindahan solat itu, ketika berdepan dengan Dzat Yang telah Menciptakan kita, our Creator, so Powerful He created the Universe and everything in it. MasyaAllah... 
  •  Beritahu pada diri sendiri “Ini mungkin solat terakhir ku, dan ku ingin memberi  persembahan yang terbaik bagi Mu, Ya Allah.” Bayangkan kita berada di atas titi Siratul Mustaqim, di depan dan di kiri kanan api neraka yang menjulang-julang. Samada kita akan melepasi titi ini atau jatuh ke neraka Jahannam buat selama-lamanya bergantung pada kualiti solat terakhir kita itu. Seram?
Tiada imej yang dapat betul-betul gambarkan keadaan sebenar api neraka Jahannam
  •  Jangan lupa tama’ninah pada posisi-posisi iktidal, ruku’ dan sujud. *This is very important.* Arahan  atau langkah ini nampak seperti kecil dan tak begitu penting fungsinya, tetapi keadaan rehat seketika ini adalah satu daripada cara yang sangat penting dan berkesan untuk mendapat ketenangan dalam solat. Ini telah dibuktikan melalui kajian oleh tiga ahli kajian dari Universiti Malaya dengan mengesan isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti otak yang dikenali sebagai elektroensefelogram (EEG).

Tidak semestinya semua masalah akan lupus begitu sahaja, tetapi bila dah dapat ketenangan dan lebih bersyukur, masalah tu tak akan rasa berat sangat, dan sokongan dan pertolongan dari orang sekeliling datang tanpa disangka-sangka.

  •  Doa’ adalah sebahagian dari solat. Dan semasa bersujud, kita paling hampir dengan Allah, jadi gunalah peluang ini sebaik-baiknya untuk berdoa’. Tadi kan kata ada masalah di ofis, masalah anak, masalah duit, masalah penyakit, masalah suami, jadi..mintalah pada yang kita sembah, kerana pada Dialah kita patut memohon untuk segala-galanya. He is Al-Mujiib, The Most Responsive, He is Al-Mu'iid, the Restorer, He is Al-Matiin, The Super Power.  Dan satu lagi..doa pada setiap sujud, bukan saja sujud terakhir.


Bila dah dapat rasa Cinta Yang Hakiki dan takut hanya pada Dia, dan tidak lagi mengharap pada cinta dunia, maka mulalah perubahan dalam hidup kita. Kita akan disayangi oleh semua makhluk dan hambaNya.  
  •  Sambil dalam  sujud tu, bayangkanlah posisi kita ketika itu, kita letakkan kepala dan lutut kita ke tanah, menghadap Allah dalam penuh penyerahan, ketaatan, rendah hati dan pengharapan. Semakin kerdil kita rasa diri kita, semakin kita membesarkan Tuhan, barulah dapat rasa cintaNya. Ini semua kita kena feel, barulah solat tu menjadi penuh erti.
  • Jangan risau tentang masa..take your time semasa mendirikan solat. Masa hanya satu persepsi sahaja. Jika kita memberi masa untuk solat, sudah tentu Allah akan memberikan kita masa untuk kerja-kerja lain. Tapi kalau kita no time atau not much time untuk Allah..hai…cepatnya masa berlalu. Kerja tak siap lagi, petang ada meeting pulak lagi. Pukul 4 kang, kena jumpa client. Stress!! No, no, no…serah pada Allah. Ambil wudhu’ dengan sempurna, solat dengan tenang dan sempurna, kekalkan wudhu’, just wait and see,  Allah akan aturkan semuanya dengan cukup baik dan rapi.

  You cannot manage time. It’s only a perception. It’s you yourself that you have to manage.


  • Sentiasa cuba ingat, setiap kali kita bersolat, setiap kali kita membaca surah Al-   Fatihah, takbir, rukuk, sujud dan sebagainya, sesuatu fenomenon berlaku, iaitu, sesuatu dalam alam, dalam Universe ini akan berubah. Jangan main-main, hebatnya dan kuatnya solat tu kalau khusyuknya ada.  Jika solat itu sempurna, maka satu kebaikan akan mula terbentuk. Jika solat itu sekadar pergerakan anggota dan bibir sahaja tanpa kehadiran hati, tanpa keikhlasan, kerana terpaksa..maka sesuatu akan berlaku juga, tetapi yang buruk pula akan terbentuk, kerana hati yang lalai mengundang you-know-who lah kan. Oleh itu kita tidak boleh salahkan “nasib” atau “takdir” apabila suatu musibah berlaku. We only have ourselves to blame. Jadi anda buatlah keputusan sendiri nak bina hidup yang baik atau pun sebaliknya dari solat kita setiap waktu, setiap hari...

  • Saya pasti ramai yang sudah mengetahui bahawa Allah swt Mendengar dan Membalas setiap ayat yang kita bacakan dalam surah Al-Fatihah. Interaksi ini adalah salah satu unsur dalam solat yang membuat saya rasa Allah sangat hampir, dan sangat menyayangi kita, waktu kita berdiri di hadapanNya. Zalim dan angkuh nya kita..Allah beri penuh perhatian pada kita, tapi kita dok baca kat mulut je, hati melayang entah ke mana. Sesiapa yang belum mengetahui apa yang Allah balas, tanyalah pada rakan-rakan atau ustaz/ah anda. Kalau nak huraikan di sini panjang pulak post ni nanti. Di link ini pun boleh baca juga.  http://mis3fa.wordpress.com/2007/03/20/rahsia-khusyuk-solat-membaca-surah-al-fatihah/
  • Dalam setiap solat, dua kali kita memberi salam pada Nabi Muhammad SAW, iaitu sewaktu tahiyyat awal dan tahiyyat akhir. Sebenarnya, takde lah perlunya kita kirim salam pada Baginda melalui jemaah yang buat Haji dan Umrah, kerana dalam solat pun kita dah beri salam, ke...tak perasan yang itu mengucap salam? :=)

         Jika kita benar-benar hadirkan diri dalam solat, dan sedar yang kita memberi salam        pada Rasulullah, MasyAllah, sayu dan sebaknya hati, kerana teringin sangat nak berjumpa dengan Baginda. Selepas memberi salam pada Baginda SAW, kita juga memberi salam pada ahli-ahli ibadah yang soleh. Agak-agak terkira tak berapa ramainya ahli-ahli tersebut yang mungkin “hadir” ketika kita bersolat, dan memberi salam pada mereka? Ish..kalau tak naik bulu roma lagi tak taulah...





Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *