Saturday, July 17, 2010

Buah Delima - Buah Permata Dari Syurga


Setiap biji Buah Delima yang tumbuh di muka bumi ini, benihnya dikatakan datang dari Syurga. Buah ini berkali-kali diulangi di dalam Al-Quran, dan ianya tergulung di antara buah yang dihidangkan kepada penghuni Syurga. Sudah tentu ada keistimewaan dan rahsia yang terkandung dalam buah ini.

Buah Delima pada asasnya terdiri dari alkaloid dan polyfenol. Bahan aktif yang bertanggungjawab menjadikan Buah Delima ini punyai pelbagai khasiat perubatan ialah asid Ellagic. Asid Ellagic ialah unsur bahan fenolik yang berlaku secara semulajadi dalam beberapa jenis buah-buahan dan kekacang. Asid ini sangat berkesan dalam melindungi sel dari ancaman unsur radikal bebas. Bahan unsur fenolik lain yang dinamakan anthocynadin bertindakbalas bersama asid Ellagic untuk menggandakan lagi kuasa antioksidannya dalam meneutralkan radikal bebas.

Buah Delima merupakan bahan antioksidan dan anti-virus yang sangat aktif. Dalam tahun 1966, sekumpulan ahli kaji dari sebuah University di Nottingham mendapati Buah Delima dapat menghapuskan beberapa virus pada sentuhan sahaja.

Bahan Asid Ellagic Dalam Buah Delima
Ujian awal ke atas buah ini juga menunjukkan bahawa asid Ellagic dalam Buah Delima dapat mengurangkan ketumbuhan pada paru-paru yang disebabkan oleh pendedahan atau pencemaran dari bahan kimia. Aplikasi ke atas kulit juga mengurangkan tumor pada kulit.

Asid Ellagic juga punyai beberapa mekanisma tindakbalas yang membolehkannya bergabung dengan DNA untuk mengelakkan dari perubahan karsinogenik (bahan yang menyebabkan kanser). Ia dapat merangsang pengeluaran enzim detoksifikasi yang membolehkan tisu-tisu menyahtoksin bahan merbahaya.

Yang paling menakjubkan asid Ellagic mempunyai kuasa luarbiasa untuk menahan sejenis protin tirosin kinase, sejenis molekul yang aktivitinya ada kaitan dengan jenis virus yang mampu merubah sel biasa menjadi sel kanser.

pomegranate
Buah yang manis dan terlalu cantik ini rupanya sangat hebat. Ia mampu membaikpulih sel yang rosak. 
Pendek kata asid Ellagic dalam Buah Delima mempunyai kebolehan semulajadi untuk melindungi dan membaikpulih sel sehingga ke tahap DNA yang diancam unsur-unsur yang menyebabkan kanser.

Buah Delima membantu masalah berkenaan darah seperti tekanan tinggi atau rendah, penyakit darah genetik seperti talasemia, penyakit autoimun seperti SLE, masalah-masalah jantung, barah dan alat kelamin.

Kajian menunjukan Buah Delima mampu meleraikan sumbatan pada arteri, merawat artherosclerosis, mengawal hipertensi dan memperbaiki profil lipid dalam tubuh. Buah ini juga berfungsi mengawal tahap kolesterol dan trigliserid yang baik.
pomegranate
Buah yang datang dari syurga

Sel barah-barah seperti barah paru-paru, payudara, kulit, prostat dan kolon terkawal dan terencat pertumbuhannya dan tidak merebak menurut kajian-kajian yang dibuat. Ini adalah kerana kandungan antioksidannya yang memiliki unsur anti-kanser.



Aniza Zain Ahmed
Sistem An Nisaa
2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, 47810 Petaling Jaya   
013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap & integratif:
Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut * Makanan Sunnah

No comments:

Post a Comment