Monday, November 26, 2012

Laleli - Minyak Zaitun Antara Terbaik di Dunia!




Laleli Olive Oil atau Minyak Zaitun Laleli dikeluarkan oleh keluarga Dr Yahya Laleli di ladang-ladang yang dijaga persekitarannya untuk mengawal kualiti minyaknya di Teluk Edremit di negara Turki. (Click link ini untuk biodata ringkas Dr Laleli).



Buah zaitun dari kawasan ini adalah di antara yang terbaik di dunia. Hasilnya, Minyak Zaitun Laleli mendapat pengiktirafan antarabangsa dan telah menerima pelbagai anugerah. Ini termasuk Gold Medal untuk Minyak Zaitun Extra Virgin-nya di “World Specialty Commodities Cultures of Exception” di Paris, Perancis.


Minyak Zaitun Extra Virgin adalah minyak yang mengandungi tidak lebih dari 0.8% asid bebas. Kualiti minyak yang unggul adalah bergantung kepada:
  • persekitaran pokok zaitun
  • kaedah penuaian
  • teknik pemerosesan
  • kaedah penyimpanan dan
  • kaedah pembotolan
Kualiti minyak zaitun dapat ditentukan secara kuantitatif dan kualitatif. Kaedah analitikal menentukan tahap degradasi kimia seperti berikut:-

1. ASIDITI BEBAS
Merujuk kepada peratusan kandungan berat asid oleik bebas. Apabila kualiti minyak merosot, semakin banyak asid lemak terbebas daripada gliserid dan tahap asiditi bebasnya meningkat.


2. TAHAP PEROKSIDA
Merujuk kepada peratusan kandungan berat peroksida yang dihasilkan apabila minyak teroksida menjadi tengit.
Kualiti minyak zaitun juga ditentukan secara kualitatif melalui ciri-ciri organoleptiknya. Rasa yang sederhana pahit, pedas, segar dan beraroma buah-buahan adalah di antara ciri-ciri organoleptik yang baik. Sebaliknya, rasa pahit yang kuat, berasa seperti tanah, tengit atau hambar merupakan ciri-ciri organoleptik yang tidak baik.



MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN ANCIENT
Dihasilkan dari pokok-pokok buah zaitun yang berumur lebih dari 200 tahun. Buah dipetik dengan tangan sahaja dan hanya yang separa ranum dan bersaiz lebih dari 16mm dipilih. Dihasilkan menggunakan proses cold-press dan mengandungi kandungan asid lemak yang tinggi, nilai peroksid rendah (kurang dari 9mg O2/kg), asid bebas yang rendah (0.7% maksima) dan flavanoid yang tinggi (Vitamin E 195mg/kg).
RM60.00, 250ml





ANCIENT
RM60/250ml


MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN SELECTION
Rasa buah zaitunnya amat ketara dan hanya buah lebih besar dari 16mm dipilih, kebanyakannya buah dari awal musim. Mengandungi Vitamin E 197 mg/kg, kurang dari 0.5% asid bebas dan kurang dari 8 mg O2/kg peroksid. 



SELECTION
RM60, 500ml


MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN EARLY HARVEST


EARLY HARVEST
RM60/500ml

(Di saankan untuk rawatan PENYAKIT DAN MASALAH GANGGUAN0



MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN ORGANIC
Dihasilkan dari buah yang dipetik tangan pada awal musim dari pokok-pokok zaitun yang ditanam menggunakan teknik-teknik pertanian tertentu tanpa menggunakan sebarang racun perosak atau baja yang mengandungi bahan kimia daripada penanaman pokok sehinggalah ke proses pembotolan. Kandungan asid lemaknya tinggi dan ianya kaya dengan flavanoid.

Kandungan antioksidan Vitamin E tinggi iaitu 185 mg/kg, tahap asid bebas rendah iaitu kurang dari 0.5% dan tahap peroksid yang juga rendah iaitu kurang dari 7 mg O2/kg


ORGANIC
RM78/500ml

MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN, EARLY HARVEST
Early Harvest adalah minyak yang diproses dari buah-buahan yang paling awal. Buah-buahan yang paling awal dikatakan mempunyai sifat tertentu yang menjadikannya lebih superior dan lebih istimewa dari buah-buahan yang keluar kemudiannya.

Rasa minyak ini lebih kelat (sharp) dan segar. Nabi Muhammad SAW telah bersabda dalam satu hadith yang bermaksud "Makanlah buah-buahan pada awal musimnya."





MINYAK ZAITUN VIRGIN FOR COOKING (UNTUK MASAK)
Hanya minyak zaitun yang "virgin" boleh digunakan untuk memasak malah minyak ini amat baik untuk "deep-frying". Terdapat penukaran lemak baik Omega-3 dengan Omega-6 daripada ikan yang digoreng kepada minyak zaitun yang menjadikan minyak yang digunakan lebih berkhasiat. Minyak zaitun boleh digunakan semula sehingga lima kali.




Sila hubungi 016- 289 1579 (SMS/Watsapp sahaja), e-mail ke sistemannisaa@gmail.com atau hantarkan mesej di Facebook untuk membuat pesanan. 
Pembayaran boleh di buat melalui bank-bank berikut: 

Maybank 1647 2600 7185 (Aniza Zain Ahmed) 
CIMB 1423 0065 5725 28  (Aniza Zain Ahmed) 
Bank Islam 1419 5020 0480 45 (Aniza Zain Ahmed) 
RHB 2625 0004 57 (Sistem An Nisaa).

* Harga di atas tidak termasuk kos penghantaran


[Originally written by Dr Aniza Zain Ahmed. Edited and re-arranged by Mat Cendana on 8 March 2011]




Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

From Thyme To Thyme

Sol-U-Guard Botanical, left and Sol-U-Mel, right.
In the foreground is the Tea Tree Oil

This is rather unusual of Sistem An Nisaa but notwithstanding, these wonderful products produced by Melaleuca - The Wellness Company, are definitely worth showcasing in this blog as I have found them to be indispensable as cleaning and disinfecting agents.

All Melaleuca's products contain the magical tea tree oil; they're safe to use as they do not contain hazardous chemicals and they smell so pleasant. But most important of all, they're very effective as claimed despite using botanicals as their active ingredients.  

Thyme sprigs
The Sol-U-Guard in particular, contains thyme, lemon grass and clove oil, the former two of which are considered as foods/substances mentioned and used in prophetic medicine (a medical faculty taught and practised by the prophet Muhammad pbuh).  This is one of the main reasons why I advocate the use of these products and feature them here.

Lemongrass or idhkhir in Arabic

Thyme or satr/zatr in Arabic
Cloves

It is said that the Messenger of God, prophet Muhammad pbuh said: "Fumigate your houses with frankincense and thyme." 

Dried thyme
Even though this hadith is not reliable.However research show that due to it's volatile oil thymol content, thyme is anti-bacterial, antiseptic and has powerful medicinal properties especially beneficial to the respiratory system. It is used in the treatment of coughs, colds, asthma, coughs, laryngitis, sinusitis, sore throats and tonsillitis. It expels phlegm and fights infectious diseases, killing bacteria such as the E.coli, staphylococcus and salmonella, as well as 99.9% of household germs. Read the report here

The Sol-U Guard Botanical is used by diluting the liquid and spraying the solution using a spray bottle. This leaves the room or area sprayed with a very pleasant, herbal scent and feeling very clean and fresh.



Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *


Friday, November 23, 2012

Kurma - Khazanah Kudrat dan Khasiat




Pati Buah Kurma Sistem An Nisaa adalah buah kurma yang telah dikisar hingga menjadi cecair pekat yang sangat halus seperti madu. Oleh yang demikian pati kurma juga dikenali sebagai "madu kurma", "sirap kurma" atau "nektar kurma". Dalam bahasa Arab manisan ini disebut sebagai dibs. Persediaan sebegini adalah untuk mereka yang tahu dan ingin mengamalkan makan kurma kerana khasiatnya yang terlalu banyak, tetapi tidak mampu memakannya dalam bentuk asalnya. 

Oleh kerana buah kurma adalah kadang-kadang melekit jika dalam keadaan lembap atau basah, kotoran dan habuk kemungkinan akan melekat pada buahnya semasa perjalannya dari negara asalnya ke pusat penjualan. Oleh itu lebih selamat juga jika kita amalkannya dalam bentuk pati yang mana buahnya tidak banyak dipegang dan dipindah-randahkan dan diproses sebaik sahaja buahnya masak.



Buah kurma disebut lebih dari 20 kali di dalam Al-Quran. Di dalam kitab Perubatan Islam pun diulangi dan diulangi tentang kebaikannya. Sudah tentunya ada terlalu banyak keistimewaan dalam buah ini. 

Kurma adalah di antara manisan yang terbaik dimakan seperti yang disebut di dalam ayat-ayat Al-Quran selain dari madu dan halwa. Kurma sangat tinggi zatnya, dengan kandungan gula ringkas yang lebih mudah hadam berbanding dengan mana-mana buah lain. 


Terdapat bermacam-macam jenis buah kurma dan dimakan mengikut pelbagai peringkat. Kurma diklasifikasikan mengikut peringkat-peringkat berikut:

Peringkat pertama, belum masak : Busr atau hababouk (paling awal), khimri atau jimri

Peringkat kedua, separa masak atau hampir masak tetapi masih keras : khalal atau balah   

Peringkat ketiga, ranum : rutab

Peringkat keempat, masak dan kering: tamar

Rasulullah SAW telah bersabda: "Makan balah dengan tamar, sesungguhnya syaitan menganggap anak Adam yang memakan kedua-dua ini, dan mengatakan:  anak Adam akan kekal hidup sehingga ia makan apa yang baru bersama yang tua (masak).

Diriwayatkan oleh al-Nisa'i dan Ibn Maja dalam Sunan, 
dari hadith Hisham b. 'Urwa, dari ayahnya, dari A'isha.  

Pati kurma dibuat menggunakan tamar di mana pada peringkat ini, buah kurma mengandungi tannin yang tinggi. Sukros pula telah bertukar menjadi 
glukos dan fruktos yang mudah diserap dan terus memulihkan tenaga dengan cepatnya. Membuka puasa dengan kurma adalah sunnah dan ternyata adalah makanan yang paling baik kerana sebab ini.


Seperti kebanyakan makanan dalam Perubatan Islam, kurma mengandungi kandungan potassium yang tinggi untuk memastikan keseimbangan cecair sel-sel tubuh berada dalam keadaan yang baik.




Selain dari potassium, vitamin-vitamin dan mineral penting yang lain seperti calcium, sulphur, zat besi, phosphorousmanganesecopper dan magnesium, semuanya sangat penting supaya organ dan sistem-sistem tubuh berfungsi dengan baik.


Yang lebih penting kurma mengandungi kandungan tannin yang tinggi di mana terdapatnya polyfenol (bahan antioksidan) yang banyak.


Khasiat Kurma
  • Masalah usus: Ia berfungsi sebagai agen pencuci dan pembersih oleh kerana kandungan serat semulajadinya yang tinggi. Oleh yang demikian Pati Kurma Sistem An Nisaa ini amat berkesan untuk masalah usus, perut, sembelit, masalah abdomen termasuk kanser abdomen. Kandungan niacin dalam kurma dapat menengani berbagai masalah usus. Amalan harian Pati Kurma akan menghasilkan penumbuhan bakteria dan organism baik dalam usus. Ia merupakan julap (laxative) semulajadi yang amat mujarab.
  • Pembekal tenaga yang sangat efisien

  • Masalah berat badan: Untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa kehilangan tenaga, ia sangat sesuai kerana semua khasiat di dalamnya akan diserap dengan mudah, kemudian ia akan mengurangkan kelaparan dan keinginan untuk makan.

  • Masalah jantung: Sangat membantu membina kekuatan jantung, dan dari psikologinya ia juga membina semangat dan tenaga spirit.

  • Kelemahan daya seksual: Resepi untuk meningkatkan daya seksual - campurkan 2 sudu besar Pati Buah Kurma Sistem An Nisaa dengan segelas kecil susu kambing, serbuk buah pelaga dan Madu Tualang Sistem An Nisaa untuk meningkatkan stamina dan juga kesuburan lelaki dan wanita. Rasanya teramat sedap.

  • Tonik Kesihatan: Ramuan ini sangat sesuai untuk ahli sukan terutama sukan angkat berat kerana kurma mengandungi unsur-unsur yang mampu membina otot-otot. Ia pemberi tenaga yang sangat cepat, apatah lagi apabila dicampur dengan Cuka Buah Kurma dan air sejuk, dijadikan minuman yang sedap, menyegarkan dan juga menghilangkan dahaga. 


Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

Wednesday, November 14, 2012

Permulaan Suatu Hijrah

Islamic Calligraphy
Dengan nama Allah Yang Maha Pengaseh 
lagi Maha Penyayang



Inilah dia kalimah indah yang kita ucapkan sebelum memulakan sebarang pekerjaan. Niat kita sudah terakam dengan ucapan ini, iaitu apa sahaja yang kita lakukan, adalah "Dengan nama Allah..."

Secara lazimnya, apabila melafazkan kalimah ini, kita mengharapkan "keselamatan" atau perlindungan Allah, dari melakukan sebarang kesilapan,  atau kesusahan dalam melakukan sesuatu perkara. Mungkin ada yang menginginkan keberkatanNya (blessings) juga dengan ucapan Bismillah ini.

Ada pula yang melafazkan kalimah ini secara automatic atau spontan kerana kebiasaan. 

Walau apa pun, biarlah kita betul-betul menghayati kebesaran kalimah agung ini, dan menjadikannya pengaruh yang besar dalam kehidupan dan pekerjaan harian kita, pada sifat kita, pada cara pemikaran kita, pada tindak tanduk kita...pada jiwa kita.

Untuk memulakan tahun baru hijrah hari ini, 1 Muharam 1434, bersamaan 15 November 2012, saya terpanggil untuk menulis tentang kalimah   بسم الله الرحمن الرحيم  yang menjadi permulaan segala perbuatan. 
Yang ingin difokuskan di sini ialah nama-nama yang Allah pilih di dalam kalimah ini, iaitu "Ar-Rahman" dan "Ar-Rahim". Di antara 99 nama yang diberitahuNya kepada hamba-hambaNya, 
Allah telah memilih nama-nama yang menggambarkan sifatNya yang memberi, yang pemurah, yang perihatin dan yang menunjukkan penuh kesian.

Mengapa Allah tidak memilih nama yang menunjukkan sifatNya yang berkuasa tiada had atau batasnya seperti Ya Qawiyyun atau Ya Jabbar? Atau nama-nama yang menunjukkan kebijaksanaanNya yang tiada bandingan seperti Ya 'Alim dan Ya Hakim...

Saya tidak pasti apakah jawapannya yang sebenar, namun yang saya pasti, kasih, sayang dan cinta adalah perasaan atau emosi yang terlalu kuat dan berpengaruh, yang mampu menzahirkan niat dan hasrat, yang mampu memanifestasikan sesuatu pada tahap getaran menjadi nyata dengan terbentuknya molikul dan zarah.

Kasih dan sayang adalah raja kepada semua emosi yang lain dan kita seharusnya bersandarkan setiap niat dan perbuatan kita kepada perasaan kasih dan sayang ini (kepada Dia). 

Dengan cinta dan kasih sayang ini, penyembuhan penyakit akan berlaku pada tahap zahir dan batin. Dan kita akan dapat melihat banyak "keajaiban" (miracles) yang berlaku dalam hidup kita.
Di dalam ayat ke 3 Surah Al-Fatihah, Allah sekali lagi memilih nama "Ar-Rahman" dan "Ar-Rahim". Surah Al-Fatihah merupakan ibu Al-Quran dan inti pati segala pengajaran dan hukum dalam Islam. 

Oleh itu, sangat jelas kedua sifat ini seharusnya ada pada kita juga, supaya kita menjadi insan yang taat pada suruhanNya dan sentiasa berada di atas jalan yang betul dan yang terbaik untuk diri kita dunia akhirat. Supaya segala perbuatan dan keputusan yang kita ambil adalah yang tepat.

Kita harus mempelajari dan benar-benar memahami secara mendalam maksud kedua nama teragung itu dan mengenal sifat itu. Baru kita akan dapat merasakan cinta padaNya, iaitu cinta yang hakiki, cinta yang sebenar dan cinta yang kekal.  

Oleh itu, apa kata, pada tahun baru ini, kita merubah fokus kita dalam kehidupan ini lebih kepada memberi. Bercinta dan berkasih sayang tanpa mengharapkan  balasan. Bukan bercinta dan berkasih sayang untuk memenuhi keinginan diri sendiri.  

Kita cuba buang sifat mementingkan diri sendiri, Buat kerja-kerja yang boleh memanafaatkan dan menggembirakan orang lain. Sentiasa fikirkan cara untuk membuat sesuatu yang boleh merubah kehidupan orang lain supaya menjadi lebih baik atau selesa.

Kita buang ego yang tidak mahu memaafkan orang, perasaan marah dan benci pada orang walaupun kita bukan yang melakukan kesalahan. Ini bukan mengalah, ini sebenarnya mengalahkan ego kita yang hanya akan membebankan jiwa kita dengan perasaan "ketidakpuasan hati". 

Atau perasaan pandang rendah dan hina terhadap orang yang kurang berada atau kurang pelajaran, orang yang belum dapat hidayah dan orang yang tersesat, tergelincir dan membuat kesilapan yang besar dalam kehidupan mereka. 

Bukalah hati kita seluas-luasnya, sebesar-besarnya, dan terimalah kekurangan dan kesilapan orang lain. Kita ni pun bukannya sempurna mana pun, hanya Allah Yang Maha Sempurna.



Mencintai Allah kerana Dia Yang Maha Mencintai, kerana Dia yang menciptakan kita, bukan kerana inginkan pahala, bukan kerana inginkan syurga. MencintaiNya kerana Dialah Ar-Rahman, kerana Dialah Ar-Rahim. Kerana Dia amat mencintai kita.

Salam Maal Hijrah semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah swt dan dipenuhi dengan kasih sayang rahmah dariNya dan juga dari manusia. 

Tuesday, November 6, 2012

Susu - Minuman Yang Mengalir Bagai Sungai di Syurga

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah saw
serta sahabat dan keluarganya.



"Dan sungguh, pada haiwan ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari apa yang ada dalam perutnya (berupa) susu murni antara kotoran dan darah, yang mudah telan bagi orang yang meminumnya."
Surah An Nahl, ayat 66
Kambing biri-biri baka Australia yang diternak
di Bentong, Pahang

Susu bukan sahaja makanan sunnah, tetapi diklasifikasikan sebagai makanan Quran kerana ia disebut beberapa kali di dalam al-Quran. Ayat di atas mengajar manusia tentang salah satu nikmat Allah swt yang datang dari ternakan, dan terdapat kebaikan dan khasiat di dalamnya.

Yang lebih istimewa lagi, susu merupakan salah satu minuman yang disediakan di dalam Syurga, seperti firman Allah swt dalam ayat tersebut:

"Perumpamaan taman syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa; di sana ada sungai-sungai yang airnya tidak payau, dan sungai-sungai air susu yang tidak berubah rasanya...."
Surah Muhammad, Ayat 15

Dua miniman telah dihidangkan kepada Rasulullah saw oleh Jibrail semasa perjalanan Baginda dalam isra' dan mikraj iaitu arak dan susu. Baginda memandang kepada kedua hidangan itu dan telah memilih susu atau laban di dalam bahasa Arab.


Maka Jibrail pun berkata: "Syukur kepada Allah Yang Memberi Petunjuk kepadamu kepada sesuatu yang menjadi fitrah, sifat semulajadi manusia, sesungguhnya seandainya kamu memilih arak, umatmu akan sesat." 

Jenis-jenis susu:
Ada beberapa jenis susu baik yang disebutkan dalam kitab perubatan Islam; yang terbaik ialah susu biri-biri. 
Selain daripada itu, disebut juga susu lembu, kambing, unta (baik untuk rawatan penyakit terutamanya masalah hati) dan susu keldai. Semuanya baik dan boleh diminum kecuali susu keldai. 

Susu kuda tidak disebut di dalam kitab tetapi yang diperlu diambil perhatian ialah susu kuda mengandungi kandungan asid lemak rangkaian sederhana (MCT)  yang tinggi.
Antara kebaikan susu biri-biri:
  • Susu adalah tinggi khasiatnya dan adalah sangat sesuai bagi fitrah manusia.
  • Minum dengan madu untuk mencuci ulser di dalam perut.
  • Susu biri-biri memutihkan kulit.
  • Susu kambing sesuai untuk melegakan ulser dalam tekak dan batuk yang kering.
  • Untuk memudahkan mendapat zuriat, suami dan isteri masing-masing ambil segenggam kurma, buang bijinya dan kisar. Campurkan dengan susu kambing dan minum. Amalkan sekali dalam seminggu. 
  • Melegakan keradangan ekzema.

Khasiat susu kambing lebih daripada susu lembu dari segi nutrisi. Antara kandungan susu kambing:

VITAMIN
  • 47% lebih vitamin A
  • 25% lebih vitamin B 
       - riboflavin (B2)
       - 3 kali ganda niacin (B3)
       - thiamin (B1)
       - cobalamin(B12)
       - pyridoxine(B6)
       - panthothenic acid (B5)
       - folate
  • vitamin C
MINERAL
  • 13% lebih kalsium
  • 134% lebih potassium
  • 4 kali ganda lebih kuperam
  • 27% lebih selenium (antioksidan)
  • besi
  • sodium
  • fosforus
  • magnesium
  • zink
  • manganese
PROTIN - ASID AMINO 
  • asid amino (tryptophan), sejenis asid amino yang diperlukan oleh manusia tetapi tidak dapat dihasilkan oleh sistem tubuh.
  • Casein
LEMAK DAN ASID LEMAK
  • lemak tepu
  • lemak mono tak tepu
  • lemak poly tak tepu
  • asid lemak linolik dan arachnodnik
  • asid lemak rangkaian pendek dan sederhana
  • asid lemak omega 3 dan omega 6
KABOHIDERAT


LAIN-LAIN KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING
  • Oligosaccharid (bahan anti-radang)

Susu kambing mengandungi kurang laktos dan bahan yang menyebabkan alahan iaitu casein protein, alpha-S1. Oleh itu, susu kambing lebih sesuai diberi kepada bayi yang sensitive atau alah pada laktos.

Susu kambing juga tidak mengandungi agglutinin, iaitu bahan yang menyebabkan lemak dalam susu bergumpal lantas menjadikannya lebih mudah untuk dihadam. Apabila tindakbalas dengan asid dalam perut, lepa protin yang dihasilkan adalah lebih lembut dan lebih mudah untuk dihadam.

Susu kambing juga membantu dalam penyerapan mineral besi, fosforus, magnesium dan kuperam di dalam usus. Keupayaan ini mampu menjauhkan atau merawat masalah anemia (kurang darah) dan kereputan tulang (osteoporosis).

Seperti Minyak Kelapa Dara, susu kambing juga mengandungi lemak tepu. Walau bagaimana pun, kedua-dua penawar ini mengandungi trigliserid rangkaian sederhana (MCT) yang punyai sifat membakar lemak dan menurunkan berat badan.

  
Beberapa tip dalam amalan minum susu:
  • Apabila minum susu, berdoalah: "Ya Allah, berkatilah susu ini, dan dengannya tambahkanlah rezeki kami. Sesungguhnya tiada minuman atau makanan lebih baik yang mampu menggantikan, kecuali susu."
  • Jika minum susu biri-biri, campurkan dengan sedikit air.
  • Kumur dengan air selepas minum susu.
  • Jangan minum terlalu banyak susu.
  • Jangan minum susu sekiranya tengah demam atau sakit kepala.
  • Untuk mereka yang tidak atau jarang mengamal susu dan ingin memulakan amalan sunnah ini, kemungkinan akan mengalami keluar kahak atau sakit sendi. Keadaan ini boleh dielakkan dengan menambahkan madu dan halia pada susu.
  • Jangan minum susu dengan buah.
  • Jangan minum susu dengan ikan.

Artikel ini bukan bertujuan untuk membuat diagnosis atau rawatan untuk sebarang penyakit atau masala. Sila berjumpa dengan pengamal perubatan profesional untuk mendapat nasihat selanjutnya.


Aniza Zain Ahmed
Sistem An Nisaa
2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, 47810 Petaling Jaya   
013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap & integratif:
Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut * Makanan Sunnah

Friday, November 2, 2012

Antara Keimanan dan Kemodenan


Salah satu agenda penting pada awal pagi Juma'at ialah mendengar program TV "live" tentang hal-hal agama dan hari ini saya agak teruja juga kerana penceramahnya agak terkenal. Beliau seorang doktor perubatan dan ahli akademik yang banyak menerapkan unsur-unsur keIslaman dalam kajiannya. Beliau juga telah menulis beberapa buah buku tentang Perubatan Islam dan sudah tentu saya memberi perhatian penuh untuk mendengar hujah-hujah dan keterangannya.

Namun alangkah terkejut dan kecewanya saya bila beliau melabelkan "perubatan moden" sebagai Perubatan Islam semata-mata kerana  mendiagnos pesakit dilakukan oleh kedua-dua kaedah perubatan, maka kata beliau, ada persamaannya. Saya tersangat keliru dengan statement tersebut dan tidak senang hati dibuatnya.


Dari definasinya lagi, perkataan "moden" itu yang bermaksud "pertaining to a current time and style" sudah tidak menepati ciri-ciri Perubatan Islam. Islam, agamanya dan ilmu perubatannya adalah "pertaining to all time", dari zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah hingga ke hari Kiamat nanti. Kehebatannya, relevannya dan applikasinya menjangkau terlalu jauh dari "perubatan moden" dan tidak mungkin dapat dibandingkan.

Perubatan "moden" lebih banyak ke arah merawat penyakit atau masalah yang mana sel, tisu atau saraf dalam tubuh sudah rosak atau sebenarnya sekadar menghilangkan atau menenggelamkan simtom-simtom penyakit. Manakala Perubatan Islam lebih menekan kepada pencegahan penyakit dan masalah. Ini adalah kerana Perubatan Islam bermula dari tahap spiritual manusia, roh manusia yang menguasai segala yang berlaku dan akan berlaku kepada kita.

Sihat di tahap spiritual maka sihatlah dari segi fizikal dan juga emosi dan mental. Solat, puasa, sedekah, zikir dan lain-lain ibadah semuanya merupakan penawar kepada rohani kita yang mempengaruhi keadaan manusia pada setiap tahap. Solat tahajjud telah disahkan dapat meningkatkan sistem immune manusia dalam satu kajian yang telah dibuat. Setiap pergerakan dalam solat ada fungsi dan menafaatnyanya pada otot-otot, saraf, tulang atau organ-organ dalam tubuh. Ramai yang sudah mengetahui bahawa sujud itu banyak kesannya pada tubuh, hakikatnya berdiri tegak sebelum mengangkat takbir pun sudah ada yang berlaku pada sistem tubuh. 

Pemakanan dan cara hidup iaitu cara solat, cara mengambil wudhu', cara tidur, cara berjimak dan lain-lain juga penting untuk menentukan kesihatan level spiritual kita. Ikut sahaja semua amalan-amalan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insyAllah hidup kita akan sentiasa tenang, ceria, selamat dan penuh kesyukuran walaupun datang ujian, musibah dan sebagainya.

Perubatan yang dikatakan "moden" langsung tidak mengambilkira kepentingan spiritual dan kewujudan alam ghaib. Bagaimana ianya boleh dikatakan Perubatan Islam? Ia mengutamakan dan menerima hanya ilmu "evidence-based", bagaimana perkara-perkara ghaib boleh dibuktikan? Hakikatnya alam ghaib dan energinya sangat mempengaruhi manusia dan keadaannya dan merupakan faktor utama yang perlu dijaga dan didiagnos dan dirawat ketika ada penyakit. 
Ibn Sina - klik di namanya untuk melihat betapa banyaknya sumbangan
beliau di dalam alam perubatan. 


Tetapi Allah swt telah berfirman yang ada perkara-perkara yang tidak boleh diketahui manusia, dan ada perkara-perkara yang hanya akan diketahui oleh orang-orang tertentu sahaja mengikut pilihan dan kebijaksanaanNya. Orang-orang bertuah yang mendapat ilmu laduni ini adalah digolongkan dalam orang-orang yang betul-betul beriman, betul-betul yakin, ikhlas dan ingin mendekati dirinya kepada Penciptanya kerana mereka tahu segala rahsia dan ilmu adalah dalam pengetahuan dan kuasa Allah swt.

Saya tidak akan lupa kata-kata seorang profesor dari Universiti Sains Malaysia yang telah diberi hidayah daripada Allah swt dan sedang membuat banyak kajian tentang penggunaan madu sebagai ubat iaitu, "To me, being mentioned in the Quran and by our Prophet Rasulullah saw, is already evidence based." Itulah juga kata-kata yang tepat yang bermain-main di dalam kepala saya ketika itu.

Lain pula dengan kebanyakan penyelidik dan pengkaji perubatan "moden" terutamanya dari Barat di mana kebanyakan mereka terdiri dari polytheists atau atheists. Tiada langsung unsur atau pertimbangan spiritual atau ketuhanan di dalam hati dan otak mereka. Ada juga doktor-doktor perubatan "moden" (yang beragama Islam pula tu) yang mengetawakan dan melekehkan kaedah Perubatan Islam seperti amalan makan madu dan berbekam. Patutkah kita samakan dua kaedah perubatan ini?

Niat pula untuk mendapat keuntungan semata-mata. Saya baru sahaja bertemu dengan seorang yang pada ketika itu hampir-hampir ditauliahkan seorang doktor perubatan "moden" dan beliau telah meluahkan perasaan kecewanya kerana menurut penelitian beliau, kebanyakan ubat-ubatan kimia yang dihasilkan sekarang tidak menyembuhkan penyakit-penyakit tetapi cuma setakat mengawalnya sahaja, oleh itu ubat-ubatan tersebut perlu diambil sepanjang hayat supaya jualan (dan keuntungan) adalah berterusan. Ubat-ubatan ini pula sangat mudah dan cepat diberi kepada pesakit walaupun keadaan mereka masih "borderline" dan pencegahan masih boleh diusahakan.
Buku  Canon of Medicine tulisan Ibn Sina. Klik untuk melihat pakar-pakar
perubatan Islam yang lain.


Ubat-ubatan kimia sangat sukar diserap oleh tubuh dan boleh meninggalkan deposit yang menjadi toksin pada darah, hati dan buah pinggang. Banyak jenis ubat mengandungi unsur-unsur haram, adakah ini "syariah compliant" dan dibolehkan dilabel sebagai Perubatan Islam? Adakah "tiada alternatif lain" boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan ubat-ubatan yang mengandungi unsur khinzir? 

Manakala makanan yang juga merupakan penawar-penawar hebat seperti minyak zaitun, madu, habbatus sauda dan buah delima adalah diciptakan untuk manusia dan adalah sebahagian dari manusia itu sendiri. Khasiatnya mudah diserap sel sehingga tahap DNA dan menjadi penawar kepada tahap spiritual manusia. Ini bermakna makanan Quran mampu merawat masalah rohani seperti "behavorial disorders".

Buku "Medicine of the Prophet" ini dan buku
bertajuk "zadul Ma'ad" adalah dua buku termasyhur
Ibn Qayyim a--Jawziyya
Makanan seperti buah delima adalah buah dari syurga, tidakkah kita mendambarkan sesuatu dari syurga berada di dalam sistem tubuh kita walaupun  kita masih berada di dunia? Kehebatan bahan yang dikenali sebagai Ellagic Acid dalam  buah delima dan kemampuannya untuk membaikpulih sel telah dikaji dan dibuktikan oleh sebuah universiti di Amerika tetapi kajian seperti ini tidak diheboh-hebohkan kerana pengusaha-pengusaha produk farmaseutikal hanya mementingkan dan mahukan produk-produk yang boleh dipatenkan.



Bolehkah penawar ciptaan Allah swt Yang Maha Hebat dibandingkan dengan ubat ciptaan manusia yang amat terbatas ilmu dan kebijaksanaannya? Mungkin persepsi orang ramai terhadap Perubatan Islam itu kaedah dan penawarnya seperti terlalu mudah, sempoi, tidak lengkap, tidak mencukupi, tidak canggih, tidak saintifik, kolot dan ketinggalan zaman. Tidak mengapa, cuma saya berdoa' dan berharap persepsi orang Islam terhadap Allah swt, al-Quran dan Hadith tidak begitu.  Hakikatnya disebalik setiap kaedah dan penawar terdapat teknologi yang paling tinggi sehingga tidak mungkin dapat difahami, diterima dan dirungkai oleh orang-orang yang tidak mendapat Ar-Rahimi. 

Saya bukan menentang keseluruhan kaedah perubatan "moden" ini. Banyak kaedah rawatan "moden" telah menyelamatkan nyawa manusia. Saya cuma tidak bersetuju jika ianya disamakan dengan Perubatan Islam. Ilmu Perubatan Islam adalah yang haq, yang superior, yang unggul, yang datangnya dari Pencipta manusia itu sendiri, yang Maha Mengetahui apa dan cara yang terbaik untuk menjaga dan merawat tubuh manusia, dan dibawa dan diajar oleh kekasihNya, Rasulullah SAW yang maksum, bersih dan suci. Jika dikaji, diamati, diteliti, dicintai dan diyakini, skopnya amat luas sekali, kemujaraban dan teknologinya menjangkau jauh dari batasan kemampuan dan pengharapan yang datang dari pemikiran akal lojik.

Jika kita mengaku beriman hanya kepadaNya, 

kenapa kita tidak mewajibkan ke atas diri kita 

sendiri sistem perubatanNya?






Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *