Wednesday, July 14, 2010

Minyak Cendana - Keharuman dari Zaman Kegemilangan Islam



Khasiat Minyak Pati Cendana
Minyak pati Kayu Cendana sangat menenangkan dan tabib-tabib dahulu biasanya berbau Minyak Cendana supaya pesakit-pesakit yang mereka rawat akan merasa tenang, hening dan nyaman. Keadaan ini akan memudahkan proses penyembuhan.


• Anti Septic: amat baik sebagai antiseptik untuk mencegah jangkitan daripada melarat menjadi septik.

• Anti Radang: memberi kesan yang menyejukkan dan memberi kelegaan kepada keradangan dan demam akibat dari gigitan berbisa dan jangkitan kuman

• Anti Kejang: Minyak Cendana adalah bersifat penenang oleh itu ia mampu menenangkan otot-otot, saraf dan urat darah dan melegakan kekejangan.

Minyak Cendana adalah minyak urut yang sangat  berkesan merihatkan otot-otot
• Astringent: mempunyai sedikit kuasa astringent di mana minyak ini mampu menegangkan kulit, menguatkan otot dan menguatkan gusi untuk memegang gigi.

• Pencerah: membantu melegakan kulit dan mengurangkan parut dan bintik-bintik pada kulit

• Buang angin: dengan merihatkan otot-otot usus dan abdomen, angin akan dibebaskan dan juga tidak akan terkumpul dalam perut.

• Diuretic: melancarkan pengeluaran air kencing dan sekiranya terdapat jangkitan atau keradangan dalam sistem kencing, minyak ini membantu menambah jumlah air kencing yang keluar.
Gunakan wangian Cendana dalam rumah untuk menyahkan unsur-unsur perosak dalam udara
Pembasmi kuman: berkesan sebagai racun serangga, hama dan kuman. Cara penggunaannya ialah dengan mengasapkan rumah dengan setanggi. Amalan ini sebenarnya dilakukan oleh Rasulullah SAW sendiri untuk menyahkan unsur-unsur tidak baik dalam udara dan ianya bukan amalan yang berasaskan ugama lain. Tetapi perlu berhati-hati kerana setanggi yang bermutu rendah mengeluarkan asap yang banyak tapi harumannya kurang. . Lebih baik untuk menggunakan Minyak Pati Cendana di dalam “burner” aromaterapi. Untuk mengelakkan jangkitan kuman pada luka-luka dan kudis pada kulit, masukkan Minyak Pati Cendana dalam air mandian atau sapu Minyak Cendana Cinta Sistem An-Nisaa’ pada kulit.
Sila lawat http://farmasiislamonline.blogspot.com

-->
  • Pelembap: sangat baik untuk melembapkan, melembutkan dan menghaluskan kulit, melindunginya dari jangkitan dan keradangan dan juga menjadikan kulit sejuk dan segar.
  • Ekspektoran: berkesan merawat jangkitan kuman yang menyebabkan batuk, selsema, radang tonsil dan beguk.
  • Kebanyakan minyak wangi terkenal di pasaran  menggunakan Sandalwood sebagai "base oil"
  • Menguatkan Memori: menguatkan memori, mencerdaskan fikiran dan menajamkan tumpuan, membuahkan pemikiran positif dan matang.



Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

1 comment: