Monday, December 31, 2012

Terbaru! Sakanjabin dengan Kayu Manis

Sakanjabin kini lebih berkesan dengan adanya ekstrak Kayu Manis. 

Image may contain: drink






Formula ini telah lama dikenali sebagai penawar yang amat menakjubkan dalam rawatan beberapa penyakit dan masalah terutamanya:


  • Athritis
  • Sembelit
  • Kegemukan
  • Masalah jantung
  • Kolesterol tinggi
  • Masalah jerawat

  • Resedung dan Selsema 
  • Sistem imun yang lemah
  • Kurang tenaga dan kelesuan
  • Masalah penghadaman dan pencernaan
  • Jangkitan pada saluran kencing 
Rahsia penawar dari kitab Perubatan Islam ini terlalu hebat. Rasakan sendiri perubahan-perubahan positif yang pasti akan berlaku dengan amalan yang istiqamah dan berdisiplin.




Sistem An Nisaa
 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

Tuesday, December 25, 2012

Ada Apa Dengan Angka 7?

7 ayat dalam ummu al-Quran,
Surah al-Faatihah
Dan Kami telah membina atas kamu 7 petala (langit) yang kuat dan kukuh?
Surah An Naba ayat 12
Ia (Jahannam) mempunyai 7 pintu, bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu (dari mereka yang sesat dan menyesatkan itu).
Surah Al-Hijr ayat 44





7 hari dalam seminggu : Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis.













7 warna pelangi : violet indigo biru hijau kuning jingga merah












7 kali tawaf kelilingi Kaaba




7 pintu masuk ke Medina akan dikawal oleh 2 malaikat semasa Al-Masih Ad-Dajjal datang untuk membuat kerosakan.













7 kali berjalan ulang-alik antara Bukit Safa dan Marwa




Sujud dalam solat melibatkan penyentuhan 7 bahagian badan iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua tapak kaki bahagian jari-jari. 





Takbiratulihram dalam solat 
Aidil Fitri dan Aidil Adha dilakukan sebanyak 7 kali.







Menurut riwayat Al-Bara' bin 'Azib, Rasulullah SAW telah bersabda, "Lakukan 7 perkara dan jauhkan 7 perkara, iaitu: 

7 amalan terpuji: 


  • mengiring jenazah
  • menziarah si pesakit
  • menghadiri jemputan
  • membantu orang yang susah
  • menepati janji
  • menjawab salam
  • membalas orang yang bersin



7 amalan terlarang:
  • mengguna pinggan mangkuk yang dibuat dari perak
  • mengguna sudu garpu yang dibuat dari perak
  • memakai emas bagi lelaki
  • memakai baju sutera
  • memakai kain sutera asli yang dinamakan Dibaj
  • memakai sutera yang dinamakan Qissi
  • memakai sutera yang dinamakan Istabraq


7 pemuda Ashabul Kahfi


Gambar di ambil dari iklan Louis Vuitton
yang kebetulan muncul semasa saya menyiapkan post ini.




Apakah sebenarnya yang ada pada angka 7 yang membuatkannya sering digunakan sebagai kuantiti bagi
beberapa perkara yang penting? Ianya begitu significant dalam ibadah dan amalan-amalan seperti doa dan zikir.

 



7 lautan, 7 benua, 7 biji batu melontar di Jamrah dan banyak lagi penggunaan nombor ini.






Tiada jawapan yang tepat atau sahih tentang kepentingan maupun maksud angka ini. Namun kita harus mengakui dan menerima apa yang ditunjukkan kepada kita melalui ilmu laduni. 







number 7 green



Nyata ada rahsia, keistimewaan, kecantikan, kemujaraban, keajaiban dan menafaat dalam angka yang banyak Allah gunakan dalam 
Al-Quran. 




7 petala langit, 7 petala bumi.
7 pintu Syurga dan 7 pintu Neraka.
Di manakah pilihan tempat tinggal kita yang kekal buat selama-lamanya?






Aniza Zain Ahmed
Sistem An Nisaa
2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, 47810 Petaling Jaya   
013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap & integratif:
Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut * Makanan Sunnah




















Monday, December 17, 2012

Sakanjabin Untuk Rawatan Penyakit

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW
serta sejahtera ke atas keluarga dan sahabat.



Sakanjabin Sistem An Nisaa merupakan penawar yang berasaskan madu asli dan cuka epal - 
ringkas, mudah, tetapi tersangat sedap dan kehebatannya menjangkau pengharapan, sangkaan dan dugaan kebanyakan yang mengamalnya. 

Berikut adalah antara kes yang telah dirawat menggunakan Sakanjabin sebagai penawar:

Kes #1 - Wanita berumur 50 tahun menderita dengan masalah nasal polyps, iaitu ketumbuhan di dalam hidung yang tidak berkanser. Ketumbuhan ini menutupi ruang sebelah atau 
kedua belah hidung dan tidak dapat bernafas langsung. Ini menganggu tidur dan pesakit akan berdengkur dan nafasnya berbau. Pesakit ini bernasib baik kerana polyps hanya bermula dua tiga bulan yang lalu dan tumbuh di hidung sebelah kanan sahaja.  
Keadaan nasal polyps pesakit
pada awal rawatan (bukan gambar pesakit sebenar tetapi
beginilah keadaannya)










Kebanyakan pesakit nasal polyps telah merana bertahun-tahun lamanya kerana perubatan konvensional tidak dapat merawat masalah ini; cuma pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut merupakan opsyen mereka. Namun kebiasaannya, ketumbuhan akan kembali dalam masa enam bulan. 
Sakanjabin Sistem An Nisaa ialah gabungan madu tualang, madu apis, cuka epal dan ekstrak kayu manis.

Pesakit wanita ini telah diberi Sakanjabin bersama Minyak Habbatus Sauda untuk makan dan Green Propolis untuk makan dan dititik dalam hidung. Pesakit juga dinasihati untuk mengurangkan gula dan makanan berlemak kerana didapati pesakit ini kurang jus hempedu. Oleh itu, Sakanjabin amatlah penting bagi pesakit ini untuk membantu mencerna makanannya serta untuk memastikan protin dan lemak dipecahkan dengan sempurna. Asid dan toksin dalam perut dan darah akibat dari makanan yang tidak dapat diproses dengan sempurna merupakan punca utama kebanyakan penyakit.

Minyak Habbatus Sauda dan Green Propolis bertindak untuk mengecutkan ketumbuhan, melegakan keradangan dan mematikan kuman di dalam hidung (terdapat nanah pada ketumbuhan pesakit tersebut). Kedua-dua penawar ini mempunyai sifat anti-radang (anti-inflammatory), anti-bakteria dan anti-tumour yang amat baik. 

Setelah cuma dalam 24 jam mengambil penawar-penawar tersebut, didapati ketumbuhan telah mengecut dan nanah hampir-hampir tiada. Dalam 3 hari ketumbuhan telah mengecut sebanyak 50% dan pesakit sudah mula boleh bernafas sedikit melalui hidungnya.  

Keadaan nasal polyps pesakit (bukan pesakit sebenar)
adalah seperti ini setelah 7 hari rawatan
Setelah tujuh hari rawatan, ketumbuhan hanya tinggal 30% dan pesakit dapat menarik nafas dari hidung kanannya serta dapat mengesan bau. Selain daripada itu, pesakit ini juga agak terkejut kerana setelah seminggu mengamalkan tiga penawar tersebut, beliau dapat melipat kakinya untuk duduk bersila. Sebelum ini, urat pehanya akan terasa sakit dan tidak membolehkannya duduk bersila.

*Update - setelah dua minggu rawatan, pesakit ini sudah dapat menghembus dan menarik nafas melalui hidungnya dan polyps hampir-hampir tidak kelihatan lagi. Alhamdulillah.

Kes #2 - Pelajar berumur 23 tahun diberi Sakanjabin kerana kerap mendapat selsema
dan masalah kulit akibat dari alahan. Nafasnya juga berbau. Setelah tidak sampai 3 minggu, pesakit ini terkejut kerana berat badannya turun sebanyak 2 kilogram tanpa berniat atau berusaha untuk berdiet.

Setelah sebulan mengambil Sakanjabin , di antara kesan yang didapatinya ialah :
  • seleranya berkurang tetapi tenaga fizikalnya meningkat. Dia tidak lagi perlu tidur di waktu siang walaupun tidur lewat di sebelah malam.
  • kulit wajahnya kelihatan lebih cerah, dan masalah alahan sangat berkurangan.
  • segugut yang agak teruk dialami setiap bulan sudah tiada  
Pelajar ini turut menceritakan tentang rakan serumahnya yang mendapat reaksi alahan kerana telah makan sotong pada satu malam. Beliau tidak dapat tidur kerana terasa gatal seluruh badannya. Pelajar tersebut telah mencadangkan kepada kawannya supaya mengambil Sakanjabin dan hanya setelah itu, kawannya dapat tidur dengan selesa.

Ini hanya antara dua kes pengamal Sakanjabin; kisah penyembuhan dan kesan positif pada pesakit akan dibentangkan lagi di dalam post kemudian. Insya Allah.

Image may contain: drink

Inilah dia kehebatan penawar Perubatan Islam yang merupakan satu panacea iaitu penawar yang dapat merawat pelbagai penyakit. Ia merupakan suatu yang semulajadi, yakni mudah diterima dan diserap oleh sistem tubuh. 
Ia adalah makanan yang sedap, mudah dan 
selamat untuk diamalkan. 
Khasiatnya ternyata banyak sekali. 


Sistem An Nisaa
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya   
013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap & integratif:
Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut * Makanan Sunnah





Wednesday, December 12, 2012

Habala - Daun Anggur, Khasiat dan Kebaikan Yang Unggul

Adakah salah seorang di antara kamu yang ingin memiliki 
kebun kurma dan kebun anggur (vines) yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, 
di sana dia memiliki segala macam buah-buahan, kemudian 
datanglah masa tuanya sedang dia memiliki keturunan yang masih kecil-kecil. 
Lalu kebun-kebun ditiup angin keras yang mengandungi api, sehingga terbakar. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada mu agar kamu memikirkannya.
Surah Al-Baqarah ayat 266


Dan di bumi terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan, kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman, pohon kurma yang bercabang, dan yang tidak bercabang; disirami dengan air yang sama, tetapi Kami lebihkan tanaman yang satu dari yang lainnya dalam hal rasanya. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti.
Surah Ar-Rad ayat 4



MasyaAllah, setiap benda baik yang Allah sebutkan dalam Al-Quran, pasti ianya ada hehebatan, kebaikan luarbiasa dan nilai perubatan yang tinggi. Dan setiapnya mengandungi  antioksidan yang amat diperlukan oleh tubuh kita untuk meneutralkan unsur radikal bebas yang mengancam dan merosakkan sel-sel kita.

Di dalam tafsir Al-Quran berbahasa Melayu, apa yang dikatakan ialah "kebun anggur" (vineyard). Tafsiran ini tidak berapa tepat kerana apa yang dimaksudkan dalam ayat-ayat di atas ialah pokok anggur itu sendiri. Dalam bahasa Inggerisnya "Grape Vine"  (vitis vinifera).


Pokok anggur atau vine termasuk daun, tangkai, bunga dan 
pucuknya yang melilit (tendril). 
Di dalam bahasa Arab, pokok anggur ini dipanggil habala. 
Ada cerita menarik di sebalik kisah habala ini. Orang-orang Badwi di zaman Rasulullah SAW telah memanggil daun anggur ini dengan nama karm. 


 Rasulullah SAW telah melarangnya, kerana menurut Baginda, karm bermaksud jiwa atau hati seorang Muslim. Sabda Nabi SAW lagi, orang yang beriman adalah sumber kebaikan dan menafaat. Karm adalah kalimah untuk menunjukkan kebagusan, kemurahan hati, keimanan, cahaya, petunjuk, kealiman dan semua kualiti seumpamanya yang jauh lebih sempurna dan tidak mungkin dapat disamakan dengan  daun anggur atau habala ini.     




Orang-orang Badwi telah memanggil daun anggur sedemikian kerana khasiat dan kebaikannya yang nyata teramat banyak. Di antaranya, habala digunakan untuk masalah berikut:


- daunnya dibuat teh dan diminum untuk melegakan masalah keradangan dan penyakit-  penyakit yang berpunca darinya. Antaranya seperti athritis dan Crohn's disease.
- kesakitan dan pendarahan seperti dalam masalah buasir
- mencegah penyakit Alzheimer
- sakit kepala
- ulser dalam usus
- melarutkan batu karang
- memperbaiki perjalanan darah
- masalah perut dan usus
- mengeluarkan dan mengurangkan toksin
- mengurangkan hipertensi
- merawat jangkitan saluran air kencing
- salap dibuat dari getahnya untuk merawat masalah mata 






Antara kandungan yang membuatkan habala ini dinilai tinggi sebagai penawar dalam perubatan Islam dan juga perubatan alternatif terutamanya di benua Eropah terutamanya di kawasan Mediterranean. 

  • Antioksidan kuat iaitu resveratrol - keupayaannya untuk mengekang kerosakan atas lipid yang disebabkan oleh unsur radikal bebas.
  • Kandungan asid lemak omega-3 untuk mengurangkan risiko kanser barah, kolon dan prostat.
  • Vitamin A dan niacin. Selain daripada itu terdapat juga riboflavin, vitamin C dan asid folate dalam kandungan yang sedikit.
  • Kalsium, besi dan juga kuperam, manganese, magnesium, fosforus, potassium, selenium dan zink dalam kandungan yang kecil.


Dolma - masakan Turki yang menggunakan daun anggur untuk membungkus nasi dan daging yang dimasak dengan pelbagai rempah. Ada beberapa variasi makanan seperti ini di negara-negara Arab dan Mediterranean.




Aniza Zain Ahmed
Sistem An Nisaa
2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, 47810 Petaling Jaya   
013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap & integratif:
Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut * Makanan Sunnah


Monday, December 10, 2012

Hijau - Warna Pilihan Di Syurga










Hijau - indah, memukau, menenangkan, warna yang menakjubkan. Warna yang menyembuhkan.


"Mereka bersandar pada bantal-bantal hijau dan permaidani-permaidani yang indah."
Surah Ar Rahman ayat 76

"Mereka berpakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan memakai gelang terbuat dari perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih dan suci."
Surah Al-Insan ayat 21


Setiap yang difirman Allah SWT di dalam Kitab SuciNya, terdapat rahsia dan kebaikannya bagi hamba-hambaNya yang yakin dan beriman kepadaNya. 

Nyata warna hijau mengandungi unsur perubatan yang sangat penting dan berkuasa secara semulajadi. Gelombang-gelombang yang dihasilkan oleh warna hijau mampu menggerakkan molikul-molikul hidrogen dan oksigen dalam tubuh. Ini menyebabkan cecair terutama darah mengalir dengan lebih lancar.
    
Dalam banyak-banyak batu permata, hanya zamrud disebut di dalam hadith yang ceritakan oleh Rasulullah SAW tentang keindahan Syurga dan apa yang terdapat di dalamnya.
Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyya, terdapat 4 perkara yang merosakkan tubuh: kegelisahan, kesedihan, kelaparan dan mengantuk. Dan ada 4 perkara yang membawa kegembiraan kepada tubuh: melihat kehijauan, air yang mengalir, melihat pada orang yang dikasihi, dan melihat pada buah. 








Klorofil ialah pigmen di dalam daun yang membuatkannya berwarna hijau. Ianya berfungsi sebagai penyerap tenaga dari cahaya matahari untuk proses fotosintesis. 















Getaran warna hijau sama dengan getaran jantung dan paru-paru.

Oleh itu kita akan rasa segar kerana melihat warna hijau merangsang aktiviti jantung dan memperbaiki pernafasan. 
Hijau ialah warna oksigen.






Rasulullah SAW menyamakan kekayaan seperti warna hijau.
Riwayat Hakim bin Hizam: Ku meminta dari Rasulullah SAW duit dan Baginda memberinya padaku. Ku meminta lagi dan Baginda memberi lagi, ku meminta lagi lalu Baginda memberi lagi dan ku meminta lagi dan Baginda memberi lagi lalu berkata, "Kekayaan ini (seperti) warna hijau dan manis (buah), dan sesiapa yang mengambil tanpa tamak, Allah akan memberkatinya untuk dirinya, tetapi sesiapa yang mengambilnya dengan tamak, maka Allah tidak memberkatinya. Dan tangan di atas (yang memberi) lebih baik dari tangan di bawah (yang mengambil).


Hijau adalah warna alam. Ia melambangkan keharmonian dan keseimbangan. Hijau mampu menguasai minda dan menenangkan jiwa.


Aniza Zain Ahmed
Sistem An Nisaa
2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, 47810 Petaling Jaya   
013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap & integratif:
Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut * Makanan Sunnah


Friday, December 7, 2012

Mutiara - Permata Lautan Perhiasan Syurga



Walaupun nilai mutiara asli bermutu tinggi diiktiraf sebagai permata yang berharga, ianya jarang dianggap setaraf dengan intan, berlian, delima, zamrud atau nilam. Namun hakikatnya, batu-batu permata ini langsung tidak disebut di dalam Al-Quran, cuma zamrud disebut sekali di dalam hadith. 


Manakala mutiara disebut sebanyak enam kali di dalam 
Al-Quran dan sepuluh kali dalam hadith.



Surah Al- Hajj, ayat 23: 
"Sungguh, Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Di sana mereka diberi perhiasan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka dari sutera."

Surah Fathir, ayat 33:
"(Mereka akan  mendapat) syurga 'Adn, mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan gelang-gelang emas dam mutiara, dan pakaian-pakaian mereka di dalamnya adalah sutera."

Surah At-Tur, ayat 24
"Dan di sekitar mereka ada anak-anak muda yang berkeliling untuk (melayani) mereka, seakan-akan mereka itu mutiara yang tersimpan.

Surah Ar-Rahman, ayat 22
"dan keduanya keluar mutiara dan marjan"

Surah Al-Waqiah, ayat 23
"laksana mutiara yang tersimpan baik"

Surah Al-Insaan, ayat 19
"Dan mereka dikelilingi oleh para pemuda-pemuda yang tetap muda. Apabila kamu melihatnya, akan kamu kira mereka, mutiara yang bertaburan."

Di antara sepuluh hadith di mana mutiara disebut, di bawah ini ialah salah satu daripadanya. Hadith ini tentang perjalan isra' dan mi'raj Rasulullah SAW dimana Baginda telah melihat pelbagai keindahan dan keajaiban di setiap lapis langit dan di syurga.  

"...Then Gabriel took him around that Heaven and behold, he saw another river at the bank of which there was a palace built of pearls and emerald. He put his hand into the river and found it's mud like musk Adhfar. He asked "What is this, O Gabriel? Gabriel said, "This is the Kauthar which your Lord has kept for you."  


Daripada ayat-ayat di atas, ternyata mutiara adalah sangat-sangat tinggi nilai dan kedudukannya di sisi Allah SWT dan sudah tentunya ada keistimewaannya tersendiri.  

Mutiara tidak digunakan di dalam Perubatan Islam tetapi di dalam perubatan alternatif lain terutamanya perubatan Cina, serbuk mutiara merupakan satu bahan yang penting. Di antara kegunaannya termasuk:
  • untuk mendetoks tubuh
  • menegangkan dan menghaluskan kulit
  • mengurangkan tanda-tanda penuaan
  • merawat luka dan kulit terbakar
  • merawat hati
  • merawat sakit tekak dan selsema
  • menstabilkan metabolisma
  • merawat masalah tidur
  • memguatkan dan menggalakkan pertumbuhan tulang bayi bila diamalkan oleh ibu yang menyusu
  • membantu penglihatan yang lebih baik


Aniza Zain Ahmed
Sistem An Nisaa
2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, 47810 Petaling Jaya   
013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap & integratif:
Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut * Makanan Sunnah