Friday, October 25, 2013

Sayang Serai

S A L A M — Made a transparent 'Bismillah' feel free to use it...


Serai (lemongrass -nama saintifik Cymbopogon flexuosus) atau idhkhir dalam bahasa Arab biasa digunakan dalam masakan harian orang-orang Melayu. Baunya harum dan rasanya juga menambahkan perisa pada masakan. 
http://cooks.ndtv.com/ingredient/lemongrass-222

Tetapi tahukah anda yang serai juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi? Serai disebut di dalam kitab perubatan Islam dan ternyata kajian klinikal telah menunjukkan serai amat baik sebagai penawar alternatif kerana ia mengandungi antioksidan dan sifat-sifat seperti:
  • anti-bakteria
  • anti-kulat 
  • anti-radang
  • anti-kanser
  • antiseptik
  • anti-parasit

**Terkini! Serai dikatakan mampu membunuh kuman di dalam kencing tikus yang membawa penyakit Leptospirosis.
Rebus serai bersama daunnya dan minum air rebusan tadi.
Serai dapat memecahkan cholesterol dalam badan. Minum air yang telah direndamkan serai yang dikatukkan dan juga sapu badan dengan minyak serai yang dicampurkan dengan minyak sayuran seperti minyak zaitun atau minyak kelapa dara.
http://www.foodsubs.com/HerbsAsian.html


Di antara kegunaan serai dalam perubatan alternatif ialah sebagai antibiotik untuk melawan bakteria Staphylococcus aureus yang boleh bertahan dengan antibiotik kimia atau buatan. Ia juga digunakan untuk melegakan masalah perut, tidur, pernafasan, dan jangkitan kuman. Selain daripada itu, tahap kolesterol terkawal pada tahap yang baik, dan sistem saraf dan pertahanan (immune system) juga bertambah baik. Serai juga digunakan untuk merawat kencing manis, kanser (kerana kandungan antioksidannya), kegemukan dan merupakan agen detoks yang efektif.   

Kandungan minyak pati (essential oil) yang terdapat dalam serai juga digunakan secara meluas oleh pengamal perubatan alternative. Salah satu kegunaanya yang penting ialah untuk kecederaan yang berlaku pada tisu penghubung (connective tissue), juga kepada tendon atau ligamen yang telah koyak, meradang atau rosak dan juga urat hijau yang timbul (varicose veins). 


Lemongrass Essential Oil (15ml)
Minyak pati serai - satu titik bersamaan dengan tiga batang serai.
Boleh diguna dalam masakan kerana minyak pati Young Living adalah gred "therapeutic"
Hanya RM67.50 harga runcit
RM51.50 harga ahli
Selain daripada itu, minyak serai juga berguna untuk masalah respiratori seperti resedung, jangkitan pada buah pinggang dan pundi kencing, kesembapan (edema). Kelesuan, keresahan dan bau badan juga dirawat dengan aromaterapi minyak serai.

Menurut kitab perubatan Nabi, serai membuka halangan-halangan pada saluran darah, merawat keradangan dalam perut, hati dan buah pinggang. Akarnya menguatkan gusi dan perut serta melenyapkan rasa loya. 

Minyak serai juga melindungi aura kita dari kesan merbahaya gelombang elektromagnetik mampu merosakkan sel-sel tubuh manusia. Mandian atau menyapu air ke muka yang mengandungi dengan titisan minyak serai akan meleraikan gelombang-gelombang panas ini. 



Ginger Essential Oil
Gabungan serai dengan halia menghasilkan tindakbalas yang positif dalam sistem tubuh seperti merangsang asid amino dan enzim yang diperlukan untuk proses pencernaan dan penyerapan zat.



Sistem An Nisaa


Aniza Zain Ahmed 
  Kota Damansara, Petaling Jaya   
 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Essential Oils * Urut Tradisional Melayu *

Thursday, October 24, 2013

Hadid - Mineral Bermertabat Yang Mendapat Tempat Dalam Al-Quran

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang







Surah Al Hadid, Ayat 25


Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Topi besi yang bertulis jawi. Tidak pasti samada tulisan 
adalah kalimah atau ayat-ayat 
Al-Quran. 
Gambar dari http://www.naeem.co.za/wp/2012/12/30/new-york-soho/


Baju besi dari Iran
Gambar dari http://www.naeem.co.za/wp/2012/12/30/new-york-soho/

Seperti firman Allah swt di dalam ayat di atas, besi atau hadid di dalam bahasa Arab banyak digunakan untuk membuat peralatan dan pakaian yang diguna dalam peperangan. Penggunaan besi bermula pada zaman Nabi Daud a.s. tatkala perang banyak berlaku. Baca tentang Nabi Daud a.s. di Islam Universal  dan di Kisah-Kisah Nabi Allah.

 


Besi (ferum) merupakan logam pada peringkat pertama. Ia bahan yang biasa terbentuk secara semulajadi di dalam bumi. Apabila logam ini membentuk kristal ia dikenali sebagai mineral hematite.

Walau pun hematite bukan kristal, namun ia tersenarai dan digunakan dalam terapi kristal. Ia dikatakan memberi ketenangan kepada pemakainya dan baik untuk meningkatkan daya tumpuan dan konsentrasi. Tenaga darinya merangsangkan aspirasi dalam membina cita-cita seseorang, meneguhkan pendirian dan kepercayaan pada diri sendiri .

Hematite merangsang penyerapan besi ke dalam usus kecil, dan ini menambahkan bekalan oksigen di dalam tubuh. Perkataan hema bererti darah dalam bahasa Greek dan dengan memakainya di badan dikatakan membantu beberapa masalah berkaitan dengan darah seperti anaemia (kurang darah).


Hematite dalam keadaan berkilat semulajadi
Gambar dari Google
Besi adalah penting pada kehidupan manusia. Mineral ini merupakan sebahagian utama bahan protin dan enzim. Ia berfungsi sebagai pembekal hemoglobin iaitu bahan yang membuatkan warna merah pada darah, bertanggungjawab untuk mengangkut bekalan oksigen ke dalam sel darah dan juga menyelia pertumbuhan sel.








Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *




Tips Memileh Pembekam Dan Tempat Bekam

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Beberapa pasyen telah mengadu kepada saya tentang pengalaman mereka, saudara mereka atau sahabat mereka berbekam di tempat-tempat atau orang-orang yang tertentu. Hal ini amat mengecewakan saya kerana amalan bekam mendapat nama yang tidak baik, walhal ia merupakan kaedah perubatan utama dalam sistem perubatan Islam dan kesannya amat hebat sekali.

Lantas saya rasa saya perlu memberi peringatan dan sedikit tips di sini supaya mereka yang berhajat untuk berbekam akan mendapat rawatan dan perkhidmatan yang sempurna dan terbaik insya Allah. Saya langsung tidak berniat untuk mengganggu periuk nasi pembekam lain, tetapi demi untuk kebaikan dan mempertahankan kemurniaan dan kehebatan rawatan bekam saya perlu bentangkan beberapa amalan yang melanggar etika dalam perubatan bekam.

Perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan apabila memileh tempat bekam ialah seperti berikut:

Tempat bekam 
Bekam sepatutnya dilakukan di dalam kawasan yang elok tertutup sebaik-baiknya di dalam bilik. Dalam etika berbekam sebenar, membuat rawatan di khalayak ramai secara terbuka tidak dibenarkan.

Kebersihan



Bekam perlu dilakukan di mana terdapat 
bekalan air yang mengalir iaitu paip air yang berdekatan. Tempat, peralatan dan tukang bekam perlu sentiasa berada dalam keadaan yang steril dan tanpa air, agak susah untuk memastikan keadaan yang benar-benar hygienic.










Peralatan
Pisau atau lancet yang digunakan wajib dipakaibuang iaitu penggunaan satu bilah untuk satu orang sahaja.


Bilangan cawan
Seperti refleksologi dan akupunktur, bekam juga ada titik-titiknya yang tertentu. Bekam tidak perlu dibuat pada seluruh permukaan kulit seperti gambar di sebelah ini. 

Terutama sekali untuk mereka yang pertama kali berbekam, adalah lebih baik bermula dengan bilangan yang kecil sahaja dahulu. Jika bekam kena pada titiknya yang betul terutamanya titik-titik yang sunnah, tujuh (7) cawan pun sudah mencukupi untuk mendapatkan kesan yang positif.

Antara titik bekam yang sunnah ialah:

1. Kepala (1 titik)
2. Pangkal tengkuk (1 titik)
3. Kedua bahu (2 titik)
4. Kedua belah pinggul (2 titik)
5. Betis (2 titik)
6. Sisi leher (2 titik)


Bayaran *PENTING*
Pastikan berapa bayaran yang dikenakan untuk perkhidmatan bekam. Jika harga mengikut bilangan cawan, bincang terlebih dahulu dengan pembekam bilangan cawan yang akan digunakan dan tetapkan tempat-tempat yang akan dibekam.

Tukang Bekam
Buat sedikit penyelidikan tentang kemahiran dan pengalaman pembekam. Proses membekam agak mudah dan boleh dipelajari dengan sendiri tetapi ada tekniknya yang perlu dipelajari oleh guru-guru yang bertauliah dan berpengalaman.

Sebaik-baiknya cari pembekam lelaki untuk membekam kaum lelaki dan pembekam wanita untuk membekam kaum wanita. 

Wallahua'lam bissowab.




Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *





Wednesday, October 9, 2013

Perak - Lambang Darjat, Pengaruh dan Kehormatan


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW

serta keluarga dan sahabatnya.





Perak disebut di dalam kitab suci Al-Quran ul Kareem sebanyak empatbelas (14) kali, kebanyakannya tentang kegunaan cangkir-cangkir yang diperbuat daripada logam yang berharga ini. Namun demikian, kita diharamkan  menggunakan pinggan-mangkuk serta apa sahaja bentuk bekas minuman yang diperbuat dari perak.


Hadith-hadith pula banyak yang berkenaan dengan pembayaran zakat untuk barang-barang perak yang dimiliki, terutamanya matawang dirham. Zakat perlu dibayar sekiranya lebih dari 200 dirham dimiliki oleh seseorang itu.
Dirham Brunei daripada perak 99.9%

Adalah disahkan bahawa Rasulullah saw memakai sebentuk cincin perak, semata-mata kerana keperluan pada ketika itu. Cincin Baginda diukir dengan kalimah "Muhammad Rasulullah". Cincin ini digunakan untuk mengelak (seal) surat-surat Baginda kerana dikatakan ramai pemerintah tidak akan membaca surat-surat yang tidak ada sebarang tanda.

Baginda Rasulullah saw memakai cincinnya pada tangan kanan tetapi tidak selalu kerana cincin tersebut hanya bertujuan untuk mengelak surat-surat Baginda. Oleh itu, bagi lelaki, memakai cincin tidak diharamkan tetapi tidak juga digalakkan, terutamanya sekiranya memakai cinicin adalah untuk perhiasan atau lebih buruk lagi untuk menunjukkan kekayaan seseorang itu.

  


Kerangka pada Hajr-ul-Aswad diperbuat
dari perak dan di pahat dengan 7 batang paku perak

Perak merupakan logam yang mampu mempengaruhi kedudukan dan pandangan orang terhadap seseorang yang memilekinya. Menurut Maulana Ibn Qayyim al-Jawziyya dalam bukunya At-Tibb Nabawi, seseorang yang memiliki perak dianggap tinggi darjatnya dan dihormati dikalangan ramai. Oleh itu, barangan perak, selain dari matawang, tidak digalakkan dan tidak sesuai untuk dimiliki kerana sifat rasa meninggi tidak patut ada pada orang-orang yang beriman.

Lebih penting, perak dianggap salah satu unsur penawar yang terhebat (ma'junat) terutama sekali apabila dicampurkan dengan madu dan za'faran. Ia membawa sesuatu kebahagiaan dan bermenafaat untuk menenangkan gemuruh, kerisauan dan kesedihan. Tidak pula diceritakan apa bentuk perak yang digunakan.  

Pada satu masa dahulu, satu kaedah perubatan yang menggunakan zarah-zarah perak yang halus bersaiz mikro atau nano yang terapung dalam cecair untuk merawat jangkitan bakteria dan ragi. Perak dalam bentuk ini dikenali sebagai colloidal silver. Walau bagaimana pun bahan bukti masih belum mencukupi untuk mengesahkan keberkesanan bahan ini.



Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *