Monday, July 16, 2012

Rawatan Sistematik Untuk Gangguan, Penyakit dan Masalah


Manusia terdiri daripada roh dan jasad di mana roh telah wujud sejak Luh Mahfuz dan akan terus kekal hidup setelah dicabut dari jasadnya. Oleh itu adalah wajar perubatan roh adalah sebahagian besar dari sistem perubatan yang diamalkan oleh seseorang itu dan diberi keutamaan.
Roh yang bersih suci dan ditiup ke dalam janin yang berusia 44 hari telah wujud lama sebelum pembentukan jasadnya.

Di dalam sistem Perubatan Islam, rawatan untuk setiap penyakit merupakan proses penyahan dan pembersihan tubuh dari segala unsur yang toksik dan memudharatkan. Unsur pertama sekali yang harus dipertimbangkan adalah unsur makhluk halus atau jin-jin yang telah menceroboh masuk ke dalam tubuh manusia melalui cara-cara dan sebab-sebab yang tertentu.
Anatomy Arteries
Menurut hadith Rasulullah SAW syaitan-syaitan duduk di dalam saluran-saluran datah manusia. Ini  yang menyebabkan keadaan yang selalu dikatakan sebagai "sakit urat".
Penyakit atau masalah akibat pencerobohan makhluk halus mungkin seringan rasa berdebar dan susah tidur malam atau mungkin di tahap kronik seperti kanser. Simtom-simtom biasa (common) yang dialami pesakit adalah batuk yang berpanjangan atau pelbagai gangguan di tekak, tiroid atau tonsil, semput, sakit dada atau berdebar (simtom lelah atau sakit jantung) dan sakit ulu hati, senak, angin,(simtom gastrik) hilang atau bertambah selera makan.
Salah satu simtom yang dialami oleh pesakit sihir ialah murung dan perasaan sedih , risau, gelisah atau marah tanpa sebab atau atas sebab yang sangat kecil. Banyak masalah psikologi berpunca dari gangguan spiritual dan boleh dirawat tanpa pil anti-depressi.

Ini adalah kerana sihir, iaitu punca kebanyakan masalah gangguan makhluk halus, menyasar di kelenjar tiroid di tekak, taimus di jantung dan organ hati.
Kelenjar taimus yang menjadi sasaran gangguan sihir
Sihir juga menyerang bahagian tekak yang menyebabkan batuk yang susah baik, sakit dan bengkak   di bahagian ini.
Gangguan di hati menyebabkan gangguan pada penhadaman makanan oleh itu pesakit akan mengalami simtom-simtom gastrik. Busung atau ascites biasanya adalah akibat dari sejenis sihir yang dinamakan santau.

Gangguan makhluk halus juga boleh mengakibatkan masalah tidak mendapat jodoh atau zuriat, masalah di antara suami isteri, masalah dalam perniagaan dan lain-lain. Malah boleh dikatakan majoriti masalah dan penyakit adalah akibat dari gangguan jin yang telah berjanji pada Allah swt yang mereka akan menganggu anak-anak Adam sehingga ke akhir zaman.


Sistem An Nisaa mengapplikasikan sistem di mana empat kaedah rawatan digunakan untuk merawat masalah gangguan makhluk halus, penyakit dan masalah  iaitu:


  • Ruqyah iaitu penggunaan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang tertentu pada badan pesakit. Untuk gangguan saka, surah yang dipetik khas untuk stiap pesakit individu untuk diamalkan mengikut cara-cara yang akan ditentukan.
  • Mandi Air Sejuk - menurut hadith sahih Muslim Bukhari, mandi dengan air sejuk adalah di antara kaedah yang digunakan merawat gangguan dan penyakit. Nabi Ayyub a.s, juga diperintahkan Allah swt untuk mandi dan minum air yang sejuk untuk merawat maslah Nabi Ayyub a.s. yang dibelenggu syaitan.
  • Bekam - satu kaedah rawatan yang disarankan oleh Nabi Muhammad Rasulullah saw untuk merawat gangguan, penyakit dan masalah.
  • Penawar yang terdiri dari makanan-makanan Al-Quran dan Sunnah. 





Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

5 comments:

  1. saya sgt setuju dgn artikel ini..very insightful read...

    ReplyDelete

  2. Info yang menarik mengenai penggunaan kaedah rawatan Islam untuk merawat masalah gemuruh atau jantung berdebar. Kita juga harus mendapatkan pemeriksaan terperinci di klinik berdekatan sekiranya kita mendapati masalah jantung berdebar yang dihidapi:

    1) kerap berlaku
    2) mengambil masa yang lama untuk reda seperti lebih daripada 1 jam
    3) mempunyai simptom-simptom sampingan seperti sakit dada, sesak nafas dan rasa pitam

    Antara pemeriksaan yang akan dikendalikan oleh doktor bagi mengenalpasti punca masalah jantung berdebar ialah:

    1) ujian darah untuk mengenalpasti masalah anemia, kelenjar tiroid dan ketidakseimbangan garam mineral
    2) ujian elektrokardiogram bagi mengenalpasti masalah aritmia jantung
    3) Ujian Holter untuk melihat aktiviti impuls jantung dalam masa 24 – 48 jam
    4) X- ray dada untuk mengenalpasti saiz jantung

    ReplyDelete