Tuesday, November 6, 2012

Susu - Minuman Yang Mengalir Bagai Sungai di Syurga

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah saw
serta sahabat dan keluarganya.



"Dan sungguh, pada haiwan ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari apa yang ada dalam perutnya (berupa) susu murni antara kotoran dan darah, yang mudah telan bagi orang yang meminumnya."
Surah An Nahl, ayat 66
Kambing biri-biri baka Australia yang diternak
di Bentong, Pahang

Susu bukan sahaja makanan sunnah, tetapi diklasifikasikan sebagai makanan Quran kerana ia disebut beberapa kali di dalam al-Quran. Ayat di atas mengajar manusia tentang salah satu nikmat Allah swt yang datang dari ternakan, dan terdapat kebaikan dan khasiat di dalamnya.

Yang lebih istimewa lagi, susu merupakan salah satu minuman yang disediakan di dalam Syurga, seperti firman Allah swt dalam ayat tersebut:

"Perumpamaan taman syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa; di sana ada sungai-sungai yang airnya tidak payau, dan sungai-sungai air susu yang tidak berubah rasanya...."
Surah Muhammad, Ayat 15

Dua miniman telah dihidangkan kepada Rasulullah saw oleh Jibrail semasa perjalanan Baginda dalam isra' dan mikraj iaitu arak dan susu. Baginda memandang kepada kedua hidangan itu dan telah memilih susu atau laban di dalam bahasa Arab.


Maka Jibrail pun berkata: "Syukur kepada Allah Yang Memberi Petunjuk kepadamu kepada sesuatu yang menjadi fitrah, sifat semulajadi manusia, sesungguhnya seandainya kamu memilih arak, umatmu akan sesat." 

Jenis-jenis susu:
Ada beberapa jenis susu baik yang disebutkan dalam kitab perubatan Islam; yang terbaik ialah susu biri-biri. 
Selain daripada itu, disebut juga susu lembu, kambing, unta (baik untuk rawatan penyakit terutamanya masalah hati) dan susu keldai. Semuanya baik dan boleh diminum kecuali susu keldai. 

Susu kuda tidak disebut di dalam kitab tetapi yang diperlu diambil perhatian ialah susu kuda mengandungi kandungan asid lemak rangkaian sederhana (MCT)  yang tinggi.
Antara kebaikan susu biri-biri:
  • Susu adalah tinggi khasiatnya dan adalah sangat sesuai bagi fitrah manusia.
  • Minum dengan madu untuk mencuci ulser di dalam perut.
  • Susu biri-biri memutihkan kulit.
  • Susu kambing sesuai untuk melegakan ulser dalam tekak dan batuk yang kering.
  • Untuk memudahkan mendapat zuriat, suami dan isteri masing-masing ambil segenggam kurma, buang bijinya dan kisar. Campurkan dengan susu kambing dan minum. Amalkan sekali dalam seminggu. 
  • Melegakan keradangan ekzema.

Khasiat susu kambing lebih daripada susu lembu dari segi nutrisi. Antara kandungan susu kambing:

VITAMIN
  • 47% lebih vitamin A
  • 25% lebih vitamin B 
       - riboflavin (B2)
       - 3 kali ganda niacin (B3)
       - thiamin (B1)
       - cobalamin(B12)
       - pyridoxine(B6)
       - panthothenic acid (B5)
       - folate
  • vitamin C
MINERAL
  • 13% lebih kalsium
  • 134% lebih potassium
  • 4 kali ganda lebih kuperam
  • 27% lebih selenium (antioksidan)
  • besi
  • sodium
  • fosforus
  • magnesium
  • zink
  • manganese
PROTIN - ASID AMINO 
  • asid amino (tryptophan), sejenis asid amino yang diperlukan oleh manusia tetapi tidak dapat dihasilkan oleh sistem tubuh.
  • Casein
LEMAK DAN ASID LEMAK
  • lemak tepu
  • lemak mono tak tepu
  • lemak poly tak tepu
  • asid lemak linolik dan arachnodnik
  • asid lemak rangkaian pendek dan sederhana
  • asid lemak omega 3 dan omega 6
KABOHIDERAT


LAIN-LAIN KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING
  • Oligosaccharid (bahan anti-radang)

Susu kambing mengandungi kurang laktos dan bahan yang menyebabkan alahan iaitu casein protein, alpha-S1. Oleh itu, susu kambing lebih sesuai diberi kepada bayi yang sensitive atau alah pada laktos.

Susu kambing juga tidak mengandungi agglutinin, iaitu bahan yang menyebabkan lemak dalam susu bergumpal lantas menjadikannya lebih mudah untuk dihadam. Apabila tindakbalas dengan asid dalam perut, lepa protin yang dihasilkan adalah lebih lembut dan lebih mudah untuk dihadam.

Susu kambing juga membantu dalam penyerapan mineral besi, fosforus, magnesium dan kuperam di dalam usus. Keupayaan ini mampu menjauhkan atau merawat masalah anemia (kurang darah) dan kereputan tulang (osteoporosis).

Seperti Minyak Kelapa Dara, susu kambing juga mengandungi lemak tepu. Walau bagaimana pun, kedua-dua penawar ini mengandungi trigliserid rangkaian sederhana (MCT) yang punyai sifat membakar lemak dan menurunkan berat badan.

  
Beberapa tip dalam amalan minum susu:
  • Apabila minum susu, berdoalah: "Ya Allah, berkatilah susu ini, dan dengannya tambahkanlah rezeki kami. Sesungguhnya tiada minuman atau makanan lebih baik yang mampu menggantikan, kecuali susu."
  • Jika minum susu biri-biri, campurkan dengan sedikit air.
  • Kumur dengan air selepas minum susu.
  • Jangan minum terlalu banyak susu.
  • Jangan minum susu sekiranya tengah demam atau sakit kepala.
  • Untuk mereka yang tidak atau jarang mengamal susu dan ingin memulakan amalan sunnah ini, kemungkinan akan mengalami keluar kahak atau sakit sendi. Keadaan ini boleh dielakkan dengan menambahkan madu dan halia pada susu.
  • Jangan minum susu dengan buah.
  • Jangan minum susu dengan ikan.

Artikel ini bukan bertujuan untuk membuat diagnosis atau rawatan untuk sebarang penyakit atau masala. Sila berjumpa dengan pengamal perubatan profesional untuk mendapat nasihat selanjutnya.


Aniza Zain Ahmed
Sistem An Nisaa
2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, 47810 Petaling Jaya   
013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap & integratif:
Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut * Makanan Sunnah

No comments:

Post a Comment