Friday, December 7, 2012

Mutiara - Permata Lautan Perhiasan Syurga



Walaupun nilai mutiara asli bermutu tinggi diiktiraf sebagai permata yang berharga, ianya jarang dianggap setaraf dengan intan, berlian, delima, zamrud atau nilam. Namun hakikatnya, batu-batu permata ini langsung tidak disebut di dalam Al-Quran, cuma zamrud disebut sekali di dalam hadith. 


Manakala mutiara disebut sebanyak enam kali di dalam 
Al-Quran dan sepuluh kali dalam hadith.



Surah Al- Hajj, ayat 23: 
"Sungguh, Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Di sana mereka diberi perhiasan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka dari sutera."

Surah Fathir, ayat 33:
"(Mereka akan  mendapat) syurga 'Adn, mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan gelang-gelang emas dam mutiara, dan pakaian-pakaian mereka di dalamnya adalah sutera."

Surah At-Tur, ayat 24
"Dan di sekitar mereka ada anak-anak muda yang berkeliling untuk (melayani) mereka, seakan-akan mereka itu mutiara yang tersimpan.

Surah Ar-Rahman, ayat 22
"dan keduanya keluar mutiara dan marjan"

Surah Al-Waqiah, ayat 23
"laksana mutiara yang tersimpan baik"

Surah Al-Insaan, ayat 19
"Dan mereka dikelilingi oleh para pemuda-pemuda yang tetap muda. Apabila kamu melihatnya, akan kamu kira mereka, mutiara yang bertaburan."

Di antara sepuluh hadith di mana mutiara disebut, di bawah ini ialah salah satu daripadanya. Hadith ini tentang perjalan isra' dan mi'raj Rasulullah SAW dimana Baginda telah melihat pelbagai keindahan dan keajaiban di setiap lapis langit dan di syurga.  

"...Then Gabriel took him around that Heaven and behold, he saw another river at the bank of which there was a palace built of pearls and emerald. He put his hand into the river and found it's mud like musk Adhfar. He asked "What is this, O Gabriel? Gabriel said, "This is the Kauthar which your Lord has kept for you."  


Daripada ayat-ayat di atas, ternyata mutiara adalah sangat-sangat tinggi nilai dan kedudukannya di sisi Allah SWT dan sudah tentunya ada keistimewaannya tersendiri.  

Mutiara tidak digunakan di dalam Perubatan Islam tetapi di dalam perubatan alternatif lain terutamanya perubatan Cina, serbuk mutiara merupakan satu bahan yang penting. Di antara kegunaannya termasuk:
  • untuk mendetoks tubuh
  • menegangkan dan menghaluskan kulit
  • mengurangkan tanda-tanda penuaan
  • merawat luka dan kulit terbakar
  • merawat hati
  • merawat sakit tekak dan selsema
  • menstabilkan metabolisma
  • merawat masalah tidur
  • memguatkan dan menggalakkan pertumbuhan tulang bayi bila diamalkan oleh ibu yang menyusu
  • membantu penglihatan yang lebih baik


Aniza Zain Ahmed
Sistem An Nisaa
2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, 47810 Petaling Jaya   
013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap & integratif:
Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut * Makanan Sunnah

No comments:

Post a Comment