Wednesday, July 14, 2010

Madu - Penawar Mukjizat Dari Al-Quran

“Madu ialah penyembuh bagi setiap penyakit dan Al-Quran ialah penyembuh bagi penyakit dalam hati (jiwa). Kerana ini hendaklah kamu selalu menggunakan dua penyembuh iaitu Al-Quran dan madu.”


H.R. Al- Hashim dalam “Al-Mustadrak”
Ibnu Masnudz (r.a.)
Madu adalah makanan lengkap yang dihasilkan oleh lebah yang merupakan makhluk yang amat taat pada suruhan Tuhannya, bijak dan rajin


Madu sangat cepat dan mudah diserap ke dalam saluran darah (dalam masa tujuh minit) untuk merangsang otak dan menjadi tenaga. Ia adalah makanan bagi roh maka ia sangat baik untuk menjana semangat dan jiwa yang kental. Hidrogen peroksid merupakan bahan aktif yang memberi madu kesan antibakterianya. Madu merupakan bahan awet semulajadi (“the trustworthy preserver“) yang mengekalkan kesegaran makanan oleh itu makanan di dalam perut tidak cepat reput dan busuk. Madu menambahkan keaktifan (memangkin) atau menambah tenaga kepada penawar yang lain. Ia bersifat laxative dan diuretik, mencuci hati dan paru-paru dengan mendetoksifikasikan organ-organ tersebut.

Oleh kerana madu mengandungi lebih dari 5000 compound yang berlainan, ianya membantu manusia dari segi fizikal seperti membina struktur tubuh dan juga mengoptimasikan fungsi-fungsi system tubuh. Dari segi emosi dan mental, bukan sahaja kandungan glukos dalam madu yang membantu malah khasiat dari bunga-bungaan yang mengandungi lebih dari 2500 compound beraroma dan semerbak campur asid amino dan mineral dalam madu.
Lebah mengambil nektar dari beribu jenis  bunga dan pokok oleh itu  terdapat pelbagai kompoun dalam  madu yang dihasilkan. Tidak mungkin manusia memakan begitu banyak jenis tanaman untuk mendapat kebaikan dan khasiatnya! 
Dari segi spiritualnya, penyebutannya dalam Al-Quran adalah bukti yang ianya mengandungi pelbagai rahsia, yang ghaib dan yang nyata, dan jelas orang-orang yang mengamalkan madu memiliki suatu kekuatan dalaman dari segi semangat, emosi dan daya fikiran yang ketara.

Dari segi perubatan, lebih penting dari kandungan vitamin, mineral dan zatnya ialah kandungan antioksidannya, kuasa antibacterial, antivirus, antikanser, antitumour, antikulat, antimikrob antiradang dan analgesicnya (painkiller).

Antioksidan yang terdapat dalam madu termasuk flavanoid dan asid fenolik (phenolic acids). Banyak kajian yang telah dan sedang dilakukan tentang keberkesanan madu dalam perencatan pertumbuhan sel kanser. Campuran madu dengan cuka buah merangsangkan keaktifan potassium, mineral yang sangat perlu dalam keseimbangan cecair sel yang sihat. Bukan sahaja menjadi minuman yang sedap dan menyegarkan bahkan menjadi penawar yang sangat efektif dalam rawatan kanser. Tidak hairanlah mengapa Baginda Rasulullah SAW amat menggemari minuman campuran madu dengan air sejuk. Air sejuk lebih baik digunakan kerana air yang panas telah kehilangan oksigen dan juga haba akan mematikan enzim yang terdapat dalam madu.
Biarkan air teh sejuk sedikit sebelum mencampurkan madu supaya enzim tidak musnah

Madu juga merupakan agen antimikrob yang mana gabungan kimianya sangat kompleks dan merangkumi spectrum yang sangat luas. Bagaimana madu berfungi sebagai antimikrob dari segi tindakbalas kimia belum diketahui tetapi sifat-sifatnya yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, kandungan air yang rendah, sifat asidnya, kandungan enzim dan komponen dari tanaman adalah di antara bahan-bahan yang dapat melawan pelbagai mikroorganisma.

A sweet reminder, use honey to give heat to the body by pouring it into water and drink. To cool the body, pour water into honey and drink! Use cold water, like our Prophet pbuh did and loved. Hot water kills enzymes in the honey.


Keradangan (inflammation) adalah respon tubuh terhadap jangkitan, kegatalan (irritation) atau kecederaan. Kesakitan, kemerahan, kepanasan dan bengkak adalah ciri-ciri utama keradangan. Ia merupakan satu keadaan semulajadi oleh sel tubuh untuk merangsang penyembuhan pada tisu. Tanpa respon ini, luka dan jangkitan tidak akan sembuh. Namun jika berlaku keradanagan yang kronik, ia boleh melarat menjadi kanser, alahan, artherosclerosis dan rheumatoid arthritis.

Pesakit-pesakit kanser bahagian kepala dan leher yang perlu melalui rawatan radioterapi mungkin mengalami kecederaan pada sel-sel yang sihat dan mengakibatkannya terdedah pada keradangan. Ianya banyak berlaku di dalam mulut yang dikenali sebagai mucositis. Pesakit-pesakit yang diberi 20ml madu untuk dimakan sebelum, sejurus selepas dan 6 jam selepas radioterapi mengalami keradangan mucositis ini jauh lebih kurang daripada pesakit yang tidak diberi madu.
MADU - penawar yang merawat pelbagai penyakit kronik  yang paling sedap dimakan
Kajian juga menunjukkan bukti-bukti yang madu amat berkesan dalam rawatan HIV, hepatitis, mengekang simtom vasomotor (simtom-simtom menopos), masalah dan keradangan gusi dan banyak lagi penyakit dan simtom.




Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

No comments:

Post a Comment