Tuesday, July 13, 2010

Hebatnya Penawar Perubatan Islam

Rahsia Minyak Zaitun masih banyak belum  diketahui namun ia diketahui mengandungi polyphenols yang penting untuk mencegah penyakit kronik

-->

PENAWAR PERUBATAN ISLAM ADALAH ANTIOKSIDAN

Alangkah indah dan mudahnya Perubatan Islam, penawar-penawarnya semua dalam bentuk makanan semulajadi yang menjadi sebahagian dari kejadian manusia. 

Hebatnya ilmu yang diajarkan oleh junjungan besar Nabi SAW, rupanya hampir kesemua penawar yang disarankan Baginda lebih 1400 tahun dahulu mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi.

Antioksidan adalah bahan semulajadi dalam makanan yang dapat meneutralkan dan membaiki sel –sel tubuh yang telah teroksid oleh unsur radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang telah kehilangan casnya. Ini menjadikan unsur radikal bebas tidak stabil dan ianya pula cuba mencuri cas dari atom lain yang berdekatan. Unsur ini akan berpaut dengan sel sihat dan menjadikan sel tersebut teroksid, mengalami kerosakan dan tidak dapat berfungsi dengan normal.
Madu, penawar mukjizat yang penuh dengan antioksidan



Unsur radikal bebas yang berlebihan merosakkan sel hingga ke tahap DNA dan menyebabkan sel kanser untuk membiak. Oleh itu, bahan makanan yang mengandungi antioksidan yang dapat melindungi dan mengelakkan daripada sel-sel teroksid dengan meneutralkan unsur radikal bebas juga dikatakan anti-kanser. Bayangkan lebih 1400 tahun dahulu, Rasulullah SAW telah pun mengajar umatnya tentang pemakanan yang dapat membantu kita mengelak dari terkena penyakit kronik zaman sekarang yang sangat ditakuti.
Asap rokok paling banyak menghasilkan radikal bebas di udara


Antioksidan juga adalah pengawet muda yang paling selamat dan berkesan dan juga menjauhkan dari penyakit “degenerative” di mana sel-sel, tisu atau organ hilang upaya untuk berfungsi secara optima.


Sel kanser barah. Pada tahun 2004, statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan satu daripada empat warga akan menghidap penyakit ini.


Amalan mengambil makanan yang disebut di dalam Al-Quran dan Hadith secara konsisten setiap hari akan meneutralkan radikal bebas dalam tubuh yang merosakkan sel. Malah sesetengah makanan seperti buah delima mampu membaik pulih sel ditahap DNA yang telah rosak akibat pencemaran dan keracunan.

Sila layari http://farmasiislamonline.blogspot.com untuk melihat pelbagai jenis makanan yang dijadikan penawar di dalam rawatan pelbagai penyakit menurut kaedah Perubatan Nabi yang ternyata terlalu banyak rahsia dan keberkatan. Pemakanan atau penawar-penawar ini merupakan suatu rahmat dan nikmat dari Allah swt dan amatlah rugi sekiranya orang Islam tidak mengamalkannya untuk menjaga kesihatannya seperti yang telah diamanahkan pada kita sejak Luh Mahfuz lagi.




Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

No comments:

Post a Comment