7 ayat dalam ummu al-Quran, Surah al-Faatihah |
Dan Kami telah membina atas kamu 7 petala (langit) yang kuat dan kukuh? Surah An Naba ayat 12 |
Ia (Jahannam) mempunyai 7 pintu, bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu (dari mereka yang sesat dan menyesatkan itu). Surah Al-Hijr ayat 44 |
7 hari dalam seminggu : Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis.
7 warna pelangi : violet indigo biru hijau kuning jingga merah
7 kali tawaf kelilingi Kaaba
7 pintu masuk ke Medina akan dikawal oleh 2 malaikat semasa Al-Masih Ad-Dajjal datang untuk membuat kerosakan.
7 kali berjalan ulang-alik antara Bukit Safa dan Marwa
Sujud dalam solat melibatkan penyentuhan 7 bahagian badan iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut dan kedua tapak kaki bahagian jari-jari.
Takbiratulihram dalam solat
Aidil Fitri dan Aidil Adha dilakukan sebanyak 7 kali.
Menurut riwayat Al-Bara' bin 'Azib, Rasulullah SAW telah bersabda, "Lakukan 7 perkara dan jauhkan 7 perkara, iaitu:
7 amalan terpuji:
- mengiring jenazah
- menziarah si pesakit
- menghadiri jemputan
- membantu orang yang susah
- menepati janji
- menjawab salam
- membalas orang yang bersin
7 amalan terlarang:
- mengguna pinggan mangkuk yang dibuat dari perak
- mengguna sudu garpu yang dibuat dari perak
- memakai emas bagi lelaki
- memakai baju sutera
- memakai kain sutera asli yang dinamakan Dibaj
- memakai sutera yang dinamakan Qissi
- memakai sutera yang dinamakan Istabraq
Gambar di ambil dari iklan Louis Vuitton yang kebetulan muncul semasa saya menyiapkan post ini.
Apakah sebenarnya yang ada pada angka 7 yang membuatkannya sering digunakan sebagai kuantiti bagi
beberapa perkara yang penting? Ianya begitu significant dalam ibadah dan amalan-amalan seperti doa dan zikir.
7 lautan, 7 benua, 7 biji batu melontar di Jamrah dan banyak lagi penggunaan nombor ini.
Tiada jawapan yang tepat atau sahih tentang kepentingan maupun maksud angka ini. Namun kita harus mengakui dan menerima apa yang ditunjukkan kepada kita melalui ilmu laduni.
Nyata ada rahsia, keistimewaan, kecantikan, kemujaraban, keajaiban dan menafaat dalam angka yang banyak Allah gunakan dalam Al-Quran. 7 petala langit, 7 petala bumi. 7 pintu Syurga dan 7 pintu Neraka. Di manakah pilihan tempat tinggal kita yang kekal buat selama-lamanya?
Aniza Zain Ahmed
Sistem An Nisaa
2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, 47810 Petaling Jaya
013- 62 60 369
Sistem rawatan lengkap & integratif:
Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut * Makanan Sunnah
|
No comments:
Post a Comment