Tuesday, October 18, 2011

Halia - Minuman Syurga di Dunia

"Dan di sana mereka diberi segelas minuman bercampur halia." 
Surah Al-Insaan: 17
Zingiber Officinale

Sayangnya Allah swt pada hamba-hambaNya yang beriman padaNya, Dia menyediakan pelbagai makanan, minuman dan hiburan yang Dia mengetahui adalah kesukaan manusia di syurgaNya. Di dalam Surah Al-Insaan, diceritakan tentang sejenis minuman yang dibawa oleh mata air di sana yang dinamakan Salsabil.

Air minuman ini adalah air yang bercampur dengan halia (zanjabil)

Allah Yang Maha Pemurah juga memberi nikmat ini kepada hamba-hambaNya di dunia; halia juga diwujudkan di atas muka Bumi ini. Ternyata khasiat halia ini terlalu banyak. Alangkah ruginya manusia jika kita sudah mengetahui datangnya halia dari Syurga dan keistimewaannya tahap mendapat tempat di dalam Kitab suci Al-Quran tetapi tidak bersungguh-sungguh mengamalkannya, tidak yakin atau langsung tidak menghiraukan ayat Allah swt .

Antara khasiat halia yang telah dikaji kemujarabannya:
Bunga Halia
  • Menghilangkan rasa mual yang disebabkan oleh morning sickness, mabuk laut dan kimoterapi.
  • Merawat masalah perut seperti angin dan kembung perut, cirit-birit, sakit perut dan masalah penghadaman.
  • Merawat masalah respiratory seperti jangkitan saluran pernafasan, bronkitis dan batuk.
  • Halia mentah digunakan untuk merawat malaria, gigitan ular, radang sendi (rheumatism dan arthritis) dan migraine dan sakit gigi.  
  • Halia mengandungi enzim protease yang berfungsi sebagai pemecah protin. Pankrias juga menghasilkan enzim ini tetapi kalau tidak mencukupi, protin yang dimakan tidak akan dicerna dengan betul dan asid urik akan terhasil dan disimpan dalam badan terutama di tumit kaki. Ini menyebabkan tumit menjadi sakit. 
  • Halia kering diguna untuk merawat sakit dada, sakit pinggang dan sakit perut.
  • Menurut kajian University of Michigan, Gingerol, minyak volatile yang terdapat dalam halia, mampu membunuh sel kanser ovari.
  • Kajian yang telah dibuat menunjukkan petanda radang kolon berkurangan dengan pengambilan halia. Lihat  http://www.miamiherald.com/2011/10/18/2458734/ginger-supplements-may-diminish.html
  • Melegakan kesakitan otot-otot, kejang dan segugut.
  • Detoks dan pembakar lemak.http://www.gingerpeople.com/c/cat/health/post/Ginger-and-Fat-Burning/
  • Mempunyai sifat-sifat anti-kanser, seperti juga hampir kesemua makanan dalam Al-Quran dan Sunnah.
  • Menurut Ibn Qayyim Al-Jawziyya dalam kitab perubatannya Medicine of The Prophet halia meningkatkan memori.
Kajian-kajian jelas menunjukkan bukti kebaikan halia ke atas organ dan sistem tubuh, tetapi yang sukar di buktikan, tetapi pasti berlaku ialah kesan positif makanan Al-Quran pada kerohanian kita.  

Beberapa peringatan menggunakan halia sebagai rawatan:
"Ginger" cat
  • Jangan makan halia dalam kuantiti yang berlebihan . Oleh kerana halia ada keupayaan untuk menurunkan tekanan darah dan juga kandungan gula dalam darah seseorang yang mempunyai bacaan yang normal mungkin akan mengalami tekanan darah atau kandungan gula yang terlalu rendah. Lebih baik mengambilnya sedikit setiap hari dengan konsisten. Seperti juga amalan ibadah dalam Islam, amalan dalam ilmu perubatannya perlulah dengan istiqamah.
  • Apabila mula mengamal halia sebagai rawatan, sedikit gangguan di perut seperti senak mungkin dialami. Teruskan makan tetapi kurangkan sedikit pengambilan halia, insyaAllah tindakbalas itu akan terus hilang dan perut dan lain-lain organ dan sistem tubuh akan terus dirawat. 

Teh Halia (Zanjabil) dari Syria




Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *


No comments:

Post a Comment