Thursday, January 23, 2014

Merungkai Belenggu Sihir, Bhg 3: Membebaskan Diri


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan Selawat ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda.


Dalam bahagian 1, saya telah berkongsi pemerhatian saya tentang masalah merawat pesakit gangguan sihir yang berulang-ulang kerana dirinya sendiri yang declare atau mengaku ada orang yang menyihirnya. Dalam bahagian kedua pula, saya menekan kepada bahayanya pesakit memberi fokus atau tumpuan kepada punca atau orang yang dia percaya menyihirnya.

Dalam bahagian ketiga ini pula, saya akan cuba untuk memberi beberapa tip untuk membantu pesakit gangguan mengatasi masalahnya dengan merubah mindsetnya dan arah fokusnya dari masalahnya kepada penyelesaiannya. 
Focus on the solution, not the problem.

1. Ingat..it's not about them, it's about YOU
Masalah sihir bukan tentang jin, syaitan dan iblis, bukan tentang orang yang menghantarnya dan bukan tentang tujuannya. Ia adalah tentang diri kita sendiri.
Kenapa Allah telah izinkan sihir itu menimpa kita? Apakah kelemahan yang ada pada diri kita yang Allah berkehendakkan kita perbetulkan? Apakah kekurangan yang ada pada diri kita? Ilmu, iman, kekuatan jiwa, keyakinan, sangka baik, keikhlasan atau sifat redha? 

Kadang-kadang kita pasti yang kita ikhlas menolong seseorang itu, tapi bila diuji keikhlasan itu...fail rupanya. Bila orang yang ditolong itu tidak membalas budi kita malah kita difitnahnya lagi, perasaan marah, kecewa atau menyesal akan timbul. Maka taulah kita pertolongan kita tadi sebenarnya kurang ikhlas. Keikhlasan tidak bersyarat. Dalam apa jua keadaan, kita akan rasa selesa melakukannya tanpa mengharap apa-apa pun. 

Begitu juga dengan redha. Kita kata "Aku redha suami kahwin sorang lagi, tapi....". Redha yang setulus-tulusnya tiada tapi tapi..seperti keikhlasan juga, redha yang sebenar-benar redha tiada syarat-syaratnya.

Hakikatnya ujian yang diberi pada hambaNya yang dikasihiNya amat jitu, amat teliti dan amatlah perit kerana terkena terus pada sasarannya iaitu kelemahan kita, dan ego kita. Tak semua orang akan diuji sebegitu rupa. Hanya mereka yang dipilih untuk diangkat darjatnya dan mertabatnya diberi ujian sebegini.

2. Tuntut ilmu dari guru yang mursyid
Mendapat ilmu dari Ustaz Google dan Facebook tidak dikira menuntut ye. Kita kena cari guru-guru yang benar-benar berilmu dengan kitab-kitab dan belajar secara face-to-face dengan mereka. Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap orang Islam dan tidak boleh diambil ringan. Dengan ilmu seperti akidah atau usuluddin, kita akan lebih kenal Allah dan tahu di mana kedudukan kita sebenarnya dan siapa diri kita. Kefahaman dan kesedaran ini akan membuat kita lebih tertumpu pada amalan ibadah dan matlamat hidup kita.  

3. Jangan benarkan ada ruang kosong dalam jiwa 
Ruang yang kosong di dalam jiwa kita akan terisi dengan perasaan dan emosi yang negative. Ini termasuk rasa marah, kecewa, tak puas hati, kesal, bosan, frust, dan minta jauh, perasaan ingin membalas dendam.

Ini pentingnya perkara nombor 2 iaitu menuntut ilmu. Ruang-ruang di dalam hati dan jiwa yang terisi dengan perasaan-perasaan yang negatif akan digantikan dengan cahaya dari ilmu makrifatullah. Cahaya ini ialah penawar jiwa dan dengan izin Allah, semua kesedihan dan kekecewaan dalam hidup akan lenyap. Sifat redha yang sebenar-benarnya akan dimiliki dan ketenangan jiwa akan terus meningkat dan meningkat sehingga kita dapat kekuatan untuk menepis ancaman spiritual dan untuk mengawal gangguan mental dan emosi. 

4. Pegang teguh pada janji Allah
Pesakit-pesakit gangguan sihir biasanya diberi amalan untuk membaca ayat-ayat ruqyah oleh perawat-perawat perubatan Islam, di antaranya ayat 81 hingga 82 Surah Yunus, ayat 118 hingga ayat 121 Surah Al-A'raaf dan ayat 69 surah Thaha. 

Saya akan tanya pesakit, "Puan baca ayat-ayat tu untuk apa, Puan?". Mereka akan menjawab, "Untuk merubat gangguan sihir." Kemudian saya tanya lagi, "Puan ingat apa maksud ayat-ayat tersebut?". "Tak...ustaz suruh saya baca, saya baca lah."

Ayat-ayat itu, jika dibaca tanpa pengertian atau penghayatan, kurang kesannya ke atas apa-apa. Jom kita tengok maksud ayat-ayat tersebut supaya kita boleh dapat tahu rahsia melawan sihir yang sebenarnya.    


Surah Yunus ayat 81 & 82

Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata, "Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir, sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan"



7:118
7:119
7:120
7:121
Surah Al-A'raf ayat 118-121

Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka telah lakukan.
Oleh itu kalahlah Firaun dan ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.
Dan (kemenangan Nabi Musa) menjadikan ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka dan sujud,
sambil berkata: "Kami beiman kepada Tuhan sekalian alam." 


20:69
Surah Thoha ayat 69
Dan lemparkanlah apa yang ditangan kanan mu, nescaya ia akan menelan apa yang mereka perbuat. Sesunguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang."

Nah...berapa janji Allah di sini:

  • Allah akan mendedahkan kepalsuannya
  • Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan
  • batallah (sihir) yang mereka telah lakukan.
  • kembalilah mereka dengan keadaan yang hina
  • dengan sendirinya merebahkan diri mereka
  • apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka)Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang
Jadi kalau kita beriman kepada kitab suci Al-Quran, kita patut pegang teguh pada janji-janji Allah dan anggapkan sihir sebagai tipu daya syaitan sahaja. Tukang dan dalang-dalang sihir pun tidak akan berjaya dan dihina oleh Allah, jadi kita tak perlu rasa geram dengan niat dan perbuatan mereka. Kita tak perlu rasa takut "berjumpa dengan dia" atau "duduk sebelah dia". Kita kena yakin Allah akan tunaikan janji-janjiNya, dan Allah Yang punya Kuasa.
There is nothing Allah cannot do, so leave everything to Him...and trust Him.

Kita sebagai hambaNya hanya perlu taat dan tumpu pada suruhanNya, perbaiki hubungan denganNya dan sentiasa bersangka baik. Jangan sekali-kali menuduh sesiapa pun menghantar sihir. InsyaAllah, anda akan bebaskan diri dari belenggunya.

Wallahua'lam.



Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD) (Alt. Med.)

Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016- 289 1579 / 013-626 0369
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik 
untuk wanita dari wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu * Profil Diri *

Wednesday, January 22, 2014

Merungkai Belenggu Sihir Bhg 2: Bahaya Mengesan Puncanya


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan Selawat ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda.

Di klinik Sistem An Nisaa, pesakit akan didiagnos dan jenis-jenis gangguan yang dialami pesakit akan dipastikan (sejauh mana Allah swt izinkannya). Ini hanya untuk menentukan ayat-ayat yang perlu dibacakan dan diamal, dan juga jenis rawatan yang akan diberikan. 

Tetapi perawat tidak sesekali akan memberitahu pada pesakit punca gangguannya, iaitu dari mana dan dari siapa datangnya sihirnya itu. Asal sihir, tukangnya dan jenis sihir tidak dianggap penting. Samada ianya bomoh dari Siam, sakai atau sebagainya, semua sihir dianggap sama, ianya bathil dan semuanya mengguna makhluk yang sama iaitu syaitan dan iblis. Makhluk ini pula tiada punya apa-apa kuasanya sendiri...semuanya hak Allah swt, dan dengan izinNya juga.

Kadang-kadang ada patient yang merayu supaya diberitahu siapakah yang menyihirnya. Astaghfirullah al Adziim. Kan sihir itu tipu daya syaitan. Mereka akan menipu dan memperdayakan kita, buat kita percaya kepada perkara yang bohong, dan cuba buat manusia bertelagah antara satu sama lain dan saling tuduh menuduh. 


Mengesan punca sihir tidak akan membawa apa-apa kebaikan malah akan membawa banyak lagi akibat yang buruk yang akan memberi kesan pada kedua pesakit dan juga perawat. Di antaranya:
  • mengesan punca datangnya sihir akan membuka satu jalan bagi bomoh untuk detect rawatan yang dibuat oleh pesakit. Bila sudah dikesan, kemungkinan besar, bomoh tersebut akan tambah lagi power untuk counter attack. Kesnya akan menjadi sangat rumit dan complicated.
  • pesakit akan sentiasa memikirkan tentang gangguan sihir itu dan penghantarnya, sipolan. Otak kita adalah satu organ yang merupakan sistem pemancar dan penerima yang amat canggih dan sensitif oleh itu apa sahaja yang difikirkan akan menghasilkan gelombang-gelombang yang boleh sampai ke mana-mana ruang dan masa. Gelombang-gelombang ini sangat cepat dan tepat menghantar isyarat-isyarat. Ini akan memudahkan lagi sihir itu mencari sasarannya. 
  • Sekiranya sipolan itu disyaki yang menghantarnya, walhal sebenarnya dia tidak buat apa-apa pun, kan dah terjadi satu fitnah? Dan kita semua tahu betapa besarnya dosa membuat fitnah. Tak pasal-pasal, mangsa pula yang dapat dosa.
  • Apabila pesakit diberitahu atau pesakit itu sendiri yang mempercayai yang sipolan telah mengsihirkannya, maklumat ini cepat menjadi sebahagian dari sistem kepercayaannya (belief system). Apabila penyakitnya telah sampai ke tahap psychology, maka penyembuhan akan menjadi amat sukar (sila baca post sebelum ini Merungkai Belenggu Sihir Bhg 1: Kenapa Ia Membelenggu).
  • Sekiranya dikatakan oleh seseorang perawat yang orang yang menyihir itu dari kalangan keluarga terdekat, si pesakit akan rasa curiga dan timbul syak wasangka terhadap saudara-maranya. Dan jika perhubungan sudah memang tidak begitu baik dengan menantu dan keluarga ipar sebagai contoh, keadaan rumahtangga akan menjadi lebih teruk lagi. Sama juga jika dikatakan penyihir itu salah seorang dari rakan sekerja, pesakit akan rasa takut untuk pergi ke pejabatnya dan hilang fokus dalam menjalankan tugasnya. Hatinya tak mungkin akan merasa tenang.
  • Kadang-kadang pesakit berkata dia memang tahu punca sihir yang ada padanya. Menurutnya samada sipolan itu sendiri yang mengaku dia telah buat sesuatu untuk menyakiti pesakit itu dengan menggunakan sihir, atau pun pesakit itu sendiri yang ternampak sipolan membuat suatu yang merupakan unsur sihir seperti menabur garam dipintunya dan sebagainya. Tetapi saya tetap meminta pesakit untuk tidak menghiraukan semua itu. 
Jangan terpengaruh. Jangan terpedaya dan tertipu. Jangan mengiakan perbuatannya dan pengakuannya. Jangan asyik bercerita pada orang lain, dan mengulang-ulang ceritanya. 
Salah satu sebab utama pesakit dibelenggu dengan gangguan sihir ini adalah kerana dia membelenggu dirinya sendiri dengan mengulangi cerita yang dia berpegang teguh dalam sistem kepercayaannya. Biasanya si pesakit ini merasa sakit hati dan tidak puas hati, dan dia lepaskan geramnya dengan bercerita berulang kali tentang sipolan yang dia percaya telah menyihirnya.
Pesakit seperti ini perlu bebaskan dirinya daripada cengkaman psychology ini. Pautkan hati pada Allah dan yakin tiada apa pun di antara langit dan bumi yang boleh memudharatkan kita tanpa izin Allah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui yang sebenar-benarnya dan kita serahkan segalanya padaNya.  
Pernah seorang pesakit teringin sangat tahu siapa yang telah menyihirnya, lantas dia melakukan solat hajat untuk memohon petunjuk dari Allah. Dia telah bermimpi dan di dalam mimpi itu dia "nampak" siapa yang menyihirnya. Dia dia amat terkejut, dan dia berpegang teguh kepada kepercayaan yang orang yang di dalam mimpi itulah yang menyihirnya. Dan sudah tentunya, keadaannya semakin teruk selepas dia bermimpi. Soalannya, adakah mimpu itu benar-benar petunjuk dari Allah swt atau tipu daya syaitan atau semata-mata manfestasi apa yang disyakkinya? Apa pun, pesakit itu memang mengambil masa yang sangat lama untuk pulih. 

Perlu diingatkan bahawa sihir ini adalah tipu daya syaitan dan mereka akan sentiasa menipu kita dengan menakut-nakutkan kita, membuat kita mempercayai sesuatu yang bukan hakikatnya dan menganggu fikiran dan emosi kita dengan cara apa sekali pun.

Iblis dan syaitan adalah makhluk yang dilaknati Allah. Mereka tidak berhak mendapat tempat di dalam tubuh kita, tidak patut menguasai kita dan menjadikan kita hamba pada ketakutan. Orang yang syirik pada Allah lah yang patut takut, bukan anda. Tukar mindset supaya kita menjadi hamba pada Yang Haqq disembah.


Daripada kita memikirkan tentang punca sihir, lebih baik kita fokus kepada Kuasa yang mampu menghapuskannya. Berusaha untuk menuntut ilmu dengan seorang guru yang mursyid, terutamanya ilmu usul. Ini adalah salah satu penawar yang paling mujarab untuk merawat diri dan membebaskan diri dari belenggu sihir. 


Wallahu'alam. 






Sistem An Nisaa
Dr.Aniza Zain Ahmed (MD) (Alt. Med.)

Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369 
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
untuk wanita dari wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu *

Monday, January 20, 2014

Merungkai Belenggu Sihir, Bhg 1: Kenapa Ia Membelenggu


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan Selawat ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda.



Dalam pengalaman saya sebagai perawat, ada satu fenomena yang agak nyata tentang proses rawatan dan penyembuhan kes gangguan makhluk halus. 

Saya ingin berkongsi pemerhatian tersebut di sini dengan harapan mangsa-mangsa perbuatan sihir selama bertahun lamanya dan belum lagi mendapat keizninan Allah swt untuk disembuhkan dari penyakit dan masalahnya.

Saya dapati ada beberapa pesakit yang amat susah untuk baik, atau pun gangguan yang di alaminya datang berulang-ulang. Setelah membuat rawatan membaca surah-surah tertentu berkali-kali, mandi, bekam dan sebagainya, gangguan itu tetap datang. Dah ok dua tiga minggu, dia akan telepon atau mesej saya untuk memberitahu dia diganggu lagi.

Memang ada di antara pesakit yang agak sedikit amalan mereka, kadang-kadang solat pun ada yang tertinggal, aurat tidak ditutup sempurna dan jarang sekali menyentuh apa lagi membaca Al-Quran. Memang mudah diganggu syaitan sekiranya amalan tidak begitu sempurna, tetapi walaupun begini, Allah tetap izinkan dia sembuh juga. 

Ada pula di antara mereka yang begitu kuat iman dan amalan mereka, masyaAllah, solat tahajjud tak tinggal, berpuasa sunat, membaca Al-Quran tak putus-putus...tapi mereka mengalami masalah yang sama...gangguan yang berulang-ulang. Mereka redha dengan ujian Allah dan terus berusaha dan usaha lagi untuk memulihkan diri...tetapi mengapa Allah masih tak izinkan mereka sembuh?   

Kadang-kadang ada yang sampai obses dengan gangguan sihir yang ada pada dirinya dan apabila bercerita dengan saya, dia tetap menuduh seseorang itu. Biasalah...orang itu selalunya mak mertua, madu atau girlfriend suami, bekas suami atau isteri dan kadang-kadang seseorang di pejabatnya yang dia rasa ada perasaan dengki terhadapnya. 

Biasanya saya akan memintanya supaya dia berhenti menuduh seseorang itu terlebih dahulu. Tetapi jika pesakit terlalu terikat dengan sistem kepercayaannya (belief system), sangat sukar untuk merubah corak pemikirannya. Jika sudah ke tahap kronik kepercayaannya itu, saya memohon dia mencari perawat yang lain saja kerana dia hanya akan membazir duit dan masanya mendapatkan rawatan dan perkhidmatan daripada saya. Kerana masalahnya tidak akan selesai selagi dia terus menuduh dan menyalahkan orang lain di atas gangguan yang Allah sudah takdirkan ke atasnya.

Sebenarnya saya pun tak sanggup melihat pesakit seperti ini terus berkeras menyatakan dia disihir sipolan. Kerana setiap kali dia mengucap demikian, dia bukan dianiayai oleh orang lain tetapi sebenarnya dia yang menganiayai dirinya sendiri.

Ada satu persamaan yang ketara di antara golongan pesakit ini. 

Dari pemerhatian saya yang serba da'if ini...sebab utama mereka kerap diganggu secara berulang-ulang kali ialah kerana mereka ada menyebut, mengesyaki, mempercayai atau ada perasaan takut yang seseorang itu telah melakukan perbuatan menghantar sihir kepada diri mereka.

Boleh dikatakan kesemua kes saya yang tidak sembuh mengatakan dan percaya bahawa mereka telah disihir oleh seseorang yang mereka kenali atau ketahui. 

Memang benar sihir itu adalah perbuatan orang yang syirik pada Allah Ta'ala. Tetapi ia berjaya kerana dan hanya diizinkan Allah. Mengapa Allah telah mengizinkannya? Adakah Allah berlaku zalim pada hamba-hambaNya? Sudah pastinya tidak. 

Allah hanya menguji mereka dengan cara yang amat halus dan teliti...pada mereka yang Dia cukup kasihi dan sayangi. Dia tidak izinkan mereka ada secebis pun perasaan syak pada seseorang. Dia ingin melihat hamba-hambaNya yang dipeliharaNya dengan cukup baik benar-benar beriman padaNya secara total.

Saya sentiasa nasihatkan kepada pesakit supaya jangan fikirkan tentang sihir itu dan orang yang menghantarnya. Kita perlu fokus pada Allah, pada kuasaNya, pada pertolonganNya, pada perlindunganNya, pada rahmahNya dan pada penyembuhan dariNya. Yang paling penting kita perlu fokus dan perbaiki perhubungan kita denganNya, dan buang segala rasa takut pada perbuatan manusia. Itu sahaja sebenarnya.

Sekiranya perhubungan dan kebergantungan padaNya itu benar-benar wujud secara total, kita sedikit pun tidak akan "risau yang sipolan tu akan buat sesuatu".
Tidak akan ada sedikit pun dihati perasaan marah, geram, sakit hati, kecewa, risau, was-was, takut pada orang itu dan apa dia akan buat atau apa dia mungkin akan buat.

Tidak akan ada sedikit pun syak wasangka semasa bersalam dengannya, makan makanan hidangan atau pemberiannya, berkunjung ke rumahnya atau duduk di sebelahnya, kerana kita yakin dengan janji Allah yang Dia akan melindungi kita, dan kita takut hanya pada Dia, azab seksa balasanNya...bukan pada sihir, dan bukan pada manusia.

Bukan kah kita lafaz:




Dengan nama Allah, yang tiada memberi mudharat (padaku) sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Jika dihayati kalimah ini sedalam-dalamnya, kita akan yakin dengan kuasa dan janji Allah. Dengan keyakinan yang kukuh itu, sihir itu akan menjadi habaa an'manthuura (debu yang berterbangan) dan sedikit pun tidak memberi mudharat pada kita. Allahu akbar.

Wallahua'lam. 

Bersambung di bahagian ke 2, insya Allah.






Sistem An Nisaa
Dr.Aniza Zain Ahmed (MD) (Alt. Med.)

Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016- 289 1579 / 013- 62 60 369 
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik 
untuk wanita dari wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu *

Friday, January 10, 2014

Panduan Memilih Habbatus Sauda


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan Selawat ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda.


Syukur alhamdulillah, kini semakin ramai memilih untuk beramal dengan makanan sunnah, bukan sahaja sebagai supplemen tetapi sebagai penawar untuk menggantikan ubat-ubatan kimia. 

Makanan sunnah bukan sahaja mampu mencegah penyakit tetapi juga menjadi assabab menyembuhkan penyakit. Ini adalah kerana hampir kesemuanya  mengandungi antioksidan yang meneutralkan atau menyahkan unsur radikal bebas yang merosakkan sel tubuh dan menyebabkan sel menjadi kanser, radang dan memusnahkan sel dan tisu tubuh seperti yang berlaku dalam penyakit auto-immune.

Salah satu daripada makanan sunnah yang diketahui ramai menjadi penawar semua penyakit kecuali mati seperti yang disebut di dalam banyak hadith-hadith yang sahih,  ialah habbatus sauda.

Habatus sauda (nigella sativa) adalah biji dari sejenis pokok yang hampir-hampir merupai bijan hitam. Kelebihannya diterangkan di dalam post bertajuk "Minyak Habatus Sauda - Penghancur Segala Penyakit". Sila klik di tajuk untuk membacanya. 


Gambar dari http://www.hilalplaza.com/blackseed.html

Dengan timbulnya kesedaran dikalangan orang Islam terutamanya tentang keberkesanan habbatus sauda maka terdapatlah pelbagai jenis jenama minyak ini yang dijual di pasaran terutama di kedai-kedai Arab yang merata. Malah bukan sahaja minyak tetapi terdapat juga habbatus sauda dalam bentuk kapsul bagi mereka yang tidak gemar rasa biji atau minyaknya.

Namun apakah kriteria yang perlu dipertimbangkan semasa membeli habbatus sauda? Berikut di antara perkara-perkara yang perlu diketahui dan diteliti sebelum memilih dan mengamal habbatus sauda:


BIJI
Biji habbatus sauda boleh dikunyah begitu sahaja atau di tumbuk halus dan dicampurkan dengan bahan lain. Masalahnya kadang-kadang biji habbatus sauda yang belum diproses mengandungi bahan-bahan seperti logam berat. Jika diamalkan secara berpanjangan, biji yang tidak dibersihkan terlebih dahulu mungkin lebih memudharatkan dari memenafaatkan.

Biji habbatus sauda yang terbaik datang dari negara Mesir, dan sekiranya biji adalah berkualiti baik, hanya tujuh biji diperlukan setiap hari untuk maintain tahap kesihatan yang baik.

KAPSUL/SOFTGEL
Habbatus sauda yang dijual di dalam bentuk kapsul atau softgel sesuai untuk mereka yang tidak gemar rasa biji atau minyak ini.  Namun biji dan minyak akan melalui banyak proses untuk dijadikan kapsul/softgel dan banyak khasiatnya mungkin terhapus. Kapsul/softgel habbatus sauda mengandungi hanya sedikit sahaja minyak. 

Walaupun kapsul/softgel lebih mudah dimakan, namun adalah amat rugi kerana keberkesanannya akan berlaku apabila ianya berada di dalam perut dan seterusnya diserap ke dalam tubuh melalui sistem penghadaman. 

Sebaliknya, dalam biji atau minyak, proses penyembuhan mula berlaku sebaik saja minyak menyentuh lidah. Dalam beberapa micro saat saja, isyarat-isyarat akan dihantar ke otak dan tindakbalas biokimia mula berlaku untuk memulakan proses penyembuhan. Ini adalah kelebihan pada rasa habbatus sauda yang sungguh unik.

Bagi orang Islam, perlu juga mengenalpasti sumber setiap bahan yang digunakan dalam proses pembuatan kapsul/sofgel. 


MINYAK
Minyak habbatus sauda lebih mudah dihadam dan diserap oleh sistem tubuh. Minyak yang terbaik diproses dengan kaedah "cold-press" iaitu diperah minyaknya tanpa menggunakan haba.

Kebanyakan minyak yang dijual diperah sekaligus dan bukan secara berperingkat. Minyak yang diperah sekaligus kelihatan agak keruh dengan adanya mendapan biji yang hitam di bawah botol. 

Banyak jenama minyak habbatus sauda yang terdapat di pasaran dicampurkan dengan minyak lain seperti minyak bijan. 


Minyak habbatus sauda yang biasa didapati. Bijinya diperah
sekali gus, warnanya agak gelap dan berkeladak. 

MINYAK DARA
Minyak habbatus sauda perahan pertama yang tidak menggunakan sebarang bahan kimia atau haba adalah yang terbaik. Hasil dari minyak yang diproses sebegini diklasifikasikan sebagai "extra virgin" atau minyak dara.

Minyak habbatus sauda tulin rasanya agak kuat, agak pedas dan "menangkap" di bahagian tekak.


Minyak habbatus sauda "extra virgin" yang kelihatan
jernih dan berwarna keemasan dan berkilauan.
Di antara kelebihan minyak "extra virgin" atau dara:

  • kebanyakan zat nutrisi dikekalkan dan tersimpan
  • lebih antioksidan untuk mencegah dan merawat penyakit
  • lebih halus dan mudah diserap oleh sistem tubuh
Image may contain: drink
Minyak Habbatus Sauda BVBF RM45/110gm
RM80/225gm


Minyak habbatus sauda terlalu banyak khasiat dan kegunaannya. Ianya harus diamalkan oleh setiap orang Islam dengan yakin dan istiqamah, dan insya Allah kita akan dijauhkan pelbagai penyakit kronik.

Habbatus sauda mampu membina semangat yang kuat dalam pengamalnya dari segi spiritual, emosi, mental dan fizikal, dan ini adalah sesuatu kehebatan dan kelebihan pada penawar perubatan Islam yang tidak mungkin dapat dicipta atau wujud dalam mana-mana ubat buatan manusia. 

Dapatkan Minyak Dara Habbatus Sauda  Sistem An Nisaa di Farmasi Islam Online



Sistem An Nisaa


Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
013- 62 60 369 
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
Essential Oils* Urut Tradisional Melayu *

Wednesday, January 1, 2014

Bunga Cengkih


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan Selawat ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda.


Di antara bahan makanan kegemaran saya ialah herba dan rempah, dan bunga cengkih adalah antara yang paling saya suka.


Bunga cengkih (Syzugium aromaticum) ialah putik bunga dari pokok cengkih. Pokok cengkih adalah agak tinggi dan tumbuh di kawasan tropika dan subtropika. Ianya lazim digunakan dalam masakan kerana aromanya yang mengharumkan makanan baik yang berbentuk gulai maupun manisan seperti pencuci mulut. 

Bahan yang membuatkan bunga cengkih ini berbau harum dikenali sebagai eugenol. Bahan ini juga yang menjadikan rempah ini mempunyai nilai perubatan dan menjadikannya suatu penawar alternatif kepada ubat-ubatan kimia untuk masalah tertentu.


Di antaranya ialah mengelakkan darah dari membeku (blood clotting) dan melancarkan pengaliran darah. 

Di bawah ini disenaraikan masalah-masalah dan penyakit-penyakit yang dapat dirawat atau dikurangkan dengan penggunaan minyak pati bunga cengkih:

Masalah mulut, gigi dan gusi: kegunaan bunga cengkih atau minyaknya yang paling diketahui adalah untuk rawatan radang gusi, gigi berlubang, ulser mulut dan nafas berbau. Unsur pembasmi kuman menjadikan minyak ini baik untuk melegakan sakit gigi. Tetapi awas, jangan guna tanpa nasihat pakar kerana minyak bunga cengkih tulin adalah panas dan boleh "membakar" tisu mulut yang lembut.

Jangkitan: minyak bunga cengkih mengandungi bahan antiseptik dan antikulat oleh itu ia digunakan untuk merawat luka-luka, kudis, ketumbit di mata dan jangkitan-jangkitan pada kulit.

Keradangan: Bunga cengkih mengandungi flavanoid iaitu bahan anti-radang. Oleh itu ianya boleh digunakan untuk melegakan kesakitan dan stress yang akibat dari keradangan di kepala, sendi, tulang, kulit dan sebagainya. 

Respiratori: bahan eugenol yang wangi dan mempunyai kadar meruap yang tinggi berkesan melegakan gangguan pada tekak dan paru-paru yang menyebabkan batuk, selsema, radang, sakit dan semput. Juga membantu melegakan masalah bersin dan hidung berair akibat dari resedung.

Perut dan penghadaman: mengeluarkan angin, sedu, makanan tidak hadam, loya dan mabuk. Sekali lagi, eugenol iaitu bahan yang membuatkan bunga cengkih itu wangi yang memberi kesan terhadap masalah-masalah perut dan angin. 

Minyak bunga cengkih adalah salah satu minyak pati yang boleh digunakan oleh ibu mengandung. Baunya yang segar dan tajam membantu dalam masalah morning sickness, loya dan muntah-muntah yang dialami oleh ibu yang hamil.

Darah: Eugenol bahan terpenting dalam bunga cengkih membersihkan dan mencairkan darah. Ini sangat penting kerana pengaliran darah yang bersih dan beroksigen tinggi sangat diperlukan untuk sel, tisu, organ dan seterusnya sistem tubuh berfungsi dengan optimum.

Bagi mereka yang menghidap kencing manis sering menghadapi masalah saraf dan pengaliran darah yang kurang lancar. Akibatnya mereka kehilangan keupayaan dalam otot-otot, merasa kebas dan lenguh seluruh tubuh badan.

Kajian-kajian menunjukan mekanisma tindakbalas insulin postpandrial dan glukos adalah lebih terkawal selia dengan adanya usur bunga cengkih dalam sistem tubuh. 



Cara yang paling mudah mengguna bunga cengkih untuk mendapatkan khasiatnya ialah dengan meletakkan beberapa kuntum dalam air atau teh yang panas, tutup dan dibiarkan seketika sehingga air/teh menjadi suam. Minum setiap hari. 

Bunga cengkih yang dikeringkan juga boleh dikunyah sehingga hancur lumat supaya minyaknya dihasilkan, tetapi jangan dilakukan setiap hari. Tiga kuntum sekali makan untuk dua kali seminggu sudah memadai.

P.S. Minyak bunga cengkih tulin adalah panas dan boleh "membakar" kulit atau tisu yang nipis. Jangan guna terus pada kulit atau dalam mulut. Dapatkan nasihat dari pakar untuk cara menggunakan minyak bunga cengkih.




Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369 
(Whatsapp/SMS sahaja)
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu *