Sistem An Nisaa |
Sistem An Nisaa adalah kaedah merawat penyakit dengan mencari puncanya untuk mencapai penyembuhan yang sebenar dan bukan setakat merawat simtom yang akan mencapai tahap kelegaan sahaja.
Sistem An Nisaa merupakan satu sistem perubatan yang menggabungkan beberapa kaedah rawatan yang mengikut syari'ah. Applikasi setiap kaedah rawatan berasaskan ilmu tauhid dan juga ilmu perubatan yang saintifik. Sebenarnya kedua-dua ilmu tersebut tidak dapat dipisahkan kerana ilmu Al-Quran mengandungi banyak ilmu saintifik yang hebat dan lengkap.
Perubatan Islam atau Perubatan Nabi adalah ilmu yang datangnya dari kuasa Mutlak, Yang Maha Mencipta segala-galanya, Yang Maha Mengetahui segala-galanya, ilmu yang pasti, tepat dan lengkap.
Sebaliknya, ilmu perubatan konvensional atau allopathy kebanyakannya di kaji oleh orang-orang bukan Islam yang bersifat polytheist dan atheist. Apabila tidak ada pengakuan tentang adanya Tuhan yang Maha Esa, tidak mungkin ilmu mereka akan sampai ke tahap kerohanian dalam kajian, kesimpulan dan penyelesaian mereka yang berasaskan trial and error.
Hanya orang Islam yang mendapat kedua-dua Ar-Rahmaniah dan Ar-Rahimiah akan dapat mengkaji ilmu jauh lebih mendalam dan menyeluruh sekiranya kajian itu sentiasa berpaksikan ilmu tauhid.
Proses rawatan dalam Sistem An Nisaa merangkumi empat langkah iaitu:
- Bermula dengan solat hajat, niat, doa-doa serta ayat-ayat ruqyah dan Al-Quran yang khusus untuk setiap pesakit.
- Bekam cara sunnah iaitu bekam darah dengan torehan.
- Mandi Air Sejuk
- Rawatan dibantu dan disokong oleh penawar-penawar seperti Sakanjabin Sistem An Nisaa, Penawar 7 Sistem An Nisaa, Madu Tualang dan Madu Hutan Sabah Sistem An Nisaa, Minyak Zaitun Rawatan Sistem An Nisaa, Minyak Habbatus Sauda Rawatan Sistem An Nisaa, Minyak Zaitun Laleli, Minyak Tujuh Bunga Sistem An Nisaa, Minyak Syuniz Syifa‘ Sistem An Nisaa, Minyak Kelapa Dara Sistem An Nisaa, Pati Buah Delima Sistem An Nisaa, Pati Kurma Sistem An Nisaa’, Garam Kristal Himalaya, Garam Lulur Asy-Syifa’ An Nisaa, Cuka Sari Epal dan Tamar, Green Propolis, Stevia Balance dan minyak-minyak dalam siri rawatan aromaterapi .
AL-QURAN
Sistem An Nisaa menggunapakai ayat-ayat suci Al-Quran sebagai penawar utama dalam merawat pesakit. Al-Quran adalah penawar bagi semua penyakit rohani dan jasmani dan di dalamnya terdapat rahsia-rahsia yang dapat memberi petunjuk dalam mengubati setiap penyakit yang diketahui dan tidak diketahui, gangguan dan masalah bagi setiap insan yang beriman kepada Allah Yang Maha Esa.
Diagnosis dengan kaedah apa sekali pun tidak akan memberikan 100% gambaran yang sebenarnya. Ketidakpastian atau rahsia di dalam setiap penyakit adalah diserahkan balik kepada Maha Penciptanya, dan ketidakpastian ini dirawat secara total dengan ayat-ayat Al-Quran yang menyimpan penawarnya.
Dalam Perubatan Islam, roh manusia adalah entity yang paling mustahak dan diutamakan dalam rawatan.
Roh akan kekal selama-lamanya manakala jasad akan reput dalam masa tiga bulan sahaja setelah dikbumikan. Roh yang "sihat" akan menentukan tahap kesihatan emosi, mental dan juga fizikal seseorang.
Sistem An Nisaa menggunakan kaedah tertentu untuk memetik dan mengapplikasikan ayat-ayat atau surah-surah tertentu untuk setiap pesakit individu. Kaedah ini amat berkesan tetapi keberkesanannya bergantung kepada tahap penerimaan dan disiplin pesakit individu tersebut dalam mengamalkannya mengikut peraturan yang diberikan. Ciri-ciri yang perlu ada pada pesakit supaya penerimaan terhadap rawatan adalah pada tahap yang optimum ialah keikhlasan, kemaafan, ketenangan, redha dan kesyukuran pada Illahi.
Objektif Sistem An Nisaa ialah supaya setiap individu mengenali dirinya, lantas akan dapat mengenali Penciptanya dan seterusnya memperbaiki hubungannya dengan Nya dan mencintaiNya dengan sepenuh hati, jiwa dan raganya.
Hati yang berharap dan takut hanya pada Allah swt akan menguatkan roh, minda dan jiwanya, dan dengan secara automatik sel-sel dalam tubuh akan mendapat satu tenaga luarbiasa untuk bekerja mencari keseimbangan homeostatic. Agen-agen yang melawan penyakit iaitu antibodi dan semua sistem-sistem tubuh akan befungsi dengan optimum dan harmoni.
Solat khusyu' dan berdoa' adalah amalan ibadah yang juga merupakan penawar bagi merawat penyakit rohani dan juga jasmani. Solat Taubat dianggap sebagai penawar yang sangat mujarab apabila dilakukan dengan ikhlas dan rendah hati. |
Al-Quranul Kareem - Nur ala nur, cahaya di atas cahaya |
Kuasa tenaga yang menjadi khasiat penyembuhan yang amat berkuasa ini dapat menusuk sehingga ke tahap DNA. Sel-sel yang rosak atau tercemar akan dibaikpulih dan kod-kod genetik yang terubah kerana amalan dan corak pemikiran yang salah, racun, kimia serta pemakanan yang haram atau tidak sempurna akan tersusun semula.
BEKAM
Berbekam sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW sebagai kaedah rawatan utama dan Baginda telah berpesan supaya ummatnya berbekam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidupnya. Berbekam adalah rawatan yang mudah dan selamat untuk semua jenis penyakit termasuk yang kronik, kecuali kenyanyukan.
Berbekam adalah sunnah Nabi dan memberi terlalu banyak faedah kepada manusia. Rawatan ini bukan setakat "membuang darah kotor" tetapi juga memberi kesan positif kepada kerohanian pesakit itu. |
Sistem An Nisaa hanya mengapplikasikan kaedah berbekam mengikut cara sunnah, iaitu bekam darah dengan torehan pada lapisan kulit luar. Apabila cara ini dilakukan, semua bahan toksin, lendir, lemak dan angin akan keluar. Ini dapat dilihat pada keadaan darah semasa dibekam.
MANDI AIR SEJUK
Amalan mandi air sejuk sebagai rawatan terdapat di dalam Al-Quran dan juga Hadith. Sila lihat
http://sistemannisaaonline.blogspot.com/2011/06/inilah-air-yang-sejuk-untuk-mandi-dan.html
PENAWAR
MANDI AIR SEJUK
Amalan mandi air sejuk sebagai rawatan terdapat di dalam Al-Quran dan juga Hadith. Sila lihat
http://sistemannisaaonline.blogspot.com/2011/06/inilah-air-yang-sejuk-untuk-mandi-dan.html
Rawatan mandi air sejuk untuk gangguan, penyakit dan masalah terdapat di dalam Al-Quran (Surah Sad ayat 42) dan juga hadith sahih Muslim Bukhari. |
PENAWAR
Sebahagian dari rangkaian penawar sistem An Nisaa untuk merawat gangguan, pelbagai penyakit dan masalah. |
Delima - di antara penawar terhebat dalam Perubatan Islam |
Kini ramai pengamal naturopathy sudah mengenalpasti kegunaan-kegunaan bahan-bahan ini. Namun demikian oleh kerana tahap kerohanian dan kesucian bahan-bahan ini sangatlah tinggi, kajian yang dilakukan oleh orang bukan Islam tidak akan sampai ke tahap itu jika berbanding dengan kajian yang dilakukan oleh seorang yang beriman kepada Allah swt. Apa sahaja kajian atau pengamatan yang dilakukan bila disertakan oleh sifat takjub dan tawadhuk terhadap Maha Pencipta yang Maha Agung akan menghasilkan keputusan dan rumusan yang sangat mendalam, di luar jangkaan dan menjangkaui batas pemikiran lojik.
Semua ramuan yang disediakan oleh Sistem An Nisaa dipertenagakan oleh solat hajat, selawat, ayat-ayat syifa’, ayat-ayat dan doa’-doa’yang dipetik dari Al-Quran dan hadith-hadith.
Siapalah kalau bukan Tuhan kami, Yang Maha Esa dan Maha Pencipta yang paling mengetahui tentang kejadian manusia,
isi kandungan tubuh manusia,
sistem dan fungsinya
dan bagaimana cara betul dan terbaik untuk menjaga dan merawatnya.
Aniza Zain Ahmed
Sistem An Nisaa
2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, 47810 Petaling Jaya
013- 62 60 369
Sistem rawatan lengkap & integratif:
Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut * Makanan Sunnah
No comments:
Post a Comment