Thursday, October 24, 2013

Hadid - Mineral Bermertabat Yang Mendapat Tempat Dalam Al-Quran

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang







Surah Al Hadid, Ayat 25


Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Topi besi yang bertulis jawi. Tidak pasti samada tulisan 
adalah kalimah atau ayat-ayat 
Al-Quran. 
Gambar dari http://www.naeem.co.za/wp/2012/12/30/new-york-soho/


Baju besi dari Iran
Gambar dari http://www.naeem.co.za/wp/2012/12/30/new-york-soho/

Seperti firman Allah swt di dalam ayat di atas, besi atau hadid di dalam bahasa Arab banyak digunakan untuk membuat peralatan dan pakaian yang diguna dalam peperangan. Penggunaan besi bermula pada zaman Nabi Daud a.s. tatkala perang banyak berlaku. Baca tentang Nabi Daud a.s. di Islam Universal  dan di Kisah-Kisah Nabi Allah.

 


Besi (ferum) merupakan logam pada peringkat pertama. Ia bahan yang biasa terbentuk secara semulajadi di dalam bumi. Apabila logam ini membentuk kristal ia dikenali sebagai mineral hematite.

Walau pun hematite bukan kristal, namun ia tersenarai dan digunakan dalam terapi kristal. Ia dikatakan memberi ketenangan kepada pemakainya dan baik untuk meningkatkan daya tumpuan dan konsentrasi. Tenaga darinya merangsangkan aspirasi dalam membina cita-cita seseorang, meneguhkan pendirian dan kepercayaan pada diri sendiri .

Hematite merangsang penyerapan besi ke dalam usus kecil, dan ini menambahkan bekalan oksigen di dalam tubuh. Perkataan hema bererti darah dalam bahasa Greek dan dengan memakainya di badan dikatakan membantu beberapa masalah berkaitan dengan darah seperti anaemia (kurang darah).


Hematite dalam keadaan berkilat semulajadi
Gambar dari Google
Besi adalah penting pada kehidupan manusia. Mineral ini merupakan sebahagian utama bahan protin dan enzim. Ia berfungsi sebagai pembekal hemoglobin iaitu bahan yang membuatkan warna merah pada darah, bertanggungjawab untuk mengangkut bekalan oksigen ke dalam sel darah dan juga menyelia pertumbuhan sel.








Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *




No comments:

Post a Comment