Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad Rasulullah SAW
serta selamat sejahtera ke atas keluarga dan sahabat Nabi.
Telah diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Tirmidhi bahawa apabila hidung 'Arfaja bin As'ad telah dipotong pada hari peperangan al-Kulab, beliau telah menggunakan kertas untuk menutup ruang yang cedera itu. Namun bahagian itu telah menjadi busuk, lalu Rasulullah SAW telah mengarahkannya untuk menggunakan emas untuk menutupi ruang hidung tersebut.
Dari hadith ini, jelas bahawa sejak zaman Rasulullah SAW lagi, emas sudah dijadikan bahan perubatan untuk merawat kecederaan pada anggota badan.
Kini, kajian telah mengesahkan kesesuaian menggunakan emas dalam beberapa prosedur rawatan dan membuktikan kebenaran dan kebijaksanaan Rasulullah SAW. Emas adalah "biocompatible", iaitu logam ini dapat melepasi sistem imune tubuh manusia.
Sebenarnya emas, secara semulajadinya terdapat dalam tubuh manusia dalam kuantiti yang amat sedikit, tetapi ini adalah bukti nyata bahawa manusia adalah sememangnya tercipta dari tanah.
Emas merupakan logam yang tidak reaktif, oleh itu ia mudah digunakan dalam industri biokimia tanpa tindakbalas yang mungkin menghasilkan kimia yang merbahaya, racun atau toksin. Keistimewaan logam ini, ia juga bersifat malleable, iaitu ia dapat dibentukkan menjadi kepingan, serbuk dan dikecilkan sehingga tahap molikul.
Jenis-jenis rawatan dalam perubatan contemporari menggunakan emas dikenali sebagai chrysotherapy dan aurotherapy. Emas digunakan dalam bentuk partikel yang paling halus dihasilkan dari nanotechnology. Hasilnya ialah gold salt yang diambil secara makan atau disuntik. Rawatan ini biasanya digunakan untuk merawat rheumatoid athritis di mana sendi-sendi membengkak dan sakit. Bagaimana pun, hablur emas ini yang dikenali sebagai Auronofin menunjukkan kewujudan toksin dan menyebabkan kesan sampingan.
Jenis-jenis rawatan dalam perubatan contemporari menggunakan emas dikenali sebagai chrysotherapy dan aurotherapy. Emas digunakan dalam bentuk partikel yang paling halus dihasilkan dari nanotechnology. Hasilnya ialah gold salt yang diambil secara makan atau disuntik. Rawatan ini biasanya digunakan untuk merawat rheumatoid athritis di mana sendi-sendi membengkak dan sakit. Bagaimana pun, hablur emas ini yang dikenali sebagai Auronofin menunjukkan kewujudan toksin dan menyebabkan kesan sampingan.
Emas juga digunakan di dalam rawatan radiotherapy dan chemotherapy. Partikel halus emas akan bercantum dengan molekul ubat kimoterapi dan membawanya ke bahagian paling dalam ketumbuhan kanser. Dalam radioterapi pula, emas akan memastikan tembakan radiasi disasar pada sel berkanser sahaja dan bukan pada tisu yang sihat.
Selain dari itu, emas digunakan dalam stents yang dimasukkan ke dalam saluran darah jantung yang telah menyempit. Emas membolehkan doktor bedah mengesan dengan tepat tempat untuk meletakkan stent tersebut.
Ini adalah berbeza dengan colloidal gold yang juga dimasukkan dalam air untuk diminum, tetapi diperbuat menggunakan logam emas dengan kaedah nanotechnology.
Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyya, seorang pengamal perubatan Islam terkemuka, menyatakan bahawa serbuk emas apabila dicampurkan dengan ubat-ubatan adalah bermenafaat untuk:
- lemah jantung
- masalah Parkinson
- masalah, gangguan dan penyakit yang berkaitan dengan kemurungan dan kesedihan
- mencantikkan kulit (sekarang luas digunakan oleh syarikat kosmetik)
- rambut gugur (alopecia)
- menerangkan dan menguatkan mata
- menguatkan semua organ tubuh
- menghapuskan nafas berbau
- menguatkan semangat
- menguatkan firasat/gerakhati
- merawat masalah angau kerana cinta
* Artikel ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis dan tidak boleh digunakan untuk merawat penyakit dengan sendiri. Sila berjumpa dengan pengamal perubatan profesional untuk nasihat bagi sebarang penyakit atau masalah.
No comments:
Post a Comment